Salam.
Wee, mari update tatkala tengah rajin.
Kebelakangan ni aku sering dihujani dengan soalan "Dah keje ke? Bukan tengah belajar ke?", "Baru sambung study ye? Amik course apa plak kali ni?" dan tak kurang juga "Kenapa sekarang makin tembam?" - seriously itu bukan soalan yang berkaitan sebenarnya (buat2 tak nampak je soalan tu :p).
| Myself with Encik Khairul Azam Ismail and the team members. From left : Naabila, Cik Pah, Izhar, Bun, Ummy, Nani, Nad and Jijah / Syasya. |
Okeh, dah nampak gambar kat atas ni? Sila ketepikan tanggapan anda yang mungkin salah dan bagus bagi mereka yang dapat teka dengan betul. Sebenarnya Syuhada Aris masih lagi mendalami ilmu Pengurusan Pelancongan di UiTM Shah Alam dan sekarang ni dah masuk Part 3. Kenapa baju member2 mcm waiter dan waitress? Ini adalah subjek minor - Restaurant Operation Skills yang wajib kami ambil bermula dari semester 3 sehingga semester 6. Aku masih lagi major in Tourism Management and add on minor in Food Beverage studies. Tujuannya supaya kat luar nanti peluang pekerjaan lebih terbuka luas jika nak dibandingkan dengan satu kursus aje yang dibelajar di universiti.
| Smart dan handsome tak? <3 |
Setiap minggu, seorang pelajar akan dilantik mengikut giliran untuk jadi Supervisor of the Day a.k.a "S.O.D". So, 23 November 2011 lepas, giliran aku jadi SOD. But seriously, aku ni agak payah sikit nak ketuai orang apetah lagi nak mengarah2 ni. Sebab aku ni kalut dan agak gemuruh tak bertempat. Mengenangkan setiap seorang akan jalani tanggungjawab ni, aku redha. Hahaha, nampak benor paksa relanya. Apapun, Alhamdulillah, dari risau sebab ada guest 6 orang aje, sikit2 bertambah jadi 12 orang, pastu bertambah jadi 16 orang dan tetiba dah jadi 21 orang. Thanks buat Prof Norma, Pn Zawajer, Dr. Mardiah, En. Aripin (ayah Nad-team member), Che Wan and Gang (credit to Izhar) dan lastly Qistina yang drag 6 lagi kawannya saat-saat akhir. Maaf buat my junior since secondary school yakni Alip sebab restaurant da tutup jam 1.50 tengahari.
Dalam kalut malut menguruskan, adalah sorang pemberi ilmu yang cuba menjatuhkan semangat dalam menguruskan tugasan ni. Ye, pada awalnya aku hanya berjaya menerima 12 orang guest yang confirm. Katanya "12 orang je? Tak mencabar langsung. S.Jibeng pun boleh buatlah". Ok, suddenly aku rasa apakah yang cuba disampaikan oleh dia yang sepatutnya memberi semangat kepada pelajarnya? Bukankah sepatutnya beliau memberikan kata-kata yang lebih membina? Kalau masa tu aku tegur depan dia, dan dia jawab "Gurau je", dengan laju2 aku nak sepak. Mengenangkan dia adalah pensyarah, that's it. Memang SUFO kau mmg aku evaluate gile2 "Tidak Setuju". Kalau dia tak puas hati, dengan hati terbuka aku akan jawab "Gurau je!". Melampau bukan aku ni.
Oklah, cukuplah nak rasa terkilan terkulat ni. Plus, aku just harap lepas ni takkan dah belajar dengan dia sebab aku dah penat ler dengan pensyarah dari skim ******. Apapun, hopefully kalian happy dengan entry ni. Takde niat nak menjatuhkan sesiapa. Sekadar berkongsi rasa hati yang tak berlapik ni. Have a nice day peeps! Heart ya!
♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥




