Assalamualaikum semua :)
Wee, esok 22.02.2012 dan ini bermakna keputusan peperiksaan untuk semester 3 lepas akan diumumkan. Apa yang terbuku di benak hati mereka adalah sama seperti yang aku rasa.
Ok, bila diingatkan balik mengenai semester 3 lepas, boleh dikatakan itulah semester yang paling membunuh karier sebagai pelajar IPT. Memang hebat cabaran semester lepas. Aku yang sibuk menguruskan majlis perkahwinan pada Januari lepas, ditambahkan lagi subjek yang diambil pula memang dahsyat sebab setiap satu subjek menuntut hafalan teori dan praktikal yang amat banyak berbanding semester dulu.
Walau apapun, aku masih lagi dalam mood berbulan madu sebab cuti semester berbaki kurang dua minggu, jadi aku akan tetap rasa gembira dengan apa jua keputusan yang bakal aku terima mungkin seawal pagi 22.02.2012 nanti.
Buat kawan-kawan yang bakal menerima keputusan, semoga berjaya!!
No comments:
Post a Comment