Friday, February 24, 2012

Hey, back off! She's mine!!

Assalamulaikum...

Hey uols, sehari dua entry? Ada mak kisah? :p

Tetiba tergerak hat nak upload gambar ni saje. Sila jeles sekiranya perlu.

Ini adalah kawan baik aku since 1999 until now! Her name is Nurzulaina binti Ahmad Haripin a.k.a Zue Zoey. Dia setia temani aku dari hari akad nikah sampailah resepsi di Melaka. Aku tahu dia penat sangat-sangat. (penat yang sama dialami oleh Khairul Azuan Bin Atan). Hopefully dengan melihat gambar-gambar ni, korang dapat tahu cerita sebenarnya. :)






♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Resepsi Kuala Lumpur by Alif Sued

Assalamualaikum...


Saja nak berkongsi lagi hasil kreatif dari junior sejak dari sekolah menengah sehinggalah sekarang ni bergelar junior di UiTM. Hasil kerja kreatif dari Alif Sued diberi nama Detik Indah - Syuhada & Fahemy. Black and white gitew!a








So, ni je la yang mampu dikongsikan bersama. Tak sabar pula nak tunggu full album by official photographer. 

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Thursday, February 23, 2012

Alhamdulillah..masih lagi...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan akhir semester 3 lepas dah diumumkan dan syukur sangat dengan keputusan yang diterima sebab aku sendiri menjangka bakal mengulang beberapa subjek sebab pecah rekod, hampir semua subjek aku tak suka. Syukur sgt sebab semuanya LULUS :) Hahahaha...

Apepun, aku syukur sangat2 sebab masih lagi mengekalkan Dean List dan ramai kawan2 pon dapat DL. So, takde lah risau dapat warning letter dari JPA bagai. Hahaha. Tapi kecewa sikit la sebab tak capai target yang ditetapkan oleh mantan Encik Tunang a.k.a Encik Suami. Apepun, aku masih bersyukur!

InsyaAllah, aku berjanji akan perform better untuk semester akan datang sungguh pon aku da bertukar status dan status baru ni bukanlah penghalang untuk aku capai apa yang aku impikan.  

Sekali lagi, TAHNIAH semua! 

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Tuesday, February 21, 2012

Sehari sebelum..

Assalamualaikum semua :)

Wee, esok 22.02.2012 dan ini bermakna keputusan peperiksaan untuk semester 3 lepas akan diumumkan. Apa yang terbuku di benak hati mereka adalah sama seperti yang aku rasa.

Ok, bila diingatkan balik mengenai semester 3 lepas, boleh dikatakan itulah semester yang paling membunuh karier sebagai pelajar IPT. Memang hebat cabaran semester lepas. Aku yang sibuk menguruskan majlis perkahwinan pada Januari lepas, ditambahkan lagi subjek yang diambil pula memang dahsyat sebab setiap satu subjek menuntut hafalan teori dan praktikal yang amat banyak berbanding semester dulu.

Walau apapun, aku masih lagi dalam mood berbulan madu sebab cuti semester berbaki kurang dua minggu, jadi aku akan tetap rasa gembira dengan apa jua keputusan yang bakal aku terima mungkin seawal pagi 22.02.2012 nanti.

Buat kawan-kawan yang bakal menerima keputusan, semoga berjaya!!

Saturday, February 18, 2012

Love it! Part II

Assalamualaikum...

Dah tengok gambar resepsi KL sebelum ni? Kalau dah, Bagus! Kalau belum, nah linknya, sila tekan Love It!. Walaupun dah tak bergelar pengantin baru, tapi aku masih lagi mampu tersengih sorang2 bile usha entry tu. Suke gile kot dgn dress dan hasil foto yg awesome!

Kali ni adalah teaser untuk resepsi sebelah Melaka yang dah berlangsung pada 4.2.2012. Ni je yang sempat di upload dek photographer, insyaAllah ada lagi nanti akan diupdate ye. Photo credit to Hafiz Hazizi Photography


 ♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Wednesday, February 15, 2012

Love it!

Assalamualaikum...

Nah, hasil kerja my best photographer untuk majlis akad nikah pda 27.01.2012 dan majlis resepsi pada 28.01.2012...credit to Hasbullah Photography dengan hasil kerja yang sangat PUAS HATI GILE!!

(P/S : Inilah gayanya org yang memiliki DSLR standard bila diambil gambar DSLR Super Duper than the standard kit one!)













♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Wednesday, February 8, 2012

I'm not single anymore!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, semuanya selamat :)
♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Monday, January 23, 2012

Bermulanya 2012

Assalamualaikum...

Ini adalah entry pertama pada tahun 2012..
Biarkan gambar berbicara :)
Doakan 27 Januari ini semuanya berjalan lancar hendaknya :)




♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Saturday, December 3, 2011

E2 of Tourism!

Salam...

Kawan2...less than 12 hours Hot Tour Carnival will be launch. 
This semester, my class have to manage an event which is E2  of Tourism - the combination of Entertainment and Extreme. Therefore, you guys are invited to UiTM Puncak Alam from this 2nd and 3rd of December 2011 at Padang Kawad.


See you guys there!

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Friday, November 25, 2011

Saya Masih Belajar Pengurusan Pelancongan!

Salam.

Wee, mari update tatkala tengah rajin.

Kebelakangan ni aku sering dihujani dengan soalan "Dah keje ke? Bukan tengah belajar ke?", "Baru sambung study ye? Amik course apa plak kali ni?" dan tak kurang juga "Kenapa sekarang makin tembam?" - seriously itu bukan soalan yang berkaitan sebenarnya (buat2 tak nampak je soalan tu :p).

Myself with Encik Khairul Azam Ismail and the team members. From left : Naabila, Cik Pah, Izhar, Bun, Ummy, Nani, Nad and Jijah / Syasya.

Okeh, dah nampak gambar kat atas ni? Sila ketepikan tanggapan anda yang mungkin salah dan bagus bagi mereka yang dapat teka dengan betul. Sebenarnya Syuhada Aris masih lagi mendalami ilmu Pengurusan Pelancongan di UiTM Shah Alam dan sekarang ni dah masuk Part 3. Kenapa baju member2 mcm waiter dan waitress? Ini adalah subjek minor - Restaurant Operation Skills yang wajib kami ambil bermula dari semester 3 sehingga semester 6. Aku masih lagi major in Tourism Management and add on minor in Food Beverage studies. Tujuannya supaya kat luar nanti peluang pekerjaan lebih terbuka luas jika nak dibandingkan dengan satu kursus aje yang dibelajar di universiti.

Smart dan handsome tak? <3

Setiap minggu, seorang pelajar akan dilantik mengikut giliran untuk jadi Supervisor of the Day a.k.a "S.O.D". So, 23 November 2011 lepas, giliran aku jadi SOD. But seriously, aku ni agak payah sikit nak ketuai orang apetah lagi nak mengarah2 ni. Sebab aku ni kalut dan agak gemuruh tak bertempat. Mengenangkan setiap seorang akan jalani tanggungjawab ni, aku redha. Hahaha, nampak benor paksa relanya. Apapun, Alhamdulillah, dari risau sebab ada guest 6 orang aje, sikit2 bertambah jadi 12 orang, pastu bertambah jadi 16 orang dan tetiba dah jadi 21 orang. Thanks buat Prof Norma, Pn Zawajer, Dr. Mardiah, En. Aripin (ayah Nad-team member), Che Wan and Gang (credit to Izhar) dan lastly Qistina yang drag 6 lagi kawannya saat-saat akhir. Maaf buat my junior since secondary school yakni Alip sebab restaurant da tutup jam 1.50 tengahari. 

Dalam kalut malut menguruskan, adalah sorang pemberi ilmu yang cuba menjatuhkan semangat dalam menguruskan tugasan ni. Ye, pada awalnya aku hanya berjaya menerima 12 orang guest yang confirm. Katanya "12 orang je? Tak mencabar langsung. S.Jibeng pun boleh buatlah". Ok, suddenly aku rasa apakah yang cuba disampaikan oleh dia yang sepatutnya memberi semangat kepada pelajarnya? Bukankah sepatutnya beliau memberikan kata-kata yang lebih membina? Kalau masa tu aku tegur depan dia, dan dia jawab "Gurau je", dengan laju2 aku nak sepak. Mengenangkan dia adalah pensyarah, that's it. Memang SUFO kau mmg aku evaluate gile2 "Tidak Setuju". Kalau dia tak puas hati, dengan hati terbuka aku akan jawab "Gurau je!". Melampau bukan aku ni. 

Oklah, cukuplah nak rasa terkilan terkulat ni. Plus, aku just harap lepas ni takkan dah belajar dengan dia sebab aku dah penat ler dengan pensyarah dari skim ******. Apapun, hopefully kalian happy dengan entry ni. Takde niat nak menjatuhkan sesiapa. Sekadar berkongsi rasa hati yang tak berlapik ni. Have a nice day peeps! Heart ya!

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Catch up previous entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...