Saturday, September 17, 2011

CGPA Tiga Point Lapan Awak Tak Sama Dengan Tiga Point Lapan kat sini - kata beliau

Salam...

Weehooo, aku da balik ke kuliah...owh yes! But still owh no sebab musabab cuti empat bulan lalu yang sangat melupuskan mood nak study. Apepun, ku gigihkan diri yang lemau ini.

Okeh, aku da start belajar balik masa 12/09/2011. Okeh, part 3 aku kali ni ada subject minor either Room Division atau Food and Beverages Management. So, disebabkan penyelarasan dah dibuat berkuatkuasa semester ni, dengan secara rasminya, latihan asas rumah tangga subjeck masak memasak akan dilaksanakan semester ini sebab aku ambil subject F&B, which means ada masa kat kitchen utk memasak dan ada masa kat restoran untuk serve guest. Ala2 persediaan awal untuk melayari bahtera merdeka...hahaha...

Merujuk kepada title di atas : "CGPA Tiga Point Lapan Awak Tak Sama Dengan Tiga Point Lapan kat sini - kata beliau" merupakan suatu ungkapan yang tak ternilai harganya mahupun perasaannya. Mari kita menyelami isi hati aku yang terima ungkapan tu dari mantan Ketua Program salah satu subjek di sebuah IPTA terkemuka di Shah Alam - lalalalala...

Satu kelas dikehendaki memperkenalkan diri memandangkan beliau baru sahaja mengajar mereka sekelas. Setelah seorang demi seorang memperkenalkan diri bagai, tibalah giliran aku. Nama saya Norsyuhada Mohd Aris, asal dari Kuala Lumpur. Ijazah dalam Pengurusan Pelancongan merupakan pilihan pertama saya sebab saya lepasan Diploma Pengurusan Pelancongan. Beliau tanya, kenapa masuk part 1, bukannya part 3? Aku pun jawablah sebab aku ni lepasan IPT lain. Ditanya balik dek beliau, IPT mana dan segera aku menjawab Politeknik Merlimau Melaka. Ditanya balik CGPA Diploma aku berapa. Dengan nak taknak aku jawab jugalah 3.8 something sebab dia nak tahu sangat kan. 

Dengan tanpa mukadimahnya, 3.8 awak tak sama dengan 3.8 kat sini. Aku yang masih berdiri di kalangan rakan sekelas mula tersentap dengan muke seposen berbaki lima sen. Dia tanya semua straight A ke, aku pon jawab ye *padahal tak sure masa tu*. Beliau balas "A awak tak sama dengan A dekat sini". Aku bertambah bengong dengan statement beliau yang mula membakar hati dan perasaan. Aku pon mule berbisik di hati kecilku gitu, apa ke he dgn orang tua ni. Mula2 tadi beliau berbulu dengan budak IPTS yang bayar yuran berkali2 ganda dekat sini, but then, Politeknik pon beliau nak labelkan sama. Yang menyirap, dia tanya siapa pensyarah yang bagi markah. Bekas pelajar sini ke? Dan aku pun jawab ye. Lepas tu dia membebel lagi sebab pensyarah senang sangat bagi markah kat student sebab pandai bodek bagai. Ok, telinga da start panas!! Apa masalah sebenarnya dia dengan IPT selain sini? Beliau terus memperlekehkan taraf IPT lain dan dibandingkan dengan sini yang sememangnya tip top 'ke?'. Bebelan demi bebelan terus ku pekakkan telinga. 

Dah lanjut membebel, aku duduk. Kuliah dimulakan setelah semua dan perkenalkan diri. Selaku mantan Ketua Program kursus, dia pun syok bercerita hal pelajar. Bercerita tentang kualiti bagai. Ooops, lupa, mmg kat sini aje yg ada kualiti, tempat lain takde *mata ke atas*. Beliau bercerita tentang siswazah lepasan kursus yang beliau ketuai tak masuk industri yg dibelajar sebab malas. Hmm, "IPT yg beliau kata takde kualiti" elok aje masuk industri. Alhamdulillah, masing2 ada pencapaian yang boleh dibanggakan. Dan aku masih bangga datang dari IPT yang bagi aku sempurna walaupun tak sekualiti sini bak kata beliau. Anugerah Dekan masih milik aku dan segala kritikkan dia aku serap jadi kekuatan. 

Since aku ada 2 kelas dengan beliau, kindly allow me to show the quality of non quality of your perception and please be integrity accordingly. Cite lebey tak guna, tunggu je la CGPA aku nanti. Your rubbish words is my goal!!

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

2 comments:

EimaruSi|ence™ said...

Aku paling benci pensyarah macam tuh. Sebab...kat KBM pon ade pensyarah macam tuh...

Vna Erman said...

pergghhhhhh, go go go akak!

Catch up previous entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...