Salam....
Aku sedang berada di minggu peperiksaan akhir bagi semester akhir dan kini sedang menunggu paper terakhir pada hari Isnin ni (14/12)....paper Tourism Planning...huh...
Alhamdulillah pagi tadi dapat gak aku jawab paper Pengurusan Strategik...sebijik macam soalan sem2 lepas...sekurang-kurangnya kerisauan untuk satu paper dah takde...kini tinggal untuk tourism planning aje...kusut nak baca....
Dalam hari2 terakhir kat poli nie, macam2 perasaan yang aku alami...tahlar....ape yang aku taip nie adalah nukilan hati aku sendiri...jadi tiada istilah aku betul, korang betul atau mereka betul...
Sepatutnya hujung2 sem nie hubungan sesama manusia atau lebih khusus lagi hubungan sebagai classmate tu makin erat...aku tak tahu ler ape permasalahan utama yang terjadi dengan persekitaran tempat belajar aku...mungkin sebab terlalu ramai perempuan dalam kelas, pelbagai masalah timbul yang sengaja ditimbulkan atau separa sedar atau langsung tak sedar berlaku...
Perangai yang macam2 nie boleh dikatakan semuanya dahsyat gak lar...letih ler nak taip 1001 macam perangai....ada gak cite best dan banyak ler sangat cite tak best yang nak dibawa ke luar nanti, rupe2nya TAKDE...bukan takde langsung cume angkanya tidak ler sehebat teman2 yang lain...
InsyaAllah kenangan bersama DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN JANUARI 2007-JULAI 2009 nie akan menjadi orientasi kepada aku untuk hadapi persekitaran baru kelak...
Kepada Noraini, Siti Sarina, Zul Hakim Adillah, Ooi Wen Suang, Norhidayu, Che Ermey Norzuraida, Norzaiha, Nurul Azizah, Tengku Mohd Nasran Shah, Noorsalina, Nurfassihah, Salwah, Nur Huda, Safaria Lina, Siti Norhartini, Nurul Azreen, Sabrina, Siti Nur Syuhada, Norsuriati, Nur Rahimah, Nurzafirah, Farah, Norazwanida, Nuril Ayuni, Foo Mei Yee, Manogary, Ng Mei Ching, Chan Foong Shim, Prabah serta teman2 yang pernah di 14DUP06F5xx tu, TERIMA KASIH atas segala kenangan yang kita lalui selama 3 tahun di Politeknik Merlimau Melaka...semoga kalian semua berjaya setelah kita semua tamat belajar di PMM. bawalah haluan anda sekalian...sesiapa yang nak keep in touch, on aje...kepada yang nak further, ada rezeki dan jodoh, jumpe ler balik. Kepada Mama Noni Lela Hayati merangkap PA DUP Jan07-Dis09 pula, selamat kembali ke dunia pelajar...semoga sukses dengan PhDnya....
No comments:
Post a Comment