Thursday, April 7, 2011

Reward for Olan-Ney dan masa depan

Salam...
Just a simple update...

Beberapa minggu yang sudah, Cs dan family celebrate kejayaan Olan dalam SPM tahun lepas...
So, CS dan adik beradik ada la buat makan sikit2...
Saje nak memeriahkan majlis...sbb da besar panjang, mak kerap kali berhajat nak buat makan2...

So, malam celebrate adik beradik, CS dan adik ke-5 Cs jadi runner utk majlis makan2 yang tak seberapa..

Mak suruh cari kad "Congratulations" sebesar yang boleh, dapek gak rembat sekeping kat Memory Lane...cumel kad tu *nanti CS upload". Abg CS dipaksa sponsor KFC se'bucket' - pon dapat...CS?? Hmm...disbbkan bangga tak berkesudahan *tak sampai riak okeh*, CS order cupcakes dari kawan CS masa Diploma dulu...dia bukak bisnes Cupcakes...so, inilah cupcakes yang dibuat oleh Nadia Yusof dan dijadikan hadiah kepada Olan dari CS...





Lepas celebrate, esoknya Mak dan Abah CS yang dah berhajat pon agihkan pulut kuning kat jiran seblok untuk meraikan kejayaan Olan. Dengar cerita, lepas ni Olan nak sambung belajar dalam pendidikan terus, ikut jejak langkah kakak, abg ipar dan abg CS.."owh CS, kamu mahu jadi apa ya??". Dengan mudah CS jawab "tak jadi pensyarah,nak jadi Cikgu lah".

: )

Wassalam

If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes. 
 ♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

To you...yesss...uuuuuu!!

Salam....

Happyyyy!!!

Guest what, this entry dedicated to my beloved BF..yess....youuuu!!!

He always be with me past 3 years ago...
He always be the best person to tells everything that I keep in my mind...
The awesome things...the bad feels...he always be the there for me..
He always give me smile...everyday...
Luckily I have you during the precious bulk of time...

But, the happiness was just fly away by time and distance...
I and you become so far away...
I don't know why...i guess u either..
Only He knows how alone am I in this world...
Then i realize, that I am deeply missing you :'(

Yes, the 'no you' in my life for a few moment...
Really makes me feel deep deep alone...
Like no one know me as good as you...
Once again, I am so deeply missing you...

Thanks coz present again in my life...
No hurts, no pain at all...
I promise!!

:')
If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes. 
 ♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Tuesday, April 5, 2011

Hi-Tea bersama Madam Ainul

Salam...
Quick update...(sebab upload gambar kat FB tersangatlah 'Laju')

Sabtu lepas 02042011(sebelum CS melarikan diri secara mengejut ke KL), CS serta classmate terpilih dijemput menghadiri Hi-Tea bersama pensyarah CS yang mengajar course Marketing masa Part 1 dulu di Quality Hotel, Shah Alam. Ianya adalah reward kepada Best Group untuk setiap kelas yang diajar oleh Madam Ainul. So, senang cite, group yang dianggotai oleh CS, Ummy, Jijah, Cik Pah, Iz dan Sima ni adalah group terbaik untuk HM221. Tapi, Sima tak dapat join masa tu..MIA!! Yang lain bukan tak terbaik, all of us terhebat wok!! Ok x title tu :). 

Jadi petang tu, berbekalkan perut yang sengaja dibiarkan kosong sebab nak tunggu hi-tea punya pasal, CS dan yang lelain pon dgn tak segannya menunjukkan tahap kebuluran dan akhirnya mengundang pembaziran...membazir tu satu hal, tapi dah dibelanja,bazir tak bazir kami harungi bersama (ayat ke laut!)

So, layanlah gambar kat bawah ni..huh, ingatkan quick update, tak jugak rupenya...maklumlah, kemaruk nak amik minor Journalism lah katakan...mungkinkah...

My team from left : Jijah, Ummy, Mdm Ainul, myself, Cik Pah & Iz...
Madam Ainul with Balqis's group!!
Son's of Madam Ainul, Aniq yang sangat cute dan petah berkata-kata..
Other groups!!
Thanks to Mdm Ainul for the wonder-full Hi Tea!!

If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes. 
 ♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Monday, April 4, 2011

Saya bangga tengok filem Melayu buatan Malaysia

Salam...
Weehuuu...
Wassup peeps!! Lame kan tak update blog..lack of time la katakan (nak jugak taip omputeh)

Ok, MOVIE UPDATE!!! (dgn gaya tak menyempat)

CS baru aje balik menonton filem nie...
Kita start dari awal..

Sabtu lepas, CS dan Encik Tunang sempat la membazirkan sisa-sisa masa di hari Sabtu yang tenang sambil melihat burung yang terbang pulang ke sarang (burung kat KL sarangnya celah2 bangunan okeh) dengan menonton filem yang amat kontroversi iaitu....jeng jeng jeng...tatak lain tatak mukan...


... Dalam Botol...hahaha...dot dot dot tu korang tahu apelah kan...malas nak taip, kang 18PL plak entry ni jadinya...oklah, kisah seorang lelaki bernaluri wanita, memenuhi keinginan pasangannya yang sama jantina dengan menukarkan jantina kat oversea (mane2 negara yang membenarkan trans-gender dilakukan). Kerana cinta, bukan setakat maruah dan harta, jantina pon sanggup ditukarnya demi memenuhi nafsu serakah (pergh, ayat nk bombastik). Skrip oleh Khir Rahman ni sangat2 la subjektif untuk dinilai. CS ni takde la pakar sgt dalam penulisan seni layar tapi Alhamdulillah, CS faham apa yang cuba disampaikan oleh Khir Rahman dalam filem nie. Walaupun filem yang agak sunyi sepi (sebab takde background music sangat sampaikan org kunyah pop corn dalam wayang pun bunyi da mcm botol kaca berderai di atas jubin WhiteHorse) membuatkan CS dan tunang rasa mcm blur dan tengok pintu Exit dalam panggung tu da mcm laluan VIP aje, hasrat nak keluar panggung terbantut tatkala penceritaan kian menarik (menuju ke intermission mcm filem Hindustan). Body language yang diselitkan dalam skrip yg dituturkan merupakan idea kreatif terbaik dalam membuatkan penonton sendiri faham apa yang cuba disampaikan. So, penonton pun secara tak langsung jadi script writer la jugak kan...jalan cerita sume, korang ley lah google sendiri sbb CS tak main lah copy2 dari mane2 sources (gambor je rajin save as). Cume CS terpana la dengan hero merangkap heroin filem ni iaitu Arja Lee...hensem gak mamat ni...

Arja Lee yang membawa watak utama... ^_^

Filem seterusnya adalah CUN! lakonan Remy Ishak dan Maya Karin. Filem ni dibawah arahan  Osman Ali...actually, CS tgk trailer filem ni masa tggu cite "...Dalam Botol" bermula. Kalau tak tengok trailer ni, sumpah CS akan xtahu langsung kewujudan cerita ni ataupon CS cakap "tunggu je la cite ni muncul kat Astro Ria - ayat standard kan". Nasib baik CS da dapat tahu ttg cerita ni lebih awal. Dukacita kelas hari ni cancel, so dgn sukacitanya mengajak beberapa classmate yang seangkatan untuk tonton filem nie. Hahaha, tengok reramai yang kaki gelak sure gempak bukan?? Gelak sakan weyh!!



Remy Ishak dan Maya Karin dalam satu babak yang sangat sweet (padahal dok promote sponsor), tetap sweet!!

Oklah, cerita komedi romantik ni wajar ditonton oleh mereka2 yang sedang berduka lara untuk mendapatkan ubat gelak...CS dan kawan2 gelak beriya2 kot dalam panggung...ahaha..ok..

CS tahu sebilangan dari kita ada pendirian tersendiri. Sesiapa yang rasa cerita2 yang CS selitkan dalam entry kali wajar ditonton, pergilah menonton di panggung yang berdekatan. CS faham bagi sesiapa yang tak mahu membazirkan duit untuk filem2 tempatan kerana Customer Always Right. Customer ada hak untuk menilai sesuatu yang Value For Their Money...jadi, pendapat itu subjektif. Tak perlu la nak bertikam lidah pada sesuatu yang kita sebagai manusia dapat selesaikan dengan cara baik (ayat mcm tengah sentap, padahal tak tahu nak sentap kat sape...)

Wassalam...

If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes. 
 ♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Catch up previous entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...