Assalamualaikum....
Kaifa haluka??? Ana bi khoir....
Tragik x tengok title entry ni???
Ye??? Tak???
Ape2 aje lah....
Actually, aku mmg nak sangat post entry nie...
Tapi, ini pun setelah pulih dari anxiety disorder...
Menggigil tangan kebelakangan nie...
KENAPA??
Inilah permulaan entry ni....
Baru nie, aku baru balik bercuti dari Melaka dengan Encik Tunang...
Opss, bukan honeymoon mahupon pra honeymoon...
Aku saje melawat family tunang...
Last melawat mereka pon hujug bulan Mac lepas...
Nak dijadikan cerita....
Sepanjang berada di Melaka, mmg aku tak update FB sangat....
Sekembali aku ke KL, baru ler update FB...
Dalam beberapa minggu kemudian,
Pengembaraan pon bermula....
Bkan travel sane sini ye....mengembara di FB...
Terjah menerjah FB kawan2...
Update ape aktiviti korang2...
Kot2 ter'miss' cerita yang best2...
So, dalam terjah menerjah,...
Tetiba mak tersentap nok!!!
Terduduk mak dibuatnya....
Mana tidaknya,
Mantan "Kekasih Gelap" mak da nikah dik non....
Tak habaq sepatah haram pon...
Itu pon mak tersinggah kat wall FB dia...
Ape lagi, kadar degupan jantung sangat ler laju...
Terdiam....terus terdiam...
Dipersoal dalam hati adakah apa yang aku lihat benar2 belaka...
Dia siap bertanjak segak ala2 Hang Tuah gitu *Pernah ke aku tgk Hang Tuah LIVE??*
Itu pun hasil di'tag' oleh teman2 di sekeliling beliau....
Terpaku, terkaku, terpilu dan ape2 aje la...
Ala2 tersentak dan tersentap aku dibuatnya....
Diimbas kembali hubungan yang dulu...
Ye, aku pernah menaruh perasaan kepadanya...
Bukan terkini tetapi cerita dahulu kala...
Dia kembali, tawar diri untuk menjadi sehabat sekali lagi...
Jumpa di Melaka..terkena dengan imejnya yang "Bandaraya Bersejarah" gitu...
Walaupun rasa itu muncul kembali,
Aku sentiasa membataskan diri....
Berpijak di bumi, berada di realiti...
Cukuplah aku lafazkan kata2 hati yang lama aku pendam,
Supaya hilang segala dendam,
Yang tak mungkin akan padam...
Hubungan aku dan dia kian jauh,
Semakin jauh...
Aku ada kamu dan bukan dia....
Dia pun turut jauhkan diri...
Dalam nada dia tidak pernah serius,
Dia nyatakan hasrat hati ingin berkahwin,
Bila ditanya siapa calonnya,
Tak pernah dijawab dengan sebenarnya....
Mungkin nak jaga hati dan perasaan aku....
Tapi, perlu ke nak jaga???
Dia kian menjauh, dan terus menjauh...
Dikirim ucapan "Good Luck For Your Final Exam"...
Itulah SMS terakhir yang aku terima dari dia...
2-3 hari jugalah aku agak kemurungan sementelah menatap dia bertanjak bagaikan pahlawan Melayu....
Bukan sebab dia menikahi yang lain...
Sebab aku mmg cabar dia untuk berkahwin dulu dari aku...
Supaya dengan senang hati aku akan bina masjid kelak...
Aku terkilan kerana sebagai seorang kawan,
Langsung tidak dikongsi detik bahagia dia...
Aku tersentap, sangat tersentap...
Aku perlu ke hadapan...
Berbekalkan SMS tahniah kepadanya,
Aku putuskan segalanya...
Demi masa depan kami jua...
Dia pernah pesan, jangan remove dia dari friendlist FB, sbb dia akan cari aku balik...
Aku perlu kuat...
Ingat sesenang kentang aku boleh delete dia yang hampir 10 tahun aku kenali...
AKU PERLU KUAT....AKU PERLU TABAH...
Jujur, bukan mudah untuk lupakan segala memori...
Kalaulah aku ni external hard disk mahupon pendrive...
Semudah ABC aku boleh lupakan dia...
Bukan setakat dia, kalau boleh yang lain2 pon aku nak lupakan...
Tapi aku dan kamu adalah manusia biasa,
Memori akan menjadikan kita lebih dewasa....
Aku bersyukur kerana masih berkesempatan untuk terjaga dari angan2...
Aku bersyukur Dia mempertemukan aku dengan kau,
Aku bersyukur kerana kau sentiasa di sisi aku,
Maafkan aku kerana pernah menduakan kamu,
Maafkan aku kerana pernah mendustai kamu,
Maafkan aku kerana kau pernah alirkan mata kerana kebodohan aku...
Kepada engkau yang sudah bahagia...inilah nota terakhir dari aku
"Tahniah di atas pernikahan kau dan dia. Semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat. Didiklah dia, ketuailah dia...jadilah nakhoda yang membawa anak kapal kembali ke darat, biar dipukul ribut, kau setialah pada dia...terima kasih atas segalanya...tapi manusia tak semuanya sempurna...suatu permulaan ada pengakhiran seperti yang tertulis pada takdir...jika engkau memulakan sesuatu, pasti kau juga yang mengakhirnya, tapi kali ni, biarkan aku mengakhiri semua...anggaplah aku bukan sesiapa...: