Friday, December 11, 2009

1 down...1 more to go...THE END

Salam....

Aku sedang berada di minggu peperiksaan akhir bagi semester akhir dan kini sedang menunggu paper terakhir pada hari Isnin ni (14/12)....paper Tourism Planning...huh...

Alhamdulillah pagi tadi dapat gak aku jawab paper Pengurusan Strategik...sebijik macam soalan sem2 lepas...sekurang-kurangnya kerisauan untuk satu paper dah takde...kini tinggal untuk tourism planning aje...kusut nak baca....

Dalam hari2 terakhir kat poli nie, macam2 perasaan yang aku alami...tahlar....ape yang aku taip nie adalah nukilan hati aku sendiri...jadi tiada istilah aku betul, korang betul atau mereka betul...

Sepatutnya hujung2 sem nie hubungan sesama manusia atau lebih khusus lagi hubungan sebagai classmate tu makin erat...aku tak tahu ler ape permasalahan utama yang terjadi dengan persekitaran tempat belajar aku...mungkin sebab terlalu ramai perempuan dalam kelas, pelbagai masalah timbul yang sengaja ditimbulkan atau separa sedar atau langsung tak sedar berlaku...

Perangai yang macam2 nie boleh dikatakan semuanya dahsyat gak lar...letih ler nak taip 1001 macam perangai....ada gak cite best dan banyak ler sangat cite tak best yang nak dibawa ke luar nanti, rupe2nya TAKDE...bukan takde langsung cume angkanya tidak ler sehebat teman2 yang lain...

InsyaAllah kenangan bersama DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN JANUARI 2007-JULAI 2009 nie akan menjadi orientasi kepada aku untuk hadapi persekitaran baru kelak...

Kepada Noraini, Siti Sarina, Zul Hakim Adillah, Ooi Wen Suang, Norhidayu, Che Ermey Norzuraida, Norzaiha, Nurul Azizah, Tengku Mohd Nasran Shah, Noorsalina, Nurfassihah, Salwah, Nur Huda, Safaria Lina, Siti Norhartini, Nurul Azreen, Sabrina, Siti Nur Syuhada, Norsuriati, Nur Rahimah, Nurzafirah, Farah, Norazwanida, Nuril Ayuni, Foo Mei Yee, Manogary, Ng Mei Ching, Chan Foong Shim, Prabah serta teman2 yang pernah di 14DUP06F5xx tu, TERIMA KASIH atas segala kenangan yang kita lalui selama 3 tahun di Politeknik Merlimau Melaka...semoga kalian semua berjaya setelah kita semua tamat belajar di PMM. bawalah haluan anda sekalian...sesiapa yang nak keep in touch, on aje...kepada yang nak further, ada rezeki dan jodoh, jumpe ler balik. Kepada Mama Noni Lela Hayati merangkap PA DUP Jan07-Dis09 pula, selamat kembali ke dunia pelajar...semoga sukses dengan PhDnya....

Friday, October 23, 2009

Seminar Kecemerlangan Diri....

Salam....

Hari ini, student Pengurusan Pelancongan (DUP) semester3 telah melaksanakan salah satu kursus yang wajib diambil oleh student DUP iaitu Pengurusan MICE...kali ni, barisan junior kami mengadakan pelbagai seminar, bengkel dan majlis...kira banyak ler gak yang perlu dibuat oleh mereka nie...sebelum nie ada pertandingan tarian kebudayaan, program insentif Santai-santai @ Johor, pameran di Hang Tuah Mall, X-Polyrace di Homestay Kampung Sungai Rambai (yang kini menjadi sebahagian projek akhir kami) dan kini pelbagai turn junior kami pula...

Pada mulanya kami ni tak terlibat langsung dalam menjadi peserta atau ape2 yang berkaitan dengan pengurusan MICE kali ni. Entah macam mana, tiba2 keluar satu arahan dari Pengarah PMM untuk hadiri satu slot iaitu "Career as a Hotelier : Challenging and Expectations". Okay, arahan diterima. Tapi menjadi kurang enak apabila arahan WAJIB untuk menyertai kursus ini sebahagian daripada sepenuhnya dengan harga RM10 sahaja meliputi slot "I Can Speak English" dan "Menerobos Sempadan Diri"...dalam desas desus dan sedikit 'perbincangan', pi aje ler...

Anyway, weldone to our junior..not all the things become what we planned to...huhuhu....not all the crew friendly..make it right....

Monday, October 19, 2009

AKJ yang ke-5

Salam....

Alhamdulillah, dengan izin-Nya kali nie aku masih lagi mempertahankan potensi diri dalam menerima Anugerah Ketua Jabatan untuk kali ke-4..

Majlis ni diadakan pada 16 Oktober 2009 di Dewan Platinum, PMM di mana menggabungkan semua penerima anugerah di PMM iaitu dari lima jabatan seperti Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Awam, Perdagangan dan Hospitaliti. Majlis ini julung kali diadakan dalam satu majlis sebab sebelum ni, majlis ini diadakan di peringkat jabatan masing-masing.

Seperti semester 1, aku mendahului penerima dari Jabatan Hospitaliti (actually random)...walaupun pointer aku agak drop sedikit, tapi CGPA masih lagi OK dan boleh carry forward lagi...hahahaha...dalam kelas aku (PENGURUSAN PELANCONGAN), hanya lapan orang tersenarai iaitu :
  • Norsyuhada binti Mohd Aris
  • Siti Nur Syuhada binti Ahmad Rashidi Khair
  • Sabrina binti Samsudin
  • Norsuriati binti Sopi
  • Siti Nor Hartini binti Ramli
  • Noraini binti M.Haris
  • Siti Sarina binti Lamsah
  • Norhidayu binti Ahmad
Ni lar sedikit sebanyak gambar yang dapat dipertontonkan....

Dari kiri : Siti Nur Syuhada, Siti Norhartini, Suriati, Sabrina, Hidayu, Sarina, Noraini, Syuhada semasa rehearsal majlis pada sebelah pagi...


Peace 2x...

After rehearsal...bergambar sekejap...


bergambar setelah menerima anugerah....

Dapat sijil dan keris....kata duduk Melaka..takkan dapat belacan kot..


Di luar Jabatan Hospitaliti dengan member kamcing since sem 1 lagi...

Lepas ni, terus ke Majlis Konvokesyen yang dijangka berlangsung pada bulan Mac 2010...semoga yang terbaik menjadi milik kami semua..doa mak ayah serta usaha dan tawakal kepadaNya yang mampu membawa kejayaan kepada kami semua...insyaAllah...

Sambutan Perayaan 1 Malaysia, Dewan Platinum, PMM

Salam....
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PMM telah menganjurkan Sambutan Perayaan 1 Malaysia pada 9 Oktober 2009 pada jam 8.00 malam di Dewan Platinum PMM...Alhamdulillah, majlis ini dapat dilaksanakan dengan baik walaupun tugasan ini menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Tahniah dan syabas warga JPP PMM...

Geng2 JPP yang menjayakan majlis malam tersebut



Sebelum berangkat ke Dewan...sebelum tu rushing siapkan dewan....


Antara tetamu yang hadir...merangkap roommate aku...tak datang tak mo kawan ler jawabnya...=)


Mereka lagik....hahahaha


Dan lagik...memang dalam 500orang datang, diaorg paling menyerlah...


Antara "Behind The Scene" Sambutan Perayaan 1 Malaysia...sedondon tak yang paling kiri and me???


Geng2 kembara...Hisyamuddin (JPP-Bendahari), Syuhada(Exco Kelab dan persatuan JPP) dan Azuan (Ad-Hoc)...bermulanya kami pada sem...


My best buddy even though always quarelling....

p/s : another pic will upload later....

DUP6 di Pulau Besar, Melaka

Salam....

Warga Diploma Pengurusan Pelancongan sem 6 bersama En. Zaidi (Tourism Planning Lect.) pergi ke Pulau Besar pada 10/10/2009. Tak tahu ler ramai yg tahu or tak yang Pulau Besar nie terkenal dengan perkara mistik dan terdapat elemen syirik dan khurafat...ianya sinonim dengan India Muslim yang datang ke Pulau Besar untuk bernazar..for more detail, search kat wikipedia mengenai Pulau Besar...agak menarik...me juz want to talk about the trip and the pitca...enjoy!!!This is my first time went to the Island...



Trip ke Pulau Besar pergi balik hanya RM14/seorang


Perjalanan yang mengambil masa 10-15 minit aje...

Selamat datang ke Jeti Pulau Besar....


Tourism itu seronok...itu yang disematkan dalam diri DUP PMM

Antara candid DUP...fina sem for us....InsyaAllah









Cumel tak aku time nie????yang tudung biru tu ye cumel...yang lain tak...hahahha







Antara adegan 'melampau' Cik Syuhada Aris yang sempat dirakamkan oleh tukang amik gambar di Pulau Besar


Banglo yang disewakan di Pulau Besar....


Unikkan pokok kelapa nie...kata En.Zaidi sebab tanah dah mendap...Allahu Akbar

From my back!!!Smart tak as traveller.....

Syuhada Aris on the way back to Jeti Anjung Batu....

Catch up previous entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...