Saturday, February 18, 2012

Love it! Part II

Assalamualaikum...

Dah tengok gambar resepsi KL sebelum ni? Kalau dah, Bagus! Kalau belum, nah linknya, sila tekan Love It!. Walaupun dah tak bergelar pengantin baru, tapi aku masih lagi mampu tersengih sorang2 bile usha entry tu. Suke gile kot dgn dress dan hasil foto yg awesome!

Kali ni adalah teaser untuk resepsi sebelah Melaka yang dah berlangsung pada 4.2.2012. Ni je yang sempat di upload dek photographer, insyaAllah ada lagi nanti akan diupdate ye. Photo credit to Hafiz Hazizi Photography


 ♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Wednesday, February 15, 2012

Love it!

Assalamualaikum...

Nah, hasil kerja my best photographer untuk majlis akad nikah pda 27.01.2012 dan majlis resepsi pada 28.01.2012...credit to Hasbullah Photography dengan hasil kerja yang sangat PUAS HATI GILE!!

(P/S : Inilah gayanya org yang memiliki DSLR standard bila diambil gambar DSLR Super Duper than the standard kit one!)













♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Wednesday, February 8, 2012

I'm not single anymore!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, semuanya selamat :)
♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Monday, January 23, 2012

Bermulanya 2012

Assalamualaikum...

Ini adalah entry pertama pada tahun 2012..
Biarkan gambar berbicara :)
Doakan 27 Januari ini semuanya berjalan lancar hendaknya :)




♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Saturday, December 3, 2011

E2 of Tourism!

Salam...

Kawan2...less than 12 hours Hot Tour Carnival will be launch. 
This semester, my class have to manage an event which is E2  of Tourism - the combination of Entertainment and Extreme. Therefore, you guys are invited to UiTM Puncak Alam from this 2nd and 3rd of December 2011 at Padang Kawad.


See you guys there!

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Friday, November 25, 2011

Saya Masih Belajar Pengurusan Pelancongan!

Salam.

Wee, mari update tatkala tengah rajin.

Kebelakangan ni aku sering dihujani dengan soalan "Dah keje ke? Bukan tengah belajar ke?", "Baru sambung study ye? Amik course apa plak kali ni?" dan tak kurang juga "Kenapa sekarang makin tembam?" - seriously itu bukan soalan yang berkaitan sebenarnya (buat2 tak nampak je soalan tu :p).

Myself with Encik Khairul Azam Ismail and the team members. From left : Naabila, Cik Pah, Izhar, Bun, Ummy, Nani, Nad and Jijah / Syasya.

Okeh, dah nampak gambar kat atas ni? Sila ketepikan tanggapan anda yang mungkin salah dan bagus bagi mereka yang dapat teka dengan betul. Sebenarnya Syuhada Aris masih lagi mendalami ilmu Pengurusan Pelancongan di UiTM Shah Alam dan sekarang ni dah masuk Part 3. Kenapa baju member2 mcm waiter dan waitress? Ini adalah subjek minor - Restaurant Operation Skills yang wajib kami ambil bermula dari semester 3 sehingga semester 6. Aku masih lagi major in Tourism Management and add on minor in Food Beverage studies. Tujuannya supaya kat luar nanti peluang pekerjaan lebih terbuka luas jika nak dibandingkan dengan satu kursus aje yang dibelajar di universiti.

Smart dan handsome tak? <3

Setiap minggu, seorang pelajar akan dilantik mengikut giliran untuk jadi Supervisor of the Day a.k.a "S.O.D". So, 23 November 2011 lepas, giliran aku jadi SOD. But seriously, aku ni agak payah sikit nak ketuai orang apetah lagi nak mengarah2 ni. Sebab aku ni kalut dan agak gemuruh tak bertempat. Mengenangkan setiap seorang akan jalani tanggungjawab ni, aku redha. Hahaha, nampak benor paksa relanya. Apapun, Alhamdulillah, dari risau sebab ada guest 6 orang aje, sikit2 bertambah jadi 12 orang, pastu bertambah jadi 16 orang dan tetiba dah jadi 21 orang. Thanks buat Prof Norma, Pn Zawajer, Dr. Mardiah, En. Aripin (ayah Nad-team member), Che Wan and Gang (credit to Izhar) dan lastly Qistina yang drag 6 lagi kawannya saat-saat akhir. Maaf buat my junior since secondary school yakni Alip sebab restaurant da tutup jam 1.50 tengahari. 

Dalam kalut malut menguruskan, adalah sorang pemberi ilmu yang cuba menjatuhkan semangat dalam menguruskan tugasan ni. Ye, pada awalnya aku hanya berjaya menerima 12 orang guest yang confirm. Katanya "12 orang je? Tak mencabar langsung. S.Jibeng pun boleh buatlah". Ok, suddenly aku rasa apakah yang cuba disampaikan oleh dia yang sepatutnya memberi semangat kepada pelajarnya? Bukankah sepatutnya beliau memberikan kata-kata yang lebih membina? Kalau masa tu aku tegur depan dia, dan dia jawab "Gurau je", dengan laju2 aku nak sepak. Mengenangkan dia adalah pensyarah, that's it. Memang SUFO kau mmg aku evaluate gile2 "Tidak Setuju". Kalau dia tak puas hati, dengan hati terbuka aku akan jawab "Gurau je!". Melampau bukan aku ni. 

Oklah, cukuplah nak rasa terkilan terkulat ni. Plus, aku just harap lepas ni takkan dah belajar dengan dia sebab aku dah penat ler dengan pensyarah dari skim ******. Apapun, hopefully kalian happy dengan entry ni. Takde niat nak menjatuhkan sesiapa. Sekadar berkongsi rasa hati yang tak berlapik ni. Have a nice day peeps! Heart ya!

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Thursday, November 17, 2011

Mari menjerit untuk Khairul Azuan bin Atan!

Assalamualaikum warahmatullah...

15 November yang lepas merupakan tarikh yang istimewa buat seorang sahabat yang aku kenali sejak tahun 2007 kerana genaplah umur beliau menjangkau  ke usia 23 tahun. Nama dan gambar beliau adalah seperti berikut :

Ini lah Khairul Azuan. Nama FB Are Yul. Sila add beliau untuk keterangan lanjut :p
Aku mula kenal beliau sewaktu kami semester 2 di Politeknik Merlimau. Masa tu dia belajar dlm jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Ok, yang penting korang jangan pula fikir "baik dia usha aku dari jauh sewaktu di kantin" ataupun "buku aku jatuh di laluan pelajar dan dia datang untuk menolong"...sama sekali tidak. Kami kenal atas dasar B.E.L.A.J.A.R dan team building makna kata, satu group assignment dalam Kelab Kembara.


Masa belajar memang ngam ler dengan mamat ni sungguhpun Kejuruteraan Mekanikal dengan Pengurusan Pelancongan takde kaitan langsung. Walaupun aku dan rakan sekelas waktu tu agak tertanya-tanya tentang personaliti beliau, alhamdulillah persahabatan kami masih kekal sampai ke hari ini walaupun kami pernah "BREAK" akibat hati masing-masing agak sensitif. Wah gitu! Hahaha...biasalah, adat berkawan, tak semuanya indah belaka...dah macam bercinta pula kan :p Allah masih memberikan peluang pada kami untuk berkawan semula awal tahun ini :')

Seriously dia memang gila bergambar!
Sekarang ni, dia bekerja sebagai Personal Assistant untuk General Manager dekat Hotel Abadi Melaka. Aku berkesempatan buat inspection sungguh pun tak berjanji secara rasmi. Dan InsyaAllah kalau ada rezeki, dia akan jadi pelajar seperti aku sekarang ni. Semoga rezeki itu jadi milik dia ~amin~

Dear Wan, happy 23rd birthday on last 15 November 2011. Walaupun aku tak check event/birthday dekat FB, aku ingat tarikh tu adalah tarikh istimewa buat kau. Semoga perjalanan hidup kau diberkati olehNya dan terima kasih sebab masih di sana sini untuk aku sebagai seorang sahabat. Yup, kau pernah jadi cermin aku, pernah retak dan masih lagi mampu menghasilkan bayang walaupun agak sakit dipandang mata, hanya seni sahaja yang mampu mengindahkan semua. InsyaAllah walaupun kita bakal mara ke fasa seterusnya, persahabatan ini tetap aku jaga sebab ini sahaja yang mampu aku simpan sampai bila-bila. Apapun, teruskan mengejar cita-cita yang kau ingin kecapi, tabahkanlah hati dalam semua dugaan, dan ingat siapa diri kita sebenarnya tanpa kira di tahap mana yang sedang megah berdiri.


♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Wednesday, November 9, 2011

Kagum dengan 2 orang jejaka terhebat a.k.a My Great Man!

Salam...

Wey korang, dah lame tak update!!

Takmo cite lebih, lately aku kagum dengan 2 orang lelaki terhebat yang pernah aku kenal. Usah ditanya terhebat yang macam mana sebab both of them have a different personality but trust me, depa ni tersangatlah cool bagi aku.

Nak bercerita lebih, biarkan gambar bercerita. Please let the caption tell you the a little bit only...

Lelaki ini yang pada awalnya diragui mampu menjadi ayah telah pun selamat menjadi ayah! Congrats Wan atas kelahiran Asyifatu Haifa!!


Lelaki ini yang dahulunya mementingkan karier kerja a.k.a tak reti duduk diam dekat Malaysia dah pon selamat bermastautin di Malaysia dengan cemerlang dengan pakej buah hati yg terbaikkkkk!! Congrats Paan!!


Dua orang ni dulunya kawan terbaik untuk berkawan, disebabkan masing2 da besar panjang, banyak juga perihal yg tak terkejar nak amik tahu. Well, nampaknya mereka dah ada life sendiri. And me, still creating and will be complete InsyaAllah this January soon!!

P/S : Dah lama tak update blog, tapi come out with entry about others...well, this is my keyboard!! :p

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Saturday, October 1, 2011

Sebab 3 jenis kopi....aku membebel!

Salam...

Ok, aku tak tidur lagi sebab masih segar mataku melihat sekeliling yang dah mula kelam. Menyesal beli Coffee Blog kat Cool Blog kat Giant Seksyen 7 Shah Alam.Akibat terbakar sebab memunggu lapan jam semata2 untuk kelas kokurikulum Gamelan II dan kelas batal sebenarnya, so aku mendapatkan dua jenis coffee blog iaitu White Coffee and Premium Coffee. Beli dua bukan sebab tamak, tapi sebab nak bagi satu kat Encik Tunang yang fetch me up at Shah Alam semata-mata nak bawa aku balik KL sebab malas nak merempit. So sweet la kamu Encik Tunang!

Ok, since I can't sleep at this hour, allow me to talk rubbish. Nak mengomel sesuka hati. So, for those yang jiwanya mudah sentap, LARANGAN KERAS : baik jangan baca entry sebab ini semua tanggapan aku sebagai manusia yang sentiasa lantang berkata-kata.

----------So please don't face to face with me and ask me either I'm OK or NOT..seriously DO NOT!!-------
  1. Ok, sekarang aku dengan secara rasminya bergelar Non Resident disebabkan Kolej Melati UiTM Shah Alam dah tak sukakan aku. Fine, tak suke sudah!
  2. Aku menyewa kat Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam disebabkan family melarang sepenuhnya aku ulang alik dari KL ke Shah Alam ke KL semata-mata nak attending kuliah. Katanya bahaya since aku da jatuh moto masa raya lepas. ok, aku suka sebab diaorang sayangkan aku!
  3. Aku stay dengan entah siapa-siapa dekat rumah sewa. Erti kata lain, aku tak kenal sorang pon dalam rumah sewa aku disebabkan aku pon tak plan nak menyewa luar sebenarnya.
  4. Aku sebilik dengan budak praktikal. Tapi hampehnya, aku terlupa nak tanya dia student mana sebab aku confuse dia praktikal masa waktu kuliah berjalan. Sah-sah kau bukan budak UiTM dan agak segan nak bertanya sebab dah masuk minggu kedua aku stay sebilik dengan dia. Masih relevankan soalan "Eh, awak belajar kat mana ye?" di minggu ketiga anda sebilik dengan dia? Nampak sengal dan dungu kalau aku ajukan soalan tu!
  5. Aku baru dapat tahu yang roommate aku tu penyepah orangnya. Kalau kumpulan Sepah tu masih wujud, mmg aku calonkan roommate aku sebagai ahli ke4 kumpulan tu. Muka cun tapi nauzubillah, bilik macam tongkang pecah. Secara tak langsung, akulah bibik free kat bilik tu. Benci! Korang yang terasa diri cun, silalah selarikan luaran dengan sikap dalaman anda ye!
  6. Aku missed appointment dengan Dentist, Dr Rose Pusat Kesihatan UiTM Shah Ala sebab aku terlupa bila tarikh 26 September sebenarnya. Sah2 kian nyanyuk! Kena rearrange balik appointment 2minggu kemudian. Lambat lagi!!
  7. Gigi mancung aku masih terasa sakit walaupun Dentist kata takde yang patah. Ada sumbing sikit dan mengharapkan dentist akan asah gigi supaya di hari bahagia nampak cun. Persoalannya, "Cun ke ko Syuhada oiiii?"
  8. Semester ni sumpah penat. Macam tak kena aje koordinator jadual susun jadual kursus kelas aku untuk sem ni. Sem ni la ada event, ada outing untuk rekreasi, ada kelas kitchen setengah hari suntuk, kelas serving at restaurant. Tekanan berlipat kali ganda. Dan ada kelas Ekonomi di mana pelbagai keluk telah ku temui setakat ni, dan aku masih blur!
  9. Oh ya, aku macam tak boleh nak adapt new environment aku masa sem 3 ni. Tak tahulah aku ni ke yang berubah atau mereka yang berubah sepanjang 4 bulan cuti semester. Naluri aku je kot. Tapi aku pelik, some of my classmate totally different from the previous. Ke aku ni yang berubah from the past 4 months? So, boleh dikatakan aku mungkin akan jadi lebih pendiam dan fokus sepenuhnya pada study semata-mata.
  10. Hari ini dah 1/10/2011. Less than a month ada appointment dengan mak andam untuk fitting baju dan aku masih lagi mengekalkan BMI yang sedia ada. Bila nak turun pon tataw. Memang kena motivate diri sebaik mungkin ni. Arrgh, makin suntuk!!!
  11. Ok, aku memang tak suke sesuatu yang berorganisasi sebab kita akan terikat. Ok, some of them quite blur about all this things. But let it be sebab kalau sound tepek, apa gunanya kelas event kan. Tunggu aje la approval dari pihak atasan. Yang penting, aku buat apa yang patut supaya lulus course ni. Nothing personal at all!
  12. Attitude about tourism, never ever get things easy for nothings. Kalau nak murah serba serbi tapi mengharapkan kemewahan, sila tukar course. PTPTN tu digunakan untuk keperluan pembelajaran, bukannya update gadget, fashion, belanja bf/gf dan sewaktu dengannya. Faham?
  13. Aku masih nak mengomel macam-macam tapi aku lupa...ok, tekan button Publish Post terus!


♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Saturday, September 17, 2011

CGPA Tiga Point Lapan Awak Tak Sama Dengan Tiga Point Lapan kat sini - kata beliau

Salam...

Weehooo, aku da balik ke kuliah...owh yes! But still owh no sebab musabab cuti empat bulan lalu yang sangat melupuskan mood nak study. Apepun, ku gigihkan diri yang lemau ini.

Okeh, aku da start belajar balik masa 12/09/2011. Okeh, part 3 aku kali ni ada subject minor either Room Division atau Food and Beverages Management. So, disebabkan penyelarasan dah dibuat berkuatkuasa semester ni, dengan secara rasminya, latihan asas rumah tangga subjeck masak memasak akan dilaksanakan semester ini sebab aku ambil subject F&B, which means ada masa kat kitchen utk memasak dan ada masa kat restoran untuk serve guest. Ala2 persediaan awal untuk melayari bahtera merdeka...hahaha...

Merujuk kepada title di atas : "CGPA Tiga Point Lapan Awak Tak Sama Dengan Tiga Point Lapan kat sini - kata beliau" merupakan suatu ungkapan yang tak ternilai harganya mahupun perasaannya. Mari kita menyelami isi hati aku yang terima ungkapan tu dari mantan Ketua Program salah satu subjek di sebuah IPTA terkemuka di Shah Alam - lalalalala...

Satu kelas dikehendaki memperkenalkan diri memandangkan beliau baru sahaja mengajar mereka sekelas. Setelah seorang demi seorang memperkenalkan diri bagai, tibalah giliran aku. Nama saya Norsyuhada Mohd Aris, asal dari Kuala Lumpur. Ijazah dalam Pengurusan Pelancongan merupakan pilihan pertama saya sebab saya lepasan Diploma Pengurusan Pelancongan. Beliau tanya, kenapa masuk part 1, bukannya part 3? Aku pun jawablah sebab aku ni lepasan IPT lain. Ditanya balik dek beliau, IPT mana dan segera aku menjawab Politeknik Merlimau Melaka. Ditanya balik CGPA Diploma aku berapa. Dengan nak taknak aku jawab jugalah 3.8 something sebab dia nak tahu sangat kan. 

Dengan tanpa mukadimahnya, 3.8 awak tak sama dengan 3.8 kat sini. Aku yang masih berdiri di kalangan rakan sekelas mula tersentap dengan muke seposen berbaki lima sen. Dia tanya semua straight A ke, aku pon jawab ye *padahal tak sure masa tu*. Beliau balas "A awak tak sama dengan A dekat sini". Aku bertambah bengong dengan statement beliau yang mula membakar hati dan perasaan. Aku pon mule berbisik di hati kecilku gitu, apa ke he dgn orang tua ni. Mula2 tadi beliau berbulu dengan budak IPTS yang bayar yuran berkali2 ganda dekat sini, but then, Politeknik pon beliau nak labelkan sama. Yang menyirap, dia tanya siapa pensyarah yang bagi markah. Bekas pelajar sini ke? Dan aku pun jawab ye. Lepas tu dia membebel lagi sebab pensyarah senang sangat bagi markah kat student sebab pandai bodek bagai. Ok, telinga da start panas!! Apa masalah sebenarnya dia dengan IPT selain sini? Beliau terus memperlekehkan taraf IPT lain dan dibandingkan dengan sini yang sememangnya tip top 'ke?'. Bebelan demi bebelan terus ku pekakkan telinga. 

Dah lanjut membebel, aku duduk. Kuliah dimulakan setelah semua dan perkenalkan diri. Selaku mantan Ketua Program kursus, dia pun syok bercerita hal pelajar. Bercerita tentang kualiti bagai. Ooops, lupa, mmg kat sini aje yg ada kualiti, tempat lain takde *mata ke atas*. Beliau bercerita tentang siswazah lepasan kursus yang beliau ketuai tak masuk industri yg dibelajar sebab malas. Hmm, "IPT yg beliau kata takde kualiti" elok aje masuk industri. Alhamdulillah, masing2 ada pencapaian yang boleh dibanggakan. Dan aku masih bangga datang dari IPT yang bagi aku sempurna walaupun tak sekualiti sini bak kata beliau. Anugerah Dekan masih milik aku dan segala kritikkan dia aku serap jadi kekuatan. 

Since aku ada 2 kelas dengan beliau, kindly allow me to show the quality of non quality of your perception and please be integrity accordingly. Cite lebey tak guna, tunggu je la CGPA aku nanti. Your rubbish words is my goal!!

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Catch up previous entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...