Salam....
Weeehuuuu....
Selamat Hari Selasa!!!!
Dah tengok Ngangkung kat Pawagam???
*tanya macam aku pulak salah seorang pelakonnya*
Hari Sabtu lepas, aku dan Encik Tunang sempat meluangkan masa...
dating2, mamam KFC dan tengok wayang...
*i like nok!!!*
Nak dijadikan cerita,
Filem yang tak dicanangkan akan pecah panggung nie...
FULL HOUSE seh!!!!
Bukan macam cerita tu...ala yang ehem2x tu....
Sebenarnya plan nak tengok cerita ni kat Wangsa Walk Mall memandangkan dekat dengan umah...
Tayangan untuk satu hari tu habis...
Pergh, cite Melayu FULL HOUSE seh!!!
Bangga2x...
Ala2 Harry Potter Malaysia jugaklah...
Dengan perasaan bangga dan kecewa
*Bangga - cerita Melayu FullHouse / Kecewa - Kena lah pergi pawagam jauh sikit...padan muka aku*
Akhirnya, aku dapat ler tengok cerita ni kat Berjaya Times Square...
Itupon dalam grand hall, dapat seat ketiga daari bawah...
Takpe2x, demi nak support filem tempatan, ape ada hal...
Ok,jom kita tengok sinopsis filem terbaru Metrowealth ni...
Filem ni mengisahkan kehidupan 3 orang sahabat - Azim, Tasnim dan Wan, yang inginkan kemewahan dengan memuja makhluk halus untuk mendapatkan nombor ekor. Pada mulanya, Tasnim dan Wan sering melakukan aktiviti ini kerana Azim sedar perbuatan ngangkung ada salah di sisi agama.
Akibat tekanan daripada kedaifan keluarga, isteri kepada Azim sentiasa membebel kerana kemiskinan yang mereka alami. Lalu membuatkan Azim terpengaruh untuk menyertai Tasnim dan Wan. Gaji sebagai seorang pemandu lori tidak mampu menanggung keluarganya...
Tasnim pula yang dilihat agak senang berbanding rakan2 yang lain memaparkan kisah di mana beliau dan isterinya yang inginkan cahaya mata. Isteri yang mengetahui suaminya bermain nombor ekor hanya menegur dan mengharapkan suaminya akan berubah. Ada bait2 dialog yang agak pedas seperti apabila Tasnim terlihat isterinya seakan2 hantu, terejut lalu beristigfar...si isteri lalu berkata "La, Islam rupanyan laki aku ni"...
Wan pula lain ceritanya...hajatnya bermain nombor ekor adalah kerana ingin melangsaikan hutang Ah Long. Demi memenuhi keiinginan si isteri yang sarat mengandung, dia terpaksa membuat pinjaman Ah Long dan mengharapkan terkena nombor ekor.
Mereka bertiga mula dihantui oleh jembalang yang dipuja semasa ngangkung dan keinsafan mula berlaku apabila mereka bertiga ditimpa musibah akibat perbuatan terkutuk mereka.
Mesej dan sindiran yang dimuatkan dalam filem ini sedikit sebanyak membantu masyarakat kita. Watak Azlee Senario yang sentiasa memberikan kata2 nasihat kepada Tasnim patut dicontohi oleh segelintir masyarakat kita walaupun ianya seperti menjaga tepi kain orang.
Tidak kurang juga gelagat hantu yang mampu mencuit penonton yang gelak sakan. Walaupun watak Shaheizy Sam serius, masih ada elemen lawak dalam lakonan beliau. Apepun, beliaulah pemangkin utama penonton datang menonton filem ini.
Diharapkan filem ini akan sukses dalam mengejarkan target yang masih boleh dianggap "Waras".
Turra!!!

No comments:
Post a Comment