Assalamualaikum warahmatullah...
15 November yang lepas merupakan tarikh yang istimewa buat seorang sahabat yang aku kenali sejak tahun 2007 kerana genaplah umur beliau menjangkau ke usia 23 tahun. Nama dan gambar beliau adalah seperti berikut :
![]() |
| Ini lah Khairul Azuan. Nama FB Are Yul. Sila add beliau untuk keterangan lanjut :p |
Masa belajar memang ngam ler dengan mamat ni sungguhpun Kejuruteraan Mekanikal dengan Pengurusan Pelancongan takde kaitan langsung. Walaupun aku dan rakan sekelas waktu tu agak tertanya-tanya tentang personaliti beliau, alhamdulillah persahabatan kami masih kekal sampai ke hari ini walaupun kami pernah "BREAK" akibat hati masing-masing agak sensitif. Wah gitu! Hahaha...biasalah, adat berkawan, tak semuanya indah belaka...dah macam bercinta pula kan :p Allah masih memberikan peluang pada kami untuk berkawan semula awal tahun ini :')
![]() |
| Seriously dia memang gila bergambar! |
Dear Wan, happy 23rd birthday on last 15 November 2011. Walaupun aku tak check event/birthday dekat FB, aku ingat tarikh tu adalah tarikh istimewa buat kau. Semoga perjalanan hidup kau diberkati olehNya dan terima kasih sebab masih di sana sini untuk aku sebagai seorang sahabat. Yup, kau pernah jadi cermin aku, pernah retak dan masih lagi mampu menghasilkan bayang walaupun agak sakit dipandang mata, hanya seni sahaja yang mampu mengindahkan semua. InsyaAllah walaupun kita bakal mara ke fasa seterusnya, persahabatan ini tetap aku jaga sebab ini sahaja yang mampu aku simpan sampai bila-bila. Apapun, teruskan mengejar cita-cita yang kau ingin kecapi, tabahkanlah hati dalam semua dugaan, dan ingat siapa diri kita sebenarnya tanpa kira di tahap mana yang sedang megah berdiri.
♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥



No comments:
Post a Comment