Wednesday, October 31, 2012

Dia milik kami..InsyaAllah pasti!

Asssalamualaikum warahmatullah...

Hmm, ikutkan hati takmo share tapi memandangkan keterujaan yang tak dapat dibendung, nak-nak bakal menjadi ibu buat kali pertama, nah...mari aku kongsikan kegembiraan milik bersama. Nak share kegembiraan bersama Cadbury di alam maya ini sukar :p


Masa ni si kecil baru berusia dalam 6 bulan lebih. Sebab utama nak scan adalah masa usia kandungan mencecah 6 bulan lebih, pergerakkan si kecik ni tersangatlah aktif. First time buat scan 3d/4d dekat klinik swasta berhampiran kat Business Rampai Park. Teruja gila uols walaupun agak mahal kan. Tak kisah la sebab first time nak tengok wajah si kecil ni. Doc cakap masa usia 25-26 minggu, baby memang aktif sangat sebab pergerakkan baby tak terbatas dek saiz uri yang agak luas. Yang bestnya, doc terus cakap "Yang penting hidung baby macam mummynya". Okeh, aku blur sama ada dia perli aku ke apa. Tapi ok what, sebab babahnya suka sangat tarik hidung aku kan...

Kononnya cukuplah scan sekali tu je...tapi, seterusnya encik suami ajak scan bila kandungan dan cecah 8 bulan sebab dapat tahu ada satu klinik kat Persiaran Ampang boleh offer service yang sama pada harga yang lebih murah. So, aku pon pi lah klinik tu. Alhamdulillah, word of mouth kawan-kawan yang pernah scan kat sana berjaya melonjak bisnes klinik berkenaan disebabkan aku. Hahaha, berapa sen sangatlah duit laki ko Syuhada oi...

So, hasilnya seperti berikut..si kecil diusia 8 bulan..


Scan 3D/4D kali ni memang terasa berbaloi sebab assistant pengimejan tu betul2 makse sure pelanggan puas hati. First session baby tengah tido. Lena bukan main. Jenuhlah assistant tu kejutkan dia, aku pon berusaha kejutkan dia. Dia tido baik punya. Mana taknya, malam sebelum tu si kecil ni memang main sakan masa aku nak tido. So, petang masa gi scan tu memang waktu dia tido kot. Assistant tu pun nasihatkan aku pergi la jalan-jalan kejap then sambung balik. Second session memang seronok sebab si kecil ni dah terjaga, tapi dok menguap tak abis2..aku dengan babahnya gembira la tengok gelagat si kecil ni. 

Macam-macam cerita tentang ibu mengandung ni. Ada yang ok dan tak kurang juga yang K.O. Alhamdulillah, sampai waktu ni aku tak alah teruk macam yang lain. Cuma emosi agak sensitif dan bertuah ada suami yang sentiasa mengalah dan memahami melayan aku yang agak meragam masa tido. Hohoho, sebenarnya ragam tu nak praktis si suami bangun malam sekiranya baby terjaga nanti. Cerdik tak aku?

Oklah, cukup sampai sini sahaja. Ini yang mampu aku kongsikan bersama 'sesiapa' sahaja. Sekian, thanks sebab gigih membaca entry yang syok sendiri ni. 

P/S : Entry ni mungkin akan di'view' oleh si kecil nanti. 
"Ingat selalu yang ibu dan babah sayang kamu ketat-ketat"

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

16 Fakta Mengenai Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum warahmatullah..

Hari ni mau share tentang fakta mengenai bayi baru lahir. Ye la, aku ni dah sarat 34 minggu..cer kira berapa minggu lagi nak meletop? Kalau 40 minggu, tak ke tinggal 6 minggu je lagi? fuhhhh...

Ok, macam biasa, aku kan suka study last minute, nak beranak ni pon masih tak dapat dibendung masalah last minute tu..aiyooo...

Post ni tak semestinya untuk ibu hamil sahaja, buat sesiapa sahaja ditujukan dengan tujuan untuk memberi maklumat mengenai bayi baru lahir. So, kita tahu serba sedikit tentang mereka (bayi) yang sangat fragile ni...gitewww!!

16 Fakta Mengenai Bayi Baru Lahir

1.Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

2.Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud 
sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3.Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4.Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5.Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6.Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7.Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8.Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9.Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10.Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11.Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12.Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13.Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14.Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15.Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16.Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

♥ Kredit kepada Facebook Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung ♥


♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Tuesday, October 30, 2012

Persediaan bersalin kali pertama

Assalamualaikum warahmatullah...

Fuyoo, dah lame tak update!! 
Almaklumlah, kuliah dah start, ni pon tengah mid sem break dan nama je cuti, setimbun kot kerja rumah cum kerja sekolah perlu disiapkan.
Since dah masuk 8 bulan 2 minggu mengandung si kecik yang makin aktif ni, pergerakkan dan aktiviti-aktiviti tertentu dah mula berbatas. But, kerja sekolah tetap diutamakan since tak berani nak tangguh-tangguh. Kali ni memang membataskan diri dari segala perkara yang berisiko.

Dalam pada tu, dok kalut juga lah nak update perkara yang perlu dipersiapkan untuk menanti hari kelahiran si kecik yang chubby! Dok usha2 blog dan google segala mala yang perlu terjumpalah list barang keperluan ibu dan baby dari beberapa blog yang sempat dijengah. Taraaa, I'm doing in advance research okeh tanpa menggunakan research methodology, tanpa any scientific theory, literature review dan tak perlu cited sane sini :p

Inilah keperluan yang perlu disiapsedia dan diusung ke sana sini kemana jua anda pergi kot2 la 'meletup' lebih awal dari jangkaan tarikh kelahiran.

Beg bayi

pakaian bayi sekurang-kurangnya 3 pasang
sarung tangan dan sarung kaki
tuala bayi
selimut
botol susu
kain lampin
lampin pakai buang
topi bayi
minyak Yue Yee Cap Limau
Minyak telon bayi
Kapas putih
Tisu basah / kapas lembab
Putik kapas
Bantal kecil


Beg ibu

kad pengenalan
buku merah ibu mengandung
Baju ibu biasanya blouse atau tshirt
kain batik
Baju yang cantik sikit untuk pulang dari hospital
Pad bersalin
Stoking (wajib)
Seluar dalam
Sabun, berus gigi dan ubat gigi
Sikat rambut
Bedak, minyak wangi
Tuala mandi
Selipar
Minyak angin, minyak urut dan lain-lain.
Biskut dan makanan ringan
Kamera ataupun kamera telefon je
Charger telefon


Yeay! Finally berjaya gak update!! Hahaha...tahniah kepada diri sendiri. Cukup setakat ni saje..lain kali kita share apa yang patut ye :p

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Tuesday, August 7, 2012

Hari ini hari Selasa :)

Assalamualaikum Warahmatullah

Hello korang! Dah masuk Ramadhan ke-18, puasa ke tak? Kalau puasa, Alhamdulillah. Kalau tak, nak kena babap ni! :p

Oklah, hari ni 7 Ogos 2012, Dato Lee Chong Wei pulang ke Malaysia membawa pingat "Perak" dari sukan Olimpik di London! Tahniah Dato! Jangan minta maaf sebab kami dah anggap Dato' Lee Chong Wei wira negara! Dato tak pernah mengecewakan kami rakyat Malaysia! Kami bangga dengan DLCW!




Dalam pada tu, lepas solat Subuh tadi, aku pon redah timeline Facebook dan ada benda menarik untuk dikongsikan bersama. Ayat ni memang sangat mendalam maksudnya dalam istilah mencari apa erti persahabatan yang sebenarnya. 


Malas nak komen panjang-panjang. Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal :)


♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Wednesday, August 1, 2012

Meroyan baju mengandung

Assalamualaikum Warahmatullah...

Hello korang! Since kandungan dah masuk 5 bulan dan aku tak henti-henti mengeluh kat encik suami yang baju dan seluar semua semkin ketat, atas tekad dan usaha aku memujuk dan meninjau baju maternity yang bersesuaian, akhirnya aku dah mula mengumpul koleksi baju mengandung. Sebenarnya aku masih keliru sama ada perut yang makin ketara ni angkara baby atau nafsu serakah aku melantak. Anggap je lah baby dan mula membesar okeh.

Firstly aku dah bodek kakak aku masa balik Melaka lepas. Kebetulan kakak aku ada kursus kat Melaka. So, bodek punya bodek, dapat ler 3 pasang baju. Alah, setakat blouse kat Mydin Ayer Keroh aje kot. Tapi still valuable sebab ianya dari kakak aku. Just beli 3 pasang blouse aje

Then, rasa tak puas hati makin melonjak dan kebetulan encik suami dapat claim kan, so apalah fungsi si isteri kalau tak bodek suami utk shopping. Kali ni ketuk beliau dengan membeli 3 pasang pants dan dua pasang blouse dari Scarlet di AEON Wangsa Maju. Kali ni puas hati sikit shopping sebab sememangnya baju untuk maternity. Koleksi ni semuanya sesuai untuk dipakai ke kelas untuk semester akan datang.

Macam biasa, nafsu shopping memang tak henti-henti melonjak tatkala menggatalkan tangan meng'Google' dress untuk ibu mengandung. Ni semua sebab aku dah bersedia untuk tampak feminin dan keibuan. Aku rasa koleksi dari Ibu Manja yang terletak di Batu 5 1/4, Jalan Gombak (terletak antara Ong Tai Kim dengan Pejabat Pos) sangat memenuhi kehendak aku. Aku memang nak sangat pakai dress ibu mengandung sebab dulu pernah jadi promoter Mother's Club kat Sogo dulu. Serious, sangat menawan. So, dalam banyak-banyak koleksi, ni lah antara dress yang aku minat.

Overall mengandung..kecik-kecik dulu aku memang suka pakai overall. Dah besar ni, masih lagi minat, cume kali ni ianya dress bukannya combine dengan pants

 Maxi mengandung yang agak gurlish sebab bunga-bunga cinta. Cantik kan?

Maxi mengandung polka-dot yang sangat selesa. Sumpah suke yang ni dan masa fitting, memang tak nak buka baju ni. Hahaha...

Harga baju mengandung ni boleh tahan la. Harga sepasang sama nilai dengan sepasang jeans Applemints mahupon Diesel. Tapi disebabkan kali pertama mengandung, tak salah berhabis banyak untuk melaram. Lagipun, masih belajar. Kena gak cari baju yang bersesuaian. Kesimpulannya, ketiga-tiga dress tu aku ambil atas persetujuan encik suami. Terima kasih abang. Sayang kamu lebih! :p


♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Tegur menegur

Assalamualaikum Warahmatullah...

Hye korang! Puasa tak hari ni? Hari ni dah masuk Ramadhan yang ke 12..Alhamdulillah, aku dan baby masih lagi mampu menunaikan walaupun kadang2 agak tergugat iman. Mak aku pesan, kalau tak mampu, diharuskan berbuka sebab takut memudaratkan bayi dalam kandungan. Tapi aku rasa, sebenarnya baby melonjak2 dalam perut sebab tahu Mak Tok nya sedang masak apa yang dia inginkan. Ngehngehngeh...

Oklah, masing2 ada cerita Ramadhan tersendiri, aku akan berkongsi untuk entry akan datang. Entry ni sebenarnya nak berkongsi mutiara kata / hadis (tak pasti sebab tak diriwayatkan oleh siapa) dari seorang sahabat aku dalam Facebook. Aku tertarik dengan kata-kata yang diupdate dalam FB beliau.

“Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati"

Mendalam kan maksudnya? Aku adapt kata-kata ni dan jadikan pedoman. Aku ambil langkah untuk mempertimbangkannya dalam sebilangan situasi. Kadang-kadang manusia yang ditegur secara berdepan akan melenting. Sekiranya dia yang ditegur menerima seadanya "Alhamdulillah", tapi yang melenting, pasti ada cara untuk menyedarkan mereka-mereka yang tergolong dalam "Mereka yang pantang ditegur". Wallahu alam :)

Sekadar berkongsi ilmu :)


♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Thursday, July 19, 2012

Ragam sebelum puasa...

Assalamualaikum warahmatullah

Hello kengkawan! Okeh, dah masuk malam kedua kat Melaka ni, TER'rajin' la plak mengupdate blog kan? 

Rabu lepas aku join in law family makan beramai-ramai kat TomYam Meletop Taman Rambai Jaya sempena nak menyambut Ramadhan Sabtu ni. Nak dijadikan cerita, mak mertua aku tanya "Takde baju pregnant lagi ke?". Manalah beliau tak tanya sebab tshirt yang aku pakai tu pon tshirt zaman remaja katanya. So, aku terdiam dan termangu, "Perut aku dah nampak ke?"

Actually, before join dinner tu, petang tu aku sempat jumpa kakak aku yang kebetulan dok buat soalan percubaan PMR untuk subjek Geografi Negeri Sembilan. Memang silaplah aku jumpe dia saja-saja. Cubaan untuk mengikis beliau berjaya. Actually, aku berjaya menge'pow' dia shopping baju pregnant kat Mydin kat MiTC yang besar gabak tuh. Mesti korang kata " Ape kelas shopping baju raya kat Mydin je". Hello, kira okeylah kan ada yang nak belanja. Walaupun baju pregnant tak sehebat fesyen terkini, yang penting ibu dan anak dalam kandungan selesa okeh. Aku pon berjaya pow 3 pasang baju dan agak kecewa tak jumpa seluar untuk ibu mengandung since most of my pants dah start mengecil (aku yang makin membesar sebenarnya -,- ). Apapun , "THANKS Ekin sebab belanja baju pregnant aku". My 1st maternity dress sponsored by Kak Long kawasan Gemas. Ko hado? :p

Hari ni, teman adik2 kecik in law plak shopping stationary untuk peperiksaan kat Pekan Masjid Tanah. Alang2 dah sampai kedai buku dan encik suami tanya tak nak beli majalah apa-apa ke, terus terlintas dalam kepala aku nak beli majalah Pa Ma. Ye la, ni lah bahan bacaan pertama aku as mum-to-be. Cover baby bulan Ogos ni sangat comel, namanya Zara. Tetiba teringat hairband baby yang pernah dibuat oleh Cik Puan Rima Dania yang cute-cute. InsyaAllah, kalau girl girl lah kan, mmg cari beliau dulu.


Majalah ni dibeli pon sebab nak dapatkan tips-tips tentang ibu mengandung since mak aku pon payah nak kongsi cerita (sebenarnya mak aku sangat independent masa besar kami 6 beradik, tunku menunku semua dia settle sendiri..mak saya hebat!). Alhamdulillah, ada jawapan kepada segala mala persoalan yang sering bermain dalam kotak fikiran aku selama pregnant ni. Sungguh pon takde chapter macam buku teks Tourism kan. 

So, nak dekat bulan Ramadhan ni, buku resepi biskut raya yang pelbagai dah memasuki pasaran. Disebabkan this is first year as wife and mum-to-be, nak gak membakar biskut raya sendiri. Secara jujur, memang aku tak pandai masak, tapi keinginan nak mencuba tu tak pernah putus. So, bulan puasa ni, awal puasa maybe aku start try and error segala resepi yang ada. EH, aku tak beli buku, aku beli majalah Saji yang ada lebih kurang 200++ resepi kuih raya. Memang takdelah semua biskut aku buat, just nak mencuba resepi yang agak rare dan kot2 sempat bukak bisnes di waktu yang suntuk ni. Who knows?

Oklah, agak panjang jugak entry ku walaupun agak entah apa-apa plotnya. Till then guys!

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan marilah mengerjakan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan.



♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Tuesday, July 17, 2012

I'm pregnant...its week 18!

Assalamualaikum warahmatullah...

Kandungan aku dah masuk minggu ke 18, Alhamdulillah, akhirnya berjaya mengharungi dugaan diawal usia kandungan walaupun sibuk sebagai student. Walaupun pernah bleeding masa minggu ke 11 (kalau tak silap lah), sebab kesedaran awal aku dapat selamatkan baby dalam kandungan. Doktor pon scan kandungan aku untuk lihat sama ada jantung baby dah start berdegup atau belum. Bila doc scan, aku rasa macam tak percaya  ada si kecil dalam rahim aku dan jantungnya berdegup. Kesedaran untuk menjadi ibu agar lebih berhati-hati makin melonjak. 

Masa ni baby baru berusia 11 minggu 5 hari. Saiznya just 4.3 cm. Kecil cenonet aje  kan :p
So, aku masih tak start baca apa-apa buku berkaitan dengan baby bagai sebab baru je sem break kan? InsyaAllah, dalam masa terdekat ni aku akan cari bahan bacaan. So, nanti jumpa doc kerajaan, boleh lah buat sesi soal jawab. 

Week 18, baby akan rasa apa yang ibunya rasa. Nasib baik dah lepas tekanan sepanjang semester 4 lepas. :p
Good baby!

♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Its over!

Weehoo,

Alhamdulillah, berakhir sudah semester 4. Dan ini bermakna ada lagi 2 semester yang perlu ditempuhi. Memang tak sabar nak habiskan study. Serius tak sabar!

Review about last final exam, hmmm, walaupun 5 subjek aje, tapi boleh tahan jugak kepayahannya. Sebab3 subjek perlukan daya ingatan yang kuat untuk memahami dan menghafal. Lagi dua subjek melibatkan pengiraan which is AWESOME!

Apa pun, semoga dapat result yang cemerlang (kalau masih mampu, memang nak AD, kan?) sebab nak tengok hasil setelah berkahwin dan sarat mengandung. InsyaAllah ada rezeki pasti tak kemana..

Apapun, perut pon makin nampak ketara dan naik semester nanti pasti nampak cute di kalangan classmate lain (sila muntah hijau). Hohoho, perasan lebih kejap. Eh, 'y bother' kata kau! :p

Friday, June 8, 2012

Tahniah Siti Sarina & Mohd Al-Amin

Salam...

Berhabuk sudah blog aku...quick update... 

Tahniah buat Siti Sarina Lamsah dengan pasangannya Mohd Al-Amin yang telah melangkah ke gerbang perkahwinan pada 2 June 2012 di Taman Sri Mawar, Seremban Negeri Sembilan. Ena ni one of the closest geng masa kami menuntut Diploma Pengurusan Pelancongan di Politeknik Merlimau Melaka (2007-2009).

Setelah mengharungi pelbagai dugaan sepanjang perhubungan mereka, akhirnya majlis penikahan menyatukan mereka berdua. Tahniah! Boleh rasa penceritaan di sebalik gambar ni. Tahniah dan Credit to Official photographer Chapet Mohamad


Sepatutnya ada gambar lagi sorang mamat yang selalu mengacau hidup Ena sepanjang Diploma lepas, dan memandangkan ada komitmen lain, Zul Hakim Adillah tak dapat menghadirkan diri. Kami mendambakan kehadiran beliau sebenarnya :'(


P/S : Lepas ni siapa pulak ye? Sama ada Aini atau Akim ke? :p

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Friday, February 24, 2012

Hey, back off! She's mine!!

Assalamulaikum...

Hey uols, sehari dua entry? Ada mak kisah? :p

Tetiba tergerak hat nak upload gambar ni saje. Sila jeles sekiranya perlu.

Ini adalah kawan baik aku since 1999 until now! Her name is Nurzulaina binti Ahmad Haripin a.k.a Zue Zoey. Dia setia temani aku dari hari akad nikah sampailah resepsi di Melaka. Aku tahu dia penat sangat-sangat. (penat yang sama dialami oleh Khairul Azuan Bin Atan). Hopefully dengan melihat gambar-gambar ni, korang dapat tahu cerita sebenarnya. :)






♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Resepsi Kuala Lumpur by Alif Sued

Assalamualaikum...


Saja nak berkongsi lagi hasil kreatif dari junior sejak dari sekolah menengah sehinggalah sekarang ni bergelar junior di UiTM. Hasil kerja kreatif dari Alif Sued diberi nama Detik Indah - Syuhada & Fahemy. Black and white gitew!a








So, ni je la yang mampu dikongsikan bersama. Tak sabar pula nak tunggu full album by official photographer. 

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Thursday, February 23, 2012

Alhamdulillah..masih lagi...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan akhir semester 3 lepas dah diumumkan dan syukur sangat dengan keputusan yang diterima sebab aku sendiri menjangka bakal mengulang beberapa subjek sebab pecah rekod, hampir semua subjek aku tak suka. Syukur sgt sebab semuanya LULUS :) Hahahaha...

Apepun, aku syukur sangat2 sebab masih lagi mengekalkan Dean List dan ramai kawan2 pon dapat DL. So, takde lah risau dapat warning letter dari JPA bagai. Hahaha. Tapi kecewa sikit la sebab tak capai target yang ditetapkan oleh mantan Encik Tunang a.k.a Encik Suami. Apepun, aku masih bersyukur!

InsyaAllah, aku berjanji akan perform better untuk semester akan datang sungguh pon aku da bertukar status dan status baru ni bukanlah penghalang untuk aku capai apa yang aku impikan.  

Sekali lagi, TAHNIAH semua! 

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Tuesday, February 21, 2012

Sehari sebelum..

Assalamualaikum semua :)

Wee, esok 22.02.2012 dan ini bermakna keputusan peperiksaan untuk semester 3 lepas akan diumumkan. Apa yang terbuku di benak hati mereka adalah sama seperti yang aku rasa.

Ok, bila diingatkan balik mengenai semester 3 lepas, boleh dikatakan itulah semester yang paling membunuh karier sebagai pelajar IPT. Memang hebat cabaran semester lepas. Aku yang sibuk menguruskan majlis perkahwinan pada Januari lepas, ditambahkan lagi subjek yang diambil pula memang dahsyat sebab setiap satu subjek menuntut hafalan teori dan praktikal yang amat banyak berbanding semester dulu.

Walau apapun, aku masih lagi dalam mood berbulan madu sebab cuti semester berbaki kurang dua minggu, jadi aku akan tetap rasa gembira dengan apa jua keputusan yang bakal aku terima mungkin seawal pagi 22.02.2012 nanti.

Buat kawan-kawan yang bakal menerima keputusan, semoga berjaya!!

Saturday, February 18, 2012

Love it! Part II

Assalamualaikum...

Dah tengok gambar resepsi KL sebelum ni? Kalau dah, Bagus! Kalau belum, nah linknya, sila tekan Love It!. Walaupun dah tak bergelar pengantin baru, tapi aku masih lagi mampu tersengih sorang2 bile usha entry tu. Suke gile kot dgn dress dan hasil foto yg awesome!

Kali ni adalah teaser untuk resepsi sebelah Melaka yang dah berlangsung pada 4.2.2012. Ni je yang sempat di upload dek photographer, insyaAllah ada lagi nanti akan diupdate ye. Photo credit to Hafiz Hazizi Photography


 ♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Wednesday, February 15, 2012

Love it!

Assalamualaikum...

Nah, hasil kerja my best photographer untuk majlis akad nikah pda 27.01.2012 dan majlis resepsi pada 28.01.2012...credit to Hasbullah Photography dengan hasil kerja yang sangat PUAS HATI GILE!!

(P/S : Inilah gayanya org yang memiliki DSLR standard bila diambil gambar DSLR Super Duper than the standard kit one!)













♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Wednesday, February 8, 2012

I'm not single anymore!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, semuanya selamat :)
♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Monday, January 23, 2012

Bermulanya 2012

Assalamualaikum...

Ini adalah entry pertama pada tahun 2012..
Biarkan gambar berbicara :)
Doakan 27 Januari ini semuanya berjalan lancar hendaknya :)




♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Catch up previous entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...