Thursday, July 19, 2012

Ragam sebelum puasa...

Assalamualaikum warahmatullah

Hello kengkawan! Okeh, dah masuk malam kedua kat Melaka ni, TER'rajin' la plak mengupdate blog kan? 

Rabu lepas aku join in law family makan beramai-ramai kat TomYam Meletop Taman Rambai Jaya sempena nak menyambut Ramadhan Sabtu ni. Nak dijadikan cerita, mak mertua aku tanya "Takde baju pregnant lagi ke?". Manalah beliau tak tanya sebab tshirt yang aku pakai tu pon tshirt zaman remaja katanya. So, aku terdiam dan termangu, "Perut aku dah nampak ke?"

Actually, before join dinner tu, petang tu aku sempat jumpa kakak aku yang kebetulan dok buat soalan percubaan PMR untuk subjek Geografi Negeri Sembilan. Memang silaplah aku jumpe dia saja-saja. Cubaan untuk mengikis beliau berjaya. Actually, aku berjaya menge'pow' dia shopping baju pregnant kat Mydin kat MiTC yang besar gabak tuh. Mesti korang kata " Ape kelas shopping baju raya kat Mydin je". Hello, kira okeylah kan ada yang nak belanja. Walaupun baju pregnant tak sehebat fesyen terkini, yang penting ibu dan anak dalam kandungan selesa okeh. Aku pon berjaya pow 3 pasang baju dan agak kecewa tak jumpa seluar untuk ibu mengandung since most of my pants dah start mengecil (aku yang makin membesar sebenarnya -,- ). Apapun , "THANKS Ekin sebab belanja baju pregnant aku". My 1st maternity dress sponsored by Kak Long kawasan Gemas. Ko hado? :p

Hari ni, teman adik2 kecik in law plak shopping stationary untuk peperiksaan kat Pekan Masjid Tanah. Alang2 dah sampai kedai buku dan encik suami tanya tak nak beli majalah apa-apa ke, terus terlintas dalam kepala aku nak beli majalah Pa Ma. Ye la, ni lah bahan bacaan pertama aku as mum-to-be. Cover baby bulan Ogos ni sangat comel, namanya Zara. Tetiba teringat hairband baby yang pernah dibuat oleh Cik Puan Rima Dania yang cute-cute. InsyaAllah, kalau girl girl lah kan, mmg cari beliau dulu.


Majalah ni dibeli pon sebab nak dapatkan tips-tips tentang ibu mengandung since mak aku pon payah nak kongsi cerita (sebenarnya mak aku sangat independent masa besar kami 6 beradik, tunku menunku semua dia settle sendiri..mak saya hebat!). Alhamdulillah, ada jawapan kepada segala mala persoalan yang sering bermain dalam kotak fikiran aku selama pregnant ni. Sungguh pon takde chapter macam buku teks Tourism kan. 

So, nak dekat bulan Ramadhan ni, buku resepi biskut raya yang pelbagai dah memasuki pasaran. Disebabkan this is first year as wife and mum-to-be, nak gak membakar biskut raya sendiri. Secara jujur, memang aku tak pandai masak, tapi keinginan nak mencuba tu tak pernah putus. So, bulan puasa ni, awal puasa maybe aku start try and error segala resepi yang ada. EH, aku tak beli buku, aku beli majalah Saji yang ada lebih kurang 200++ resepi kuih raya. Memang takdelah semua biskut aku buat, just nak mencuba resepi yang agak rare dan kot2 sempat bukak bisnes di waktu yang suntuk ni. Who knows?

Oklah, agak panjang jugak entry ku walaupun agak entah apa-apa plotnya. Till then guys!

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan marilah mengerjakan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan.



♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Tuesday, July 17, 2012

I'm pregnant...its week 18!

Assalamualaikum warahmatullah...

Kandungan aku dah masuk minggu ke 18, Alhamdulillah, akhirnya berjaya mengharungi dugaan diawal usia kandungan walaupun sibuk sebagai student. Walaupun pernah bleeding masa minggu ke 11 (kalau tak silap lah), sebab kesedaran awal aku dapat selamatkan baby dalam kandungan. Doktor pon scan kandungan aku untuk lihat sama ada jantung baby dah start berdegup atau belum. Bila doc scan, aku rasa macam tak percaya  ada si kecil dalam rahim aku dan jantungnya berdegup. Kesedaran untuk menjadi ibu agar lebih berhati-hati makin melonjak. 

Masa ni baby baru berusia 11 minggu 5 hari. Saiznya just 4.3 cm. Kecil cenonet aje  kan :p
So, aku masih tak start baca apa-apa buku berkaitan dengan baby bagai sebab baru je sem break kan? InsyaAllah, dalam masa terdekat ni aku akan cari bahan bacaan. So, nanti jumpa doc kerajaan, boleh lah buat sesi soal jawab. 

Week 18, baby akan rasa apa yang ibunya rasa. Nasib baik dah lepas tekanan sepanjang semester 4 lepas. :p
Good baby!

♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Its over!

Weehoo,

Alhamdulillah, berakhir sudah semester 4. Dan ini bermakna ada lagi 2 semester yang perlu ditempuhi. Memang tak sabar nak habiskan study. Serius tak sabar!

Review about last final exam, hmmm, walaupun 5 subjek aje, tapi boleh tahan jugak kepayahannya. Sebab3 subjek perlukan daya ingatan yang kuat untuk memahami dan menghafal. Lagi dua subjek melibatkan pengiraan which is AWESOME!

Apa pun, semoga dapat result yang cemerlang (kalau masih mampu, memang nak AD, kan?) sebab nak tengok hasil setelah berkahwin dan sarat mengandung. InsyaAllah ada rezeki pasti tak kemana..

Apapun, perut pon makin nampak ketara dan naik semester nanti pasti nampak cute di kalangan classmate lain (sila muntah hijau). Hohoho, perasan lebih kejap. Eh, 'y bother' kata kau! :p

Friday, June 8, 2012

Tahniah Siti Sarina & Mohd Al-Amin

Salam...

Berhabuk sudah blog aku...quick update... 

Tahniah buat Siti Sarina Lamsah dengan pasangannya Mohd Al-Amin yang telah melangkah ke gerbang perkahwinan pada 2 June 2012 di Taman Sri Mawar, Seremban Negeri Sembilan. Ena ni one of the closest geng masa kami menuntut Diploma Pengurusan Pelancongan di Politeknik Merlimau Melaka (2007-2009).

Setelah mengharungi pelbagai dugaan sepanjang perhubungan mereka, akhirnya majlis penikahan menyatukan mereka berdua. Tahniah! Boleh rasa penceritaan di sebalik gambar ni. Tahniah dan Credit to Official photographer Chapet Mohamad


Sepatutnya ada gambar lagi sorang mamat yang selalu mengacau hidup Ena sepanjang Diploma lepas, dan memandangkan ada komitmen lain, Zul Hakim Adillah tak dapat menghadirkan diri. Kami mendambakan kehadiran beliau sebenarnya :'(


P/S : Lepas ni siapa pulak ye? Sama ada Aini atau Akim ke? :p

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Friday, February 24, 2012

Hey, back off! She's mine!!

Assalamulaikum...

Hey uols, sehari dua entry? Ada mak kisah? :p

Tetiba tergerak hat nak upload gambar ni saje. Sila jeles sekiranya perlu.

Ini adalah kawan baik aku since 1999 until now! Her name is Nurzulaina binti Ahmad Haripin a.k.a Zue Zoey. Dia setia temani aku dari hari akad nikah sampailah resepsi di Melaka. Aku tahu dia penat sangat-sangat. (penat yang sama dialami oleh Khairul Azuan Bin Atan). Hopefully dengan melihat gambar-gambar ni, korang dapat tahu cerita sebenarnya. :)






♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Resepsi Kuala Lumpur by Alif Sued

Assalamualaikum...


Saja nak berkongsi lagi hasil kreatif dari junior sejak dari sekolah menengah sehinggalah sekarang ni bergelar junior di UiTM. Hasil kerja kreatif dari Alif Sued diberi nama Detik Indah - Syuhada & Fahemy. Black and white gitew!a








So, ni je la yang mampu dikongsikan bersama. Tak sabar pula nak tunggu full album by official photographer. 

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Thursday, February 23, 2012

Alhamdulillah..masih lagi...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan akhir semester 3 lepas dah diumumkan dan syukur sangat dengan keputusan yang diterima sebab aku sendiri menjangka bakal mengulang beberapa subjek sebab pecah rekod, hampir semua subjek aku tak suka. Syukur sgt sebab semuanya LULUS :) Hahahaha...

Apepun, aku syukur sangat2 sebab masih lagi mengekalkan Dean List dan ramai kawan2 pon dapat DL. So, takde lah risau dapat warning letter dari JPA bagai. Hahaha. Tapi kecewa sikit la sebab tak capai target yang ditetapkan oleh mantan Encik Tunang a.k.a Encik Suami. Apepun, aku masih bersyukur!

InsyaAllah, aku berjanji akan perform better untuk semester akan datang sungguh pon aku da bertukar status dan status baru ni bukanlah penghalang untuk aku capai apa yang aku impikan.  

Sekali lagi, TAHNIAH semua! 

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Tuesday, February 21, 2012

Sehari sebelum..

Assalamualaikum semua :)

Wee, esok 22.02.2012 dan ini bermakna keputusan peperiksaan untuk semester 3 lepas akan diumumkan. Apa yang terbuku di benak hati mereka adalah sama seperti yang aku rasa.

Ok, bila diingatkan balik mengenai semester 3 lepas, boleh dikatakan itulah semester yang paling membunuh karier sebagai pelajar IPT. Memang hebat cabaran semester lepas. Aku yang sibuk menguruskan majlis perkahwinan pada Januari lepas, ditambahkan lagi subjek yang diambil pula memang dahsyat sebab setiap satu subjek menuntut hafalan teori dan praktikal yang amat banyak berbanding semester dulu.

Walau apapun, aku masih lagi dalam mood berbulan madu sebab cuti semester berbaki kurang dua minggu, jadi aku akan tetap rasa gembira dengan apa jua keputusan yang bakal aku terima mungkin seawal pagi 22.02.2012 nanti.

Buat kawan-kawan yang bakal menerima keputusan, semoga berjaya!!

Saturday, February 18, 2012

Love it! Part II

Assalamualaikum...

Dah tengok gambar resepsi KL sebelum ni? Kalau dah, Bagus! Kalau belum, nah linknya, sila tekan Love It!. Walaupun dah tak bergelar pengantin baru, tapi aku masih lagi mampu tersengih sorang2 bile usha entry tu. Suke gile kot dgn dress dan hasil foto yg awesome!

Kali ni adalah teaser untuk resepsi sebelah Melaka yang dah berlangsung pada 4.2.2012. Ni je yang sempat di upload dek photographer, insyaAllah ada lagi nanti akan diupdate ye. Photo credit to Hafiz Hazizi Photography


 ♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Wednesday, February 15, 2012

Love it!

Assalamualaikum...

Nah, hasil kerja my best photographer untuk majlis akad nikah pda 27.01.2012 dan majlis resepsi pada 28.01.2012...credit to Hasbullah Photography dengan hasil kerja yang sangat PUAS HATI GILE!!

(P/S : Inilah gayanya org yang memiliki DSLR standard bila diambil gambar DSLR Super Duper than the standard kit one!)













♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Catch up previous entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...