Monday, October 19, 2009

AKJ yang ke-5

Salam....

Alhamdulillah, dengan izin-Nya kali nie aku masih lagi mempertahankan potensi diri dalam menerima Anugerah Ketua Jabatan untuk kali ke-4..

Majlis ni diadakan pada 16 Oktober 2009 di Dewan Platinum, PMM di mana menggabungkan semua penerima anugerah di PMM iaitu dari lima jabatan seperti Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Awam, Perdagangan dan Hospitaliti. Majlis ini julung kali diadakan dalam satu majlis sebab sebelum ni, majlis ini diadakan di peringkat jabatan masing-masing.

Seperti semester 1, aku mendahului penerima dari Jabatan Hospitaliti (actually random)...walaupun pointer aku agak drop sedikit, tapi CGPA masih lagi OK dan boleh carry forward lagi...hahahaha...dalam kelas aku (PENGURUSAN PELANCONGAN), hanya lapan orang tersenarai iaitu :
  • Norsyuhada binti Mohd Aris
  • Siti Nur Syuhada binti Ahmad Rashidi Khair
  • Sabrina binti Samsudin
  • Norsuriati binti Sopi
  • Siti Nor Hartini binti Ramli
  • Noraini binti M.Haris
  • Siti Sarina binti Lamsah
  • Norhidayu binti Ahmad
Ni lar sedikit sebanyak gambar yang dapat dipertontonkan....

Dari kiri : Siti Nur Syuhada, Siti Norhartini, Suriati, Sabrina, Hidayu, Sarina, Noraini, Syuhada semasa rehearsal majlis pada sebelah pagi...


Peace 2x...

After rehearsal...bergambar sekejap...


bergambar setelah menerima anugerah....

Dapat sijil dan keris....kata duduk Melaka..takkan dapat belacan kot..


Di luar Jabatan Hospitaliti dengan member kamcing since sem 1 lagi...

Lepas ni, terus ke Majlis Konvokesyen yang dijangka berlangsung pada bulan Mac 2010...semoga yang terbaik menjadi milik kami semua..doa mak ayah serta usaha dan tawakal kepadaNya yang mampu membawa kejayaan kepada kami semua...insyaAllah...

No comments:

Catch up previous entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...