Friday, January 29, 2010

Ye ker??? Ni ke result aku???

Salam...

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan yang aku dapat hampir sebulan lalu sangat menyenangkan hati aku....tak sangka pon ada juga...sebab pada aku, semester akhir lalu betul2 menduga aku sebagai seorang pelajar semester akhir DUP di PMM.

Paper yang betul2 menduga aku adalah Pengurusan Strategik, Tamadun Islam dan Perancangan Pelancongan. Memang aku tak nafikan, ketiga2 paper nie bagi aku amat susah. Bermula dengan kuiz yang diberikan, tak payah nak cerita lah, memang aku ni sengal ler sangat....lain yang keluar, lain yan aku baca....aku tak tahu mana diri aku sebenarnya...i'm totally LOST!!!

Tugasan semuanya disiapkan bila nak sampai due date...selalunya tak macam tu...always punctual...tapi kali nie tak....time due date ler baru tahu banyak pembetulan kena buat...jadi, bile tugasan dah hantar lambat, potong2 markah nie perkara biasa...yg aku pelik, kenapa mesti semester akhir semua yang luar biasa menjadi kebiasaan??HUh, takde sape dpt jangka apa akan terjadi pada masa hadapan melainkan Lillahi Taala...

So, setiap kali sesi pemarkahan diberikan, aku adalah LOSER yabg paling kritikal...aku pon takde jawapan bile ditanya kawan2 kenapa markah aku drop...jawapannya senang "ENTAHLER"...i'm not a quitter, just being myself for a moment...

Bila Penilaian Berterusan (PB) keluar, aku lar insan yg dulunya hebat kini merudum ke gaung...huh, aku kecewa tapi aku dah ley agak itu resut yg aku akan dapat....sampai kena buat back up kuiz pon ramai tak percaya...malu mmg ada, tapi nak tak nak, kena jugak ler mengadap jugak kan...

Tercabar, dicabar dan mencabar....serius aku tak suke...persaingan wujud secara halal aku terima, tapi persaingan yang bermodalkan toyol di tepi sape mahu....yg tanpa segan silu menyelit nota di ruangan yg ada pon i dont mind...loan atau duit mak ayah masing2 tu patutnya digunakan sebaiknya, tapi entahlar, masih dipersiakan...

Hari penentuan tiba...aku bangkit semula sepanjang kehilangan dan kejatuhan aku....insan2 terdekat yang tahu situasi aku di saat2 akhir...berbekalkan sakit hati dgn masalah peribadi [yg tahu pasti lebih tahu], aku ulangkaji bagai nak rak...mmg tak tido...buku teks yg dibelajar sepanjang 4-5 bulan baru aje di fotostat di malam terakhir menjelangnya peperiksaan, bayangkanlah nak menghabiskannya...serius, itu mmg bukan aku....walaupun ada langkauan masa antara paper yang perlu diambil, bagi aku masih tak cukup...

Senyuman terukir bila aku mula menyelak senaskah buku soalan yang harus aku jawab....mungkin Dia telah kembalikan semangat ke dalam jasad yang sudah lama terpisah barangkali...penuh ketenangan dan keyakinan aku menulis satu2 huruf yang membentuk sepatah perkataan lalu dijadikan serangkap ayat dan lengkaplah senaskah set jawapan kepada buku soalan yang diberikan. Aku keluar dari dewan peperiksaan dengan perasaan bangga dan yakin....aku tak menyesal keluar awal...bukan selalu buat pon...

Menjelang paper akhir, kusut!!! Kenapa aku tak pernah jumpe soalan sedemikian rupa??? Adakah aku terlepas pandang. Aku keliru dan mula melalut jawapanku dalam naskah jawapan yg diberikan..fakta tiada dalam kepala, hanya logik akal aku muntahkan ke atas kertas2 yang terbentang di sisi buku soalan...niat aku "HABISKAN SEMUANYA...TAK PERLU FIKIRKAN SEMUA NI SETELAH 2 JAM BERLALU"...

Aku biarkan diri aku melewati dewan peperiksaan...aku tahu ini kali terakhir aku berada di sini...selepas ini, mungkin aku kembali tetapi bukan watak sebegini...

Seorang demi seorang melepasi pintu kebebasan, aku pun turut serta...senyuman mula terukir..."ALHAMDULILLAH,3 tahun aku di sini..."

Penghujung 2009, saat yang ditunggu2..."Ye ker??? Ni ke result aku??? "

TAMAT

Thursday, January 28, 2010

I'm Back!!!

Salam...

Hye kawan-kawan....maaflah mengambil masa yang paling lama untuk update blog nie...

Sebenarnya niat di dalam hati tak ingin lagi berblog sebab takde ape yg istimewa untuk dikongsikan bersama...

Tapi, bagi aku, iniah ruangan yg terbaik untuk aku luahkan apa sahaja yang aku pendamkan...aku pasti tak ramai yg menjengah ke blog nie [xramai lagi OK sebenarnya]..

Inilah post aku yang pertama bagi blog ini pada tahun 2010...tahun ni umur aku akan menjengah ke usia 24 tahun [insyaAllah]...pada insan yang lain, 24 tahun nie dah ada pelbagai komitmen...Kerjaya, Bisnes, Mencari Kerja dan lain2....tapi bagi aku, setakat Diploma yang ada masih tidak cukup...ye, ada yg menganggap diploma sekadar ada sahaja...termasuklah persepsi aku sendiri...

Alhamdulillah, aku baru saja menghantar borang permohonan untuk sambung ijazah yang patot aku hantar pada usia 21 tahun dulu....sebahagian yang menjengah blog ini tahu ceritanya, jadi tak perlu aku jelaskannya lagi...

Lima IPTA aku mohon, lapan program yang aku minati dan harap sesangat keputusan yang menggembirakan kembali pada aku...UiTM, UUM, UTM, UPM dan USIM...InsyaAllah, kalau ada rezeki, adalah...

Jika takde peluang untuk belajar, ape harus aku buat??? Kerja?? Aku masih tak bersedia...aku pon tak tahu kenapa jasad yang hampir ke Jubli Perak ini masih lagi tak bersedia utk hadapi dunia pekerjaan...aku dpt rasakan diri aku tak sematang jasadku...aku bersaing di kalangan adik2...adik kandungku yang muda 3 tahun pon dah isi UPU untuk program ijazah...huh...

Aku kini hanya duduk di rumah...Jobstreet, JobsMalaysia semua telah aku isi, tapi sehingga kini takde sebarang respon...mungkin bukan rezeki aku...tapi, jika tiada rezeki utk belajar, mungkin aku gandakan usaha untuk dapatkan kerja yang tetap sebab aku kena kejar baki 3-5 tahun yang telah kawan2 aku capai pelbagai karier, rezeki dan peluang yg aku tak dapat lagi sehingga kini...

Setakat ini sahaja...salam...


My Luvly Cousin : Daniel @ Dataran Pahlawan...
Kanak2 kecil yang masih berpeluang melakukan apa yang telah kita PERNAH lakukan...
mungkin lebih baik dari apa kita pernah lakukan....siapa tahu....

Friday, December 11, 2009

1 down...1 more to go...THE END

Salam....

Aku sedang berada di minggu peperiksaan akhir bagi semester akhir dan kini sedang menunggu paper terakhir pada hari Isnin ni (14/12)....paper Tourism Planning...huh...

Alhamdulillah pagi tadi dapat gak aku jawab paper Pengurusan Strategik...sebijik macam soalan sem2 lepas...sekurang-kurangnya kerisauan untuk satu paper dah takde...kini tinggal untuk tourism planning aje...kusut nak baca....

Dalam hari2 terakhir kat poli nie, macam2 perasaan yang aku alami...tahlar....ape yang aku taip nie adalah nukilan hati aku sendiri...jadi tiada istilah aku betul, korang betul atau mereka betul...

Sepatutnya hujung2 sem nie hubungan sesama manusia atau lebih khusus lagi hubungan sebagai classmate tu makin erat...aku tak tahu ler ape permasalahan utama yang terjadi dengan persekitaran tempat belajar aku...mungkin sebab terlalu ramai perempuan dalam kelas, pelbagai masalah timbul yang sengaja ditimbulkan atau separa sedar atau langsung tak sedar berlaku...

Perangai yang macam2 nie boleh dikatakan semuanya dahsyat gak lar...letih ler nak taip 1001 macam perangai....ada gak cite best dan banyak ler sangat cite tak best yang nak dibawa ke luar nanti, rupe2nya TAKDE...bukan takde langsung cume angkanya tidak ler sehebat teman2 yang lain...

InsyaAllah kenangan bersama DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN JANUARI 2007-JULAI 2009 nie akan menjadi orientasi kepada aku untuk hadapi persekitaran baru kelak...

Kepada Noraini, Siti Sarina, Zul Hakim Adillah, Ooi Wen Suang, Norhidayu, Che Ermey Norzuraida, Norzaiha, Nurul Azizah, Tengku Mohd Nasran Shah, Noorsalina, Nurfassihah, Salwah, Nur Huda, Safaria Lina, Siti Norhartini, Nurul Azreen, Sabrina, Siti Nur Syuhada, Norsuriati, Nur Rahimah, Nurzafirah, Farah, Norazwanida, Nuril Ayuni, Foo Mei Yee, Manogary, Ng Mei Ching, Chan Foong Shim, Prabah serta teman2 yang pernah di 14DUP06F5xx tu, TERIMA KASIH atas segala kenangan yang kita lalui selama 3 tahun di Politeknik Merlimau Melaka...semoga kalian semua berjaya setelah kita semua tamat belajar di PMM. bawalah haluan anda sekalian...sesiapa yang nak keep in touch, on aje...kepada yang nak further, ada rezeki dan jodoh, jumpe ler balik. Kepada Mama Noni Lela Hayati merangkap PA DUP Jan07-Dis09 pula, selamat kembali ke dunia pelajar...semoga sukses dengan PhDnya....

Friday, October 23, 2009

Seminar Kecemerlangan Diri....

Salam....

Hari ini, student Pengurusan Pelancongan (DUP) semester3 telah melaksanakan salah satu kursus yang wajib diambil oleh student DUP iaitu Pengurusan MICE...kali ni, barisan junior kami mengadakan pelbagai seminar, bengkel dan majlis...kira banyak ler gak yang perlu dibuat oleh mereka nie...sebelum nie ada pertandingan tarian kebudayaan, program insentif Santai-santai @ Johor, pameran di Hang Tuah Mall, X-Polyrace di Homestay Kampung Sungai Rambai (yang kini menjadi sebahagian projek akhir kami) dan kini pelbagai turn junior kami pula...

Pada mulanya kami ni tak terlibat langsung dalam menjadi peserta atau ape2 yang berkaitan dengan pengurusan MICE kali ni. Entah macam mana, tiba2 keluar satu arahan dari Pengarah PMM untuk hadiri satu slot iaitu "Career as a Hotelier : Challenging and Expectations". Okay, arahan diterima. Tapi menjadi kurang enak apabila arahan WAJIB untuk menyertai kursus ini sebahagian daripada sepenuhnya dengan harga RM10 sahaja meliputi slot "I Can Speak English" dan "Menerobos Sempadan Diri"...dalam desas desus dan sedikit 'perbincangan', pi aje ler...

Anyway, weldone to our junior..not all the things become what we planned to...huhuhu....not all the crew friendly..make it right....

Monday, October 19, 2009

AKJ yang ke-5

Salam....

Alhamdulillah, dengan izin-Nya kali nie aku masih lagi mempertahankan potensi diri dalam menerima Anugerah Ketua Jabatan untuk kali ke-4..

Majlis ni diadakan pada 16 Oktober 2009 di Dewan Platinum, PMM di mana menggabungkan semua penerima anugerah di PMM iaitu dari lima jabatan seperti Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Awam, Perdagangan dan Hospitaliti. Majlis ini julung kali diadakan dalam satu majlis sebab sebelum ni, majlis ini diadakan di peringkat jabatan masing-masing.

Seperti semester 1, aku mendahului penerima dari Jabatan Hospitaliti (actually random)...walaupun pointer aku agak drop sedikit, tapi CGPA masih lagi OK dan boleh carry forward lagi...hahahaha...dalam kelas aku (PENGURUSAN PELANCONGAN), hanya lapan orang tersenarai iaitu :
  • Norsyuhada binti Mohd Aris
  • Siti Nur Syuhada binti Ahmad Rashidi Khair
  • Sabrina binti Samsudin
  • Norsuriati binti Sopi
  • Siti Nor Hartini binti Ramli
  • Noraini binti M.Haris
  • Siti Sarina binti Lamsah
  • Norhidayu binti Ahmad
Ni lar sedikit sebanyak gambar yang dapat dipertontonkan....

Dari kiri : Siti Nur Syuhada, Siti Norhartini, Suriati, Sabrina, Hidayu, Sarina, Noraini, Syuhada semasa rehearsal majlis pada sebelah pagi...


Peace 2x...

After rehearsal...bergambar sekejap...


bergambar setelah menerima anugerah....

Dapat sijil dan keris....kata duduk Melaka..takkan dapat belacan kot..


Di luar Jabatan Hospitaliti dengan member kamcing since sem 1 lagi...

Lepas ni, terus ke Majlis Konvokesyen yang dijangka berlangsung pada bulan Mac 2010...semoga yang terbaik menjadi milik kami semua..doa mak ayah serta usaha dan tawakal kepadaNya yang mampu membawa kejayaan kepada kami semua...insyaAllah...

Sambutan Perayaan 1 Malaysia, Dewan Platinum, PMM

Salam....
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PMM telah menganjurkan Sambutan Perayaan 1 Malaysia pada 9 Oktober 2009 pada jam 8.00 malam di Dewan Platinum PMM...Alhamdulillah, majlis ini dapat dilaksanakan dengan baik walaupun tugasan ini menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Tahniah dan syabas warga JPP PMM...

Geng2 JPP yang menjayakan majlis malam tersebut



Sebelum berangkat ke Dewan...sebelum tu rushing siapkan dewan....


Antara tetamu yang hadir...merangkap roommate aku...tak datang tak mo kawan ler jawabnya...=)


Mereka lagik....hahahaha


Dan lagik...memang dalam 500orang datang, diaorg paling menyerlah...


Antara "Behind The Scene" Sambutan Perayaan 1 Malaysia...sedondon tak yang paling kiri and me???


Geng2 kembara...Hisyamuddin (JPP-Bendahari), Syuhada(Exco Kelab dan persatuan JPP) dan Azuan (Ad-Hoc)...bermulanya kami pada sem...


My best buddy even though always quarelling....

p/s : another pic will upload later....

DUP6 di Pulau Besar, Melaka

Salam....

Warga Diploma Pengurusan Pelancongan sem 6 bersama En. Zaidi (Tourism Planning Lect.) pergi ke Pulau Besar pada 10/10/2009. Tak tahu ler ramai yg tahu or tak yang Pulau Besar nie terkenal dengan perkara mistik dan terdapat elemen syirik dan khurafat...ianya sinonim dengan India Muslim yang datang ke Pulau Besar untuk bernazar..for more detail, search kat wikipedia mengenai Pulau Besar...agak menarik...me juz want to talk about the trip and the pitca...enjoy!!!This is my first time went to the Island...



Trip ke Pulau Besar pergi balik hanya RM14/seorang


Perjalanan yang mengambil masa 10-15 minit aje...

Selamat datang ke Jeti Pulau Besar....


Tourism itu seronok...itu yang disematkan dalam diri DUP PMM

Antara candid DUP...fina sem for us....InsyaAllah









Cumel tak aku time nie????yang tudung biru tu ye cumel...yang lain tak...hahahha







Antara adegan 'melampau' Cik Syuhada Aris yang sempat dirakamkan oleh tukang amik gambar di Pulau Besar


Banglo yang disewakan di Pulau Besar....


Unikkan pokok kelapa nie...kata En.Zaidi sebab tanah dah mendap...Allahu Akbar

From my back!!!Smart tak as traveller.....

Syuhada Aris on the way back to Jeti Anjung Batu....

Catch up previous entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...