Tuesday, October 30, 2012

Persediaan bersalin kali pertama

Assalamualaikum warahmatullah...

Fuyoo, dah lame tak update!! 
Almaklumlah, kuliah dah start, ni pon tengah mid sem break dan nama je cuti, setimbun kot kerja rumah cum kerja sekolah perlu disiapkan.
Since dah masuk 8 bulan 2 minggu mengandung si kecik yang makin aktif ni, pergerakkan dan aktiviti-aktiviti tertentu dah mula berbatas. But, kerja sekolah tetap diutamakan since tak berani nak tangguh-tangguh. Kali ni memang membataskan diri dari segala perkara yang berisiko.

Dalam pada tu, dok kalut juga lah nak update perkara yang perlu dipersiapkan untuk menanti hari kelahiran si kecik yang chubby! Dok usha2 blog dan google segala mala yang perlu terjumpalah list barang keperluan ibu dan baby dari beberapa blog yang sempat dijengah. Taraaa, I'm doing in advance research okeh tanpa menggunakan research methodology, tanpa any scientific theory, literature review dan tak perlu cited sane sini :p

Inilah keperluan yang perlu disiapsedia dan diusung ke sana sini kemana jua anda pergi kot2 la 'meletup' lebih awal dari jangkaan tarikh kelahiran.

Beg bayi

pakaian bayi sekurang-kurangnya 3 pasang
sarung tangan dan sarung kaki
tuala bayi
selimut
botol susu
kain lampin
lampin pakai buang
topi bayi
minyak Yue Yee Cap Limau
Minyak telon bayi
Kapas putih
Tisu basah / kapas lembab
Putik kapas
Bantal kecil


Beg ibu

kad pengenalan
buku merah ibu mengandung
Baju ibu biasanya blouse atau tshirt
kain batik
Baju yang cantik sikit untuk pulang dari hospital
Pad bersalin
Stoking (wajib)
Seluar dalam
Sabun, berus gigi dan ubat gigi
Sikat rambut
Bedak, minyak wangi
Tuala mandi
Selipar
Minyak angin, minyak urut dan lain-lain.
Biskut dan makanan ringan
Kamera ataupun kamera telefon je
Charger telefon


Yeay! Finally berjaya gak update!! Hahaha...tahniah kepada diri sendiri. Cukup setakat ni saje..lain kali kita share apa yang patut ye :p

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

No comments:

Catch up previous entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...