Assalamualaikum Warahmatullah...
Hello korang! Since kandungan dah masuk 5 bulan dan aku tak henti-henti mengeluh kat encik suami yang baju dan seluar semua semkin ketat, atas tekad dan usaha aku memujuk dan meninjau baju maternity yang bersesuaian, akhirnya aku dah mula mengumpul koleksi baju mengandung. Sebenarnya aku masih keliru sama ada perut yang makin ketara ni angkara baby atau nafsu serakah aku melantak. Anggap je lah baby dan mula membesar okeh.
Firstly aku dah bodek kakak aku masa balik Melaka lepas. Kebetulan kakak aku ada kursus kat Melaka. So, bodek punya bodek, dapat ler 3 pasang baju. Alah, setakat blouse kat Mydin Ayer Keroh aje kot. Tapi still valuable sebab ianya dari kakak aku. Just beli 3 pasang blouse aje
Then, rasa tak puas hati makin melonjak dan kebetulan encik suami dapat claim kan, so apalah fungsi si isteri kalau tak bodek suami utk shopping. Kali ni ketuk beliau dengan membeli 3 pasang pants dan dua pasang blouse dari Scarlet di AEON Wangsa Maju. Kali ni puas hati sikit shopping sebab sememangnya baju untuk maternity. Koleksi ni semuanya sesuai untuk dipakai ke kelas untuk semester akan datang.
Macam biasa, nafsu shopping memang tak henti-henti melonjak tatkala menggatalkan tangan meng'Google' dress untuk ibu mengandung. Ni semua sebab aku dah bersedia untuk tampak feminin dan keibuan. Aku rasa koleksi dari
Ibu Manja yang terletak di Batu 5 1/4, Jalan Gombak (terletak antara Ong Tai Kim dengan Pejabat Pos) sangat memenuhi kehendak aku. Aku memang nak sangat pakai dress ibu mengandung sebab dulu pernah jadi promoter Mother's Club kat Sogo dulu. Serious, sangat menawan. So, dalam banyak-banyak koleksi, ni lah antara dress yang aku minat.
Overall mengandung..kecik-kecik dulu aku memang suka pakai overall. Dah besar ni, masih lagi minat, cume kali ni ianya dress bukannya combine dengan pants
Maxi mengandung yang agak gurlish sebab bunga-bunga cinta. Cantik kan?
Maxi mengandung polka-dot yang sangat selesa. Sumpah suke yang ni dan masa fitting, memang tak nak buka baju ni. Hahaha...
Harga baju mengandung ni boleh tahan la. Harga sepasang sama nilai dengan sepasang jeans Applemints mahupon Diesel. Tapi disebabkan kali pertama mengandung, tak salah berhabis banyak untuk melaram. Lagipun, masih belajar. Kena gak cari baju yang bersesuaian. Kesimpulannya, ketiga-tiga dress tu aku ambil atas persetujuan encik suami. Terima kasih abang. Sayang kamu lebih! :p
♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥