Salam....
Weehooo....
Wassup2....
Hari ni (actually semalam) baru la aku berkesempatan nak godek2 hard disk yg aku 'servis bertukar tangan' kepada one of my classmate...Mista Push...
Banyak jugak ler cerita yg disedut masuk ke hard disk aku...
Rasanya satu hari satu cerita aku boleh layan...
Jangan jeles ye kengkawan...
Hari ni,
Masih lagi hangat khatam cerita salah satu movie yang disedut iaitu....
Jeng jeng jeng...
Cerita hindustan ni...ditayangkan pada tahun 2009...
Seingat aku, 1st time aku tgk poster movie ni masa kat depan GSC MidValley Megamall Bangsar...
Tengok poster agak blur2 sikit...
Niat nak tengok, apekan daya *cewah*
Ada urusan lain yang perlu diselesaikan....
So, saat ini, aku dah tengok movie tersebut...... *hahahahaha*
Cerita ni mengisahkan tentang 3 sahabat iaitu Racho (Aamir Khan), Farhan dan Raju yang memasuki ICE - kolej yang terhebat dalam bidang kejuruteraan. Nak dijadikan cerita, lebih kurang cerita Mohabbatein, mereka bertiga ni ber'roommate' bersama. Kisah ini bermula apabila Farhan, Raju dan Chatur bertemu semula seperti yang dijanjikan pada 5 September setelah janji dimetrai pada 10 tahun yang lalu tetapi Racho tidak muncul pada hari perjanjian.
Racho seorang genius dalam bidang kejuruteraan ni seorang yang agak nerd, nakal, kreatif, inovatif dan sangat menyayangi orang yang rapat dalam hidupnya. Dia menggunakan identiti anak orang kaya yang sangat berpengaruh supaya anak orang kaya tersebut dapat memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan walhal hasil usaha Racho. Banyak mesej yang cuba disampaikan oleh watak yang dilakonkan oleh Aamir Khan ni. Jujur dan ikhlas, aku nangis tengok cerita ni sebab Racho!!!
Farhan, seorang pelajar yang dipaksa menurut kehendak keluarga yang inginkan beliau menjadi seorang jurutera, walhal beliau sangat menggemari dunia fotografi. Kerana menghormati kehendak bapanya yang tegas, segala minat terhadap dunia fotografi diketepikan demi mengejar cita2 ayahnya yang seakan2 Jeneral Hitler. Beliau berubah setelah dimotivasikan oleh Racho.
Raju yang berasal dari keluarga yang susah mempunyai minat mendalam terhadap bidang kejuruteraan demi memperoleh pendapatan yang tinggi untuk menyara keluarga yang serba kedaifan. Lebih2 lagi kasih terhadap kakak yang terpaksa menanggung mas kahwinnya iaitu sebiji kereta. Racho banyak berjasa dalam keluarga Raju. Racho banyak berjasa dalam keluarga Raju. Oleh kerana Raju dan Farhan tidak secerdik Racho, mereka berduasering diancam oleh Pengetua I.C.E yang sentiasa nak cari gaduh. Tension gila bila korang tengok watak Pengetua. Pengeta yang ambil masa 7.5 minit untuk lelapkan mata sambil mencukur janggut. Pelik sungguh.
Untuk dapatkan lebih feel, aku cadangkan korang tengok la cerita ni sendiri. Filem terbaik dalam memotivasikan diri kita. Ceduklah mesej2 yang cuba disampaikan melalui filem ni. Aku bagi 5 star la untuk cerita ni. Bukan setakat jalan cerita, tapi graphic dan effect yang diterapkan dalam filem nie amat baik. Landskap penggambaran pon cantik gile, terutama ending...kat mane pon aku xtahu...
Selamat menonton ye kawan...
P/S :: Tunggu komen2 aku untuk Filem Ngangkung pula ye....mata da redup2 nie...mampu ke nak ke Pameran Maha esok ek....


1 comment:
best citer ni...hehe...
Post a Comment