Thursday, August 25, 2011

Entry untuk 'kebendaan' sahaja!

Salam....

Entry untuk kebendaan...dan ini bermakna, semuanya bukannya benda hidup. Tetapi datangnya berpunca dari insan yang bergelar manusia. Manusia bukan benda hidup? Or benda hidup bukan manusia? Ke Vice versa?

Lupakan ke'entah-apa2an' ini...mari baca gambar dan lihat caption mahupon baca caption dan lihat gambar.  ^_^
Ok, stop it SYUHADA! Meng'blur'kan keadaan sentiasa!

Kebendaan 1: Dibawah kelihatan kad kahwin. Secara terang2an, bukan milik aku, tetapi milik sahabat baik dari sekolah rendah. Shalini da nak kawin!! Love her so much! Gembira sebab kawan saya dah nak kahwin :')

Kebendaan 2 : Ini adalah flyers dari Casa Del Rio Melaka. Apakah itu? Sila Google dengan serta merta.  Kebendaan ini diupload sebab aku berangan "Bilakah aku mampu menginap walaupun semalaman di sini?" Jawapannya "Syuhada, boleh tak berhenti berangan? Kenapa? Sebab TAKKAN !!". Ok, nak nangis lagi! :"(

Kebendaan 3 : oh yeah, paling aku suka bila hotelier datang office dan bawa gifts or any goodies yang sangat cute! Kat bawah ni "Raga Kuih Raya" dari Melia Kuala Lumpur. Apa itu Melia? Sila Google jika ingin tahu! :)

Kebendaan 4 : "Reason for leaving?" Watdafish! Ok, stop interpreting something nonsense. OK, da cukup 4 bulan berkhidmat seperti yang dimetrai di dalam kontrak aku bersama AOS. Macam biasa, exit interview adalah Standard of Procedure yang perlu dilakukan bagi mereka2 yang bakal meninggalkan AOS. As for me this is something not really effecting, but SOP tetap SOP. Jap, SOP ke nie? OK, aku confuse! My reason for leaving is "Kelas da nak start!!". Boleh tak aku rasa terkilan sebab option tu takde dalam borang nie? Ok, ni pon nak nangis jugak! 

Kebendaan 5 : Melekit? Sticky? Ok, ini adalah kedai gula2 yang famous kat Pavilion KL. Actually aku tertarik dengan penyediaan candy ni sebab dia buat gula2 secara LIVE. Korang pernah tengok x? Walaupun kedainya bau seakan lilin bagi aku (tak sure korang bau kedai tu macam mana), candy nya sangat yummy! Kalau korang tak percaya, pergi kat bahagian cashier, rembat sebanyak mungkin tester candy yang disediakan. Plastik kecil digalakkan dalam aktiviti tapau menapau secara haram.:)


Kebendaan 6 : Antara punca dan musuh utama masyarakat Malaysia menghidapi penyakit seperti obesiti mahupon kencing manis. Haish, seriously aku tak rajin mengunyah segala manisan ni, tapi orang dah nak bagi. Gila kau kalau tolak rezeki. Hahaha. Korang pun akan lakukan perkara yang sama kan?

Kebendaan 7 : Cumel tak selipar tu? Gambar ini diambil di bawah work station aku. Milik siapa? Mestilah milik buddy aku a.k.a Cik Asiah! Wowot, kalernya amat tertarik ok. Apa lagi, terus snap2 la. AC, u da famous la!! Hahahaha...Oh ya, AC ni sangat obses dengan warna HIJAU. Nama FB beliau pun "LURVE GREENZ". Ko ade? Hahaha...

Kebendaan 8 : Duit raya? Ehem2, walaupun tahun 2011 ni aku boleh dikatakan layak menjadi mak budak, tapi aku masih belajar dan bujang, jadi, consider aku ni masih seorang pelajar. Aku terima sampul duit raya ni dari my senior kat opis, which is Kak Nadz. OMG, she's so sweet. Tatkala aku dok serabut melayan agent Middle East yang terhegeh-hegeh dan terkedek-kedek nak bagi details, beliau sempat pos ke atas paper2 yang serabut atas meja. Speechless. What can I say "Kak Nadz, saya mempunyai niat melanggar peraturan tersebut. Baru ada niat, sipi2 je lagi nak laksanakan...hehehe" ♥♥♥

Kebendaan 9 : Ok, ini adalah assignment aku yang diberikan oleh Prof Madya Fahemy Poazi. Arrrgghhhh, kena study how to decorate your future house! Sweet damn right? Ok, aku mmg fail bab deko2 ni...apapun, aku cuba la kan. Wife to be kenalah ada skill tersebut. Barulah orang cakap belajar tinggi2 tapi masih ada sifat2 kewanitaan. OMG, aku masih mencuba! 

Kebendaan infiniti : Opppsss, ini bukan kebendaan, tapi adalah KEKUATAN. Beliaulah yang bakal menguatkan lagi perjalanan hidup aku sebagai manusia. Terima kasih ya Allah. :')

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Wednesday, August 24, 2011

Entry segera!

Salam...

Merepek meraban aje kali nie...

Alhamdulillah, da selamat menyopping di Jalan Tuanku Abdul Rahman a.k.a Jln TAR bagi penyopping tegar macam aku. Beli kelengkapan diri setelah melengkapkan bagi yang lain. Takde gambar nak diuploadkan sebab really P&C, tunggu raya boleh? Hehehehe...Kredit kepada my "Hatta Dolmat" a.k.a Encik Tunang yang tak putus2 mengiringi tuan puteri mencari kelengkapan. Thanks Abang! Esok Ayang belanja Dinner Plate ye. Hehehehe...

Oklah, malas nak membebel panjang. Berbaki 2 hari bersama Asian Overland Services! Tetiba semakin drastik plak booking dari agent. OMG, layan mana yang sempat. Payah la bila banyak 'peminat' ni...haish! *perasan nak tuuuuuuut*


♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Sunday, August 21, 2011

Iftar @ Crown Plaza Kuala Lumpur

Salam...

Hye uols....17/08/2011, beriftar dekat Crown Plaza Kuala Lumpur. Invitation by the sales team. Plus, a simple inspection at the hotel. Asyik jual aje bilik kan, tapi rupe bilik tahu ke? Sumpah tak tahu...hahaha...well, gambar tak banyak plus credit to Aleeya sbb menjadi BB beliau sebagai camera of the day...Last inspection bersama katanya...

Dari kiri Aleeya, tengah yg colorful tu aku ok, yang kanan tu Asiah a.k.a AC...

With Kak Mas...

Since this is my last inspection at hotel with the team, "Korang, all the best ok...jaga diri uols elok2...standard la kena marah2 kat opis tu..sometimes not relevant at all, layan kan aje...take it positively - nasihat ikhlas dari I dan kes 11k...okeh! Hahaha-

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Friday, August 19, 2011

Gambar - Majlis Berbuka Puasa Asian Overland @ Restoran Q Thai, Taman Dagang (18/08/2011)

Assalamualaikum.....

Ok, disebabkan malas nak edit entry yg mula2 tu, nah, special entry untuk gambar semasa berbuka puasa di Restoran Q Thai, Taman Dagang Ampang. Dan sekali lagi aku ulang, aku masih tak pasti dimana kedudukan sebenar restoran ni...

Kita mulakan dengan makanan yang menjadi mangsa bagi geng "Jimat Cermat" terbaik!
(motivate diri tentang 100g = RM10.00)




Dari kiri Kak Haliza (Data Dept), Aleeya (AOSclick Dept) dan Asiah (Reservation) a.k.a my buddy...ingat 11k okeh!
Mereka kawan baik...
Entah siapa...muke busuk!
Muncung lebih! Muke busuk bersama Kak Nadz :)
Mencelup2 sehingga bergegar bumi (padahal tangan menggeletar tahan lapar)..beliau adalah Kak Nadz
♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Celebration paling sempoi...tak perlu berbelanja lebih.

Salam...

Hai kawan2...poyo tak title entry nie? Bukanlah promosi sempena musim perayaan ye. Oklah, semalam 18-08-2011 merupakan tarikh tercetusnya keseriusan tahap kecipanan perhubungan teruna dan dara. Zaman chenta muda remaja dolu2 kala.

Alhamdulillah, genap sudah 4 tahun ber'kawan' dengan yang dulunya boyfriend aku, tapi la ni da upgrade menjadi encik tunang. Teringat balik empat tahun yang lepas, kesimpulan yang boleh dikongsi adalah "R&R Tapah". Ok, fullstop! :p

Oklah, disebabkan hari ni agak ke'busy'an dok meng'clear'kan pending file sebelum diwasiatkan kepada insan2 terpilih, aku takde masa nak meng'sms' beliau dengan sewajarnya. Takde masa noks sehinggalah dapat 1 message dari beliau "Nanti jangan lupe tengok FB ye"...so, inilah luahan hati seromantik habis Mohd Fahemy bin Poazi merangkap Encik Tunang.

Oh, romantik juga beliau ni. Sebenarnya Encik Tunang ni jarang benor la meng'update' FB jika nak dibandingkan dengan aku yg tegar nie. Tegar ke masalahnya? So, once dia update, tak sangka kawan2 like termasuklah kawan2 sekolah aku sendiri. Apapun, terima kasih kawan2 Encik Tunang dengan aku skali. Korang doakan segala perancangan kami berjalan lancar.

So, pagi 18-08-2011 dicemari dengan kemarahan bos sebab previous case di mana aku ter'key-in' flight details yang salah menyebabkan company kena tanggung RM11k atas kecuaian aku sendiri. Walaupun pihak lain dikatakan menjadi masalah bertambah masalah, bagi aku, kalau bukan angin, masakan pokok bergoyang. Disebabkan kes ni agak lampau, so, aku da redha aje kena marah dengan bos sebab dah lame dah bersedia untuk hadapi semua ini. Ok, jujur aku cakap, aku malu dengan segan dengan kawan sekerja lain sebab suara pitching melangit bos kecik yang fizikalnya besar tu menyebabkan 1 floor kot boleh dengan walhal bos besar yang kecik fizikalnya maintain aje. Dan sekali lagi aku jujur, aku memang tak suke beliau sebab aku rasa tension kerja adalah disebabkan dia. Aku rindukan yang lame, lebih membantu dari membebani atau terus menuding jari. After 5 minutes meeting, muke sentap boleh terus ceria. Hahaha, buat apa nak ketat2 dik non, kemonlah, bulan puasa kot.

Ok, petang tu company ada buat majlis berbuka puasa sesama staff. Ok, aku ulang balik, MAJLIS BERBUKA PUASA beramai2 di Restoran Q Thai Taman Dagang. Aku jujur lagi, aku memang fail dengan Ampang, sangat kritikal kebengapan aku terhadap geografi Ampang ni. Haish...Ok, majlis buka puasa ni tak beberapa nak mencapai objective bila yg bukan seagama terus makan dan melantak tanpa mengira sensitiviti yang lain. Aku respect certain table yang berkongsi dengan mereka berpuasa sama2 menunggu waktu berbuka walaupun ada juga cubaan menyeludup sesuap makanan ke dalam mulut. Well, bagi aku itu ok sebab anda menjaga adab. Yang lain serumpun seakan2 seperti "tiada lagi hari esok" terus melahapkan diri bagaikan rakyat Somalia yang jumpa set steamboat di tengah gurun pasir. Apapun, anda yang sebegitu terlalu cukup matang bagi aku untuk menyekolahkan kalian. Lu Pikirlah Sendiri, kan!

Alhamdulillah, rakan semeja aku adalah Kak Nadz dan hubby beliau, Abg Fauzi, Aida Noyot, Haliza, Aleeya dan Asiah mengamalkan sikapjimat cermat kerana terlalu takut akan sign "100g = RM10.00" sekiranya makanan berbaki dan dibazirkan. So, makan apa yg perlu plus aku mmg agak kurang sikit dengan steamboat dan dicampur dengan ke'alergic'an aku terhadap seafood. Tepat pukul 2030, ape lagi, cabooootttt la...

So, deal dengan Encik Tunang untuk celebrate mana yang sempat memandangkan beliau dan adik beliau sedang syok bershopping di Pavilion KL. Ingatkan nak lepak kat Tutti Frutti, tapi disebabkan da melantak 3 1/2 scoop of ice cream masa berbuka tadi, terus deal dengan Encik Tunang just menge'teh' di NZ Curry House Wangsa Link. Tak perlu restoran mewah berseafood bagai mahupun diluar kemampuan poket dan perut. Cukuplah sekadar bersama seketika dan ditemani future in law lil brother. Aku just having tosai with nescafe ice, Nescafe o Suam for Encik Tunang dan Nescafe O Ais for budak kecik tu.


Berborak kosong dengan hero-hero Malaya ni sedikit sebanyak dapat meringankan tekanan tempat kerja. Sungguhpun diaorang mungkin blur-blur dengan kerja aku ni, at least, mereka sudi meminjamkan telinga mendengar 'anak emak' ni merengek2. Ok, sangat happy sebab diaorang layan kebengongan aku ni. Thanks!


So, in conclusion, hanya bermodalkan RM 7.80 aje kami raikan ulangtahun perkenalan ke-4 ni di NZ Curry House Wangsa Link. Jimat bukan? Ok, sebenarnya Encik Tunang da bagi gift in a week advance sebab kebetulan dia bagi tu waktu kami sibuk menyopping di Sogo KL. Cerita banyak pun tak guna, tengok ler hadiahnya. Da macam menang peraduan la plak.


♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Membebel pasal Ramadhan!

Salam....

Hai2 silent readers sekalian. Hari ni dah 18/08/2011 dan ini bermakna sudah 18 hari kita menjalani ibadah berpuasa. Jujur dan ikhlas, aku dah pose selama 11 hari, biasalah kan, perempuan mempunyai keistimewaan yang dikurniakan olehNya.Tapi, sungguhpun diberikan keistimewaan tersebut, selagi mampu, aku bangun dan turut serta bersahur bersama family tercinta sebab masa2 ni aje dapat makan bersama2. Time berbuka, kalau tak busy dengan jemputan berbuka puasa sana sini, baru dapat join diaorang. Kat office tu sentiasa ada je jemputan dari hotelier dari seluruh KL. Siap ada yg kena reject sebab takde siapa nak pergi. Orang nak bagi makan free, tapi u boleh reject macam tu aje. Kan best kalau rakyat Somalia dapat datang Malaysia dan mereka dijamu dengan segala buffet Ramadhan di hotel tu. Kompom berbaloi bayar RM60++ per head kan. Apepun, be strong Somalian!

Okeh, aku buat masa ni baru dapat attend dua jemputan aje iaitu Lanson Place dengan Crowne Plaza Kuala Lumpur. Ok, aku berani cakap aku ni adalah di antara calon2 yang tak layak untuk dibawa berbuka puasa di hotel. Bawa aku seumpama membazir aje sebab tak tahu kenapa, tak semua benda boleh aku telan. Mungkin masakan hotel tak sehebat masakan emak. Mengenangkan jemputan yang free dan jauh sama sekali takde caj kalau membazir, jadi rezeki jangan ditolak, musuh biarkan kebulur...boleh macam tu? :p

Pesanan standard kepada kawan2, tinggal 12 hari lagi aje kita diuji dengan anugerah-Nya. Sejauh mana kita setia bersamanya dengan menghayati nikmat bulan Ramadhan, tepuk dada tanya isi hati. Akhir kalam, bagi yang nak bershopping raya, please manage yourself. Tak kisah dari segi pengurusan wang, bajet, masa mahupun lokasi yang nak dituju. Last minute pon ok gak, cume takut ada yang teriak baju favorite takde saiz mahupon colors. Apepun, entry ni takde gambar sebab ak bersungguh menaip dan tak sangka dah jadi karangan.

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Friday, August 12, 2011

Iftar with classmate from UiTM Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullah...

Hai kawan-kawan, Bertemu kembali dalam rancangan melantak di bulan puasa. Kali ni bersama classmate dari UiTM Shah Alam pada 11 Ogos 2011. Kali ni, perancangan dibuat dalam seminggu awal dan well organized by Nad. Lokasinya terletak di Platinum Walk, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur. 
Agendanya adalah berbuka puasa sampai tak lalu, melalak di bulan puasa sempena meraikan perut yang penuh sarat dengan steamboat bagai, berlegar-legar di Uptown Danau Kota dan setelah memenatkan diri dengan membakar sedikit sahaja kalori, Frozen Yogurt dijamah oleh kami semua bagi menghilangkan rasa dahaga di Tutti Frutti. Sekian sahaja laporan...

Oh ye, makan steamboat untuk 5 orang berjumlah RM141.25. Murah la kan sebab tak kena timbang sisa-sisa makanan yang tak habis tu, Well, Flaming Steamboat Buffet tak amalkan walaupun kami ni boleh dianggap sebagai pembazir tegar tak kritikal. Hahahaha...

 Inilah Flaming Steamboat Buffet di Platinum Walk, dekat dengan KLMU..

 Keketam dan bebola...

 Baskin Robbins 31 sponsored by Push as our Appetizer ok, not dessert.

 Nafsu pelahap yang tak mampu dibendung

 Jawatankuasa yang bertindak menjaga kebajikan anak buah =)

 Ambassador yang tak diiktiraf, Izhar Alooha

 Nad dengan keterujaannya, Izhar senantiasa dengan muka busuk beliau...

 Uncle BR with heavy Marshmallow , Push!

 Lets steam the boat!

 Kelihatan pelbagai haiwan dan tumbuhan bergelimpangan

 Tambah kemenyan sikit kasi feel...

 Sentiasa nampak naive...

 Them

 Us!

 Abaikan apa yang patut...

 Ceduk ceduk...

 Sentiasa teruja si Izhar ni

 Khusyuk dan tawaduk..

 Qila with the victim

 Jari kasi lentik...haish...

 Mengalah...

 Gotcha!

 Acara yang takde dalam perancangan...

 Muka riak dan bangga sombong sebab dapat kupon ...hahaha

 Pokus sambil cover perot

 MengTutti Frutti....suke gile sebab 15% off!! 
 Belongs to me and Izhar...gila2 punya toppings...

 Jamah uols!

Muke keriangan menghabiskan half day di Platinum Walk sahaja okeh....tak perlu Pavilion KL mahupun Berjaya Times Square gitu!

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Catch up previous entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...