Assalamualaikum uols!!
Finally, aku dah berjaya mengatasi halangan sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan. Sepanjang tiga tahun menuntut di Universiti Teknologi Mara, banyak benda baru aku hadapi. Yup, sebelum ni di Politeknik Merlimau, takdelah expose banyak perkara sebab aku tersangatlah katak di bawah tempurung. Tapi kat UiTM, nak tak nak, uols akan mengadap macam2 orang yang wujud kat muka bumi ni sebenarnya. Aku fikir positif je sepanjang menuntut dari Shah Alam ke Puncak Alam.
Banyak kenangan sepanjang belajar. Aku paling suka kelas kitchen walaupun aku bukanlah tukang masak yang hebat, tapi bagi aku itu adalah cabaran dan aku sukakannya. Dan aku suka kelas ticketing sebab boleh berangan kerja airline book ticket dan kira mileage bagai. Sebab calculation, aku suka. Aku suke kelas restaurant operation sebab dapat berangan jadi waitress dan kadang kala menjadi floor manager. Hehehe...
The best part is status aku totally change sepanjang belajar kat UiTM je. Sem 1 aku menjadi tunangan orang, sem 3 jadi bini orang dan sem 5 aku jadi mak orang. So, apa lagi kau mau? Memang sangat best lah. Alhamdulillah, kawan2 banyak membantu aku tatkala aku sakit dan susah untuk kejar pelajaran. Thanks uols!
♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥