Tuesday, November 30, 2010

Mesej dan sindiran dalam Ngangkung

Salam....
Weeehuuuu....
Selamat Hari Selasa!!!!


Dah tengok Ngangkung kat Pawagam???
*tanya macam aku pulak salah seorang pelakonnya*

Hari Sabtu lepas, aku dan Encik Tunang sempat meluangkan masa...
dating2, mamam KFC dan tengok wayang...
*i like nok!!!*

Nak dijadikan cerita,
Filem yang tak dicanangkan akan pecah panggung nie...
FULL HOUSE seh!!!!
Bukan macam cerita tu...ala yang ehem2x tu....

Sebenarnya plan nak tengok cerita ni kat Wangsa Walk Mall memandangkan dekat dengan umah...
Tayangan untuk satu hari tu habis...
Pergh, cite Melayu FULL HOUSE seh!!!
Bangga2x...
Ala2 Harry Potter Malaysia jugaklah...
Dengan perasaan bangga dan kecewa
*Bangga - cerita Melayu FullHouse / Kecewa - Kena lah pergi pawagam jauh sikit...padan muka aku*

Akhirnya, aku dapat ler tengok cerita ni kat Berjaya Times Square...
Itupon dalam grand hall, dapat seat ketiga daari bawah...
Takpe2x, demi nak support filem tempatan, ape ada hal...

Ok,jom kita tengok sinopsis filem terbaru Metrowealth ni...

Filem ni mengisahkan kehidupan 3 orang sahabat - Azim, Tasnim dan Wan, yang inginkan kemewahan dengan memuja makhluk halus untuk mendapatkan nombor ekor. Pada mulanya, Tasnim dan Wan sering melakukan aktiviti ini kerana Azim sedar perbuatan ngangkung ada salah di sisi agama.

Akibat tekanan daripada kedaifan keluarga, isteri kepada Azim sentiasa membebel kerana kemiskinan yang mereka alami. Lalu membuatkan Azim terpengaruh untuk menyertai Tasnim dan Wan. Gaji sebagai seorang pemandu lori tidak mampu menanggung keluarganya...

Tasnim pula yang dilihat agak senang berbanding rakan2 yang lain memaparkan kisah di mana beliau dan isterinya yang inginkan cahaya mata. Isteri yang mengetahui suaminya bermain nombor ekor hanya menegur dan mengharapkan suaminya akan berubah. Ada bait2 dialog yang agak pedas seperti apabila Tasnim terlihat isterinya seakan2 hantu, terejut lalu beristigfar...si isteri lalu berkata "La, Islam rupanyan laki aku ni"...

Wan pula lain ceritanya...hajatnya bermain nombor ekor adalah kerana ingin melangsaikan hutang Ah Long. Demi memenuhi keiinginan si isteri yang sarat mengandung, dia terpaksa membuat pinjaman Ah Long dan mengharapkan terkena nombor ekor.

Mereka bertiga mula dihantui oleh jembalang yang dipuja semasa ngangkung dan keinsafan mula berlaku apabila mereka bertiga ditimpa musibah akibat perbuatan terkutuk mereka.

Mesej dan sindiran yang dimuatkan dalam filem ini sedikit sebanyak membantu masyarakat kita. Watak Azlee Senario yang sentiasa memberikan kata2 nasihat kepada Tasnim patut dicontohi oleh segelintir masyarakat kita walaupun ianya seperti menjaga tepi kain orang. 

Tidak kurang juga gelagat hantu yang mampu mencuit penonton yang gelak sakan. Walaupun watak Shaheizy Sam serius, masih ada elemen lawak dalam lakonan beliau. Apepun, beliaulah pemangkin utama penonton datang menonton filem ini.

Diharapkan filem ini akan sukses dalam mengejarkan target yang masih boleh dianggap "Waras".

Turra!!!

Si burung biru ke putih tah...

Salam....

Korang ada akaun Twitter???
Mesti ada kan...
Kalau korang ada dan masih bertahan...
Maknanya korang memang expert ttg Twitter...

Aku???
Aku akan jawab...
"Ya, saya PERNAH ada Twitter"..
Syuhada_Aris
Sebenarnya aku pun tak ingat bila waktunya aku daftar akaun...

Kebelakangan ni baru aku tersedar aku ada akaun...
Jadi aku pun log in...
Aku masih blur2 dengan sume benda yang ada dalam screen aku...
Semuanya seperti huru hara...
Tak tahu nak tekan apa....
Nak cakap buta IT, at least banyak jugak ler game dalam FB aku kerjakan...
So, ape title yang sesuai untuk aku???
Buta Twitter - BT
Quite cool isn't it???

Hari demi hari
*Macam familiar aje ayat aku ni*
Dari tak tahu apa terus terjadi...
Lagi dalam mendalam ketidakketahuan aku tentang si burung biru ni....
Macam nak sumpah seranah aje...
Nampak sangat aku yang tak cerdik kan...

So, dengan segala hormatnya aku klik pada button "Deactive"...
YES!!!! Dah tak kusutkan rambut...pakai jari pun boleh!!!

Dengan ini, aku mengisytiharkan, I don't have any Twitter account berkuat kuasa serta merta...
The only social network yang aku ada hanyalah Facebook...
*The Social Network dah mula tayang dekat GSC laa- promote kejap*
Itupon sebab FB ada game yang best la jugak....hehehe....

Oklah, mahu tido dulu ya...
Udah capek!!! hehehe...
10Q sudi baca entry si burung biru ni....

~Turra~

Kahwin Kahwin Kahwin...Mestilah Nak!!!

Salam.....
Weeehuuu.....Lagi 1 minit cecah pukul 4.00 pagi di pagi Selasa...
Da baca entry aku sblum nie???
Hmmm.....lupakan benda2 sedih nie....
Malas nak pikir...
Ayuh fikirkan masa depan....

M.A.S.A D.E.P.A.N

Apa perancangan masa depan korang???
Nak kata azam tahun 2011 pon boleh jugalah...
Aku pon ada azam/perancangan masa depan....

Aku Nak Kawin!!!!
*Gatal sungguh statement aku*

Oklah, sebenarnya bukan gatal mengenyam/merela ke atau ape2...
Aku sebenarnya excited secara tiba2...

Bermula waktu aku dengar adik aku bercerita mengenai kad jemputan kahwin dari Indonesia yang sangat murah...
Murah??? Murah macam mana??? Aku pun tak tahu...
Sebab dia bercerita pun kerana dia ternampak katalog salah sorang staff opisnya...
Aku ada jugak suruh dia pinjam katalog tu dari akak tersebut, tapi sampai la ni aku xdapat...

Lagi nak menyemarakkan rasa excited tu...
Bila salah sorang classmate aku kat UiTM siap bermimpi majlis perkahwinan aku...
Siap dia terjaga mimpi sambil tersengih2 lagi...
Dia cakap dia salah seorang orang kuat masa wedding aku tu 
*wedding dalam mimpi*
Dia masih ingat susunan khemah, meja kerusi....
Aku pon bertambah excited nak tanya dia lebih detail tentang kenduri kawin tu...
Aku pun tanya apa warna tema...
Sebab aku mmg tak terpikir ape2 warna lagi...
Dia cakap dlm mimpi dia, aku dan pasangan pakai baju yang bertemakan warna hijau...
Dalam kepala aku terlintas sewaktu wedding Megat dan Wani lepas...
Agak teruja la jugak sebab ada orang dah bertandang ke majlis perkahwinan aku dalam mimpi....hahahhaa....

Lagi semarak gila2 bila.....
*jeng jeng jeng*
Aku dan tunang pergi ke Pameran Pengantin di PWTC...
Al-kisahnya, plan nak pergi Expo MAHA dekat Serdang...
Kelihatan cuaca seperti tak mengizinkan...
Ditambah pula Puan2 Kpochi bgtaw sangat crowded di Expo MAHA,
Maka kami pun melencong lah ke PWTC....
Ni pun hasil maklumat dari informer tak berbayar...
Iaitu adik aku - ala, yang bgtaw pasal kad kawin Indon tu...

Mesti korang tertanya2 kan adik aku keje ape...
Sebab dia jadi informer hal2 kahwin nie...
Sebenarnya adik aku ni akauntan 'gaji lambat' kat salah sebuah syarikat katering...
So, kebetulan company dia ada bukak booth...
Tu yang dia bgtahu aku ttg pameran tu...

Berbalik kepada cerita asal,
Aku punyalah rambang mata bila tengok sume particle2 penting dalam sebuah majlis perkahwinan...
Dari katering F&B, fotografi/videografi, kad jemputan, goodies, pelamin, persalinan pengantin dan ape2 aje lah...
Ya Allah, 
Tetiba aje rasa melonjak2 pulak nak berkenduri kendara 
So, hampir setiap booth aku dan tunang dapatkan quotation...
Macam2 la....
Jujur aku cakap/taip/bgtahu....

EXCITED sangat WOOOO :p

Lebih2 lagi tengok kad jemputan yang sangatlah unik dan kreatif...
Dari 35 sen sekeping sampailah ke harga 250sen sekeping....
Macam2 design dan pattern yang ada....
Yang betul2 menarik pandangan aku masa tu...
Ada beberapa design kad kawin bajet yang menggunakan material kulit buku tulis sekolah yang kaler coklat tu....
Mmg cute gila...
Tak kurang juga yang berinspirasikan design kad ucapan ala2 kad birthday tu..
Yang cun sekali, kad jemputan seolah2 poster filem...
Ala, yang selalu kita tengok wayang tampal kat sebelah kaunter tiket tu...
Memang smart gilalah!!!

Huhuhu....nasib baik la kami akan berkawin bukan dalam masa terdekat,
Sebab semua yang ditawarkan tu bukanlah seperti beli Sugus di kedai Ah Fatt..
Lebih2 lagi aku yang masih menuntut ni...
Banyak belanja woo....
Kakak aku pun cakap 'Boleh tengok aje la'...

Apepun, jodoh, ajal maut semua telah ditentukan olehNya...
Kita sekadar merancang dan berikhtiar serta bertawakal...
InsyaAllah, ada jodoh tak ke mana...

Yang wajib dulu diutamakan, ada lebihan baru la boleh tambah2 sikit...

Last but not least, 
Tak salahkan berkongsi keterujaan ni dengan kalian yang sedang membaca....kan???

~Turra~
0430/30112010


Monday, November 29, 2010

Nota buat Nur Haniza Mangsor

Salam.....
Sedeynyer.....
Finally aku 'jumpe' adik angkat aku....
But not in reality...just in FB

Aku da terjumpe akaun Facebook dia....
Search dengan nama betul dia, tapi still tak jumpe...
Tetiba, aku tergerak hati nak ikhtiar macam mana sekali pun...
Sebab aku tahu hari ni, semua jiwa2 muda macam kita semua pastinya ada akaun Facebook...

Saban hari aku mencari...minggu....bulan...tahun (not really laa)
Akhirnya aku temui....
Ya Allah, gembira yang teramat aku rasakan...
Apa lagi, aku pun klik "Add As Friends"...

Hari kian hari, bulan kian bulan...tahun menghampiri tahun....
Dia masih lagi tak approve...
Mungkin pending banyak sangat...

Jadi aku pun ikhtiar untuk text through INBOX dia...
Mesej demi mesej...
Hari demi hari....
Aku masih menunggu...
Namun..
Masih tiada lagi....

Boleh dikatakan aku sering terlihat senarai approval friends update dia melalui wall aku....
Aku pun terkedu....
Hari demi hari...
Minggu demi minggu....
Bulan demi bulan....
Kian ramai yang di'approve'kan...
Tapi aku??

Lalu terlintas satu soalan dalam benak hatiku....

APA SALAH AKU????

Dulu, semasa aku berada di Tingkatan Dua, aku dan sebilangan temanku berbaju BIRU...
Tahun pertama aku dilantik sebagai Pengawas...

Dalam satu perhimpunan dalam dewan di sekolah aku,
Aku memerhatikan tingkah pelajar sesi petang dalam dewan...
Sekiranya ada yang bermain2 tatkala perhimpunan diadakan, tindakan akan diambil...
Itulah tugasan seorang Pengawas yang menjadi pembantu guru2 di sekolah...

Tiba-tiba, aku terlihat sepasang pelajar perempuan nakal sedang menyakat seorang pelajar perempuan lain yang kelihatan sangat tak terdaya melayan pasangan tersebut...
Aku lihat muka dia...
MENANGIS!!!
"Ish, apesal pulak tengah2 perhimpunan dia boleh nangis...rasanya takde ape yang disampaikan oleh cikgu mampu menyentak hasti sesiapa"...

Semasa perhimpunan bersurai, aku dapatkan pelajar perempuan tersebut,
Aku menyapa andai aku mampu membantunya...
Dengan tanpa memikirkan orang asing yang menegurnya...
Mungkin kerana melihat aku berbaju biru dan rasa selamat untuk memulakan kata-kata...
Dia pun memberitahu yang dia sakit hati kerana asik dibuli oleh pasangan tersebut...
Entah macam mana aku menenangkan hatinya...
Dia tidak menitiskan airmatanya lagi...
"Dik, kalau ada apa2 yang akak boleh bantu, bagitahu aje la..."
Dia membalas dengan senyuman....
Cukup senang hati aku melihatnya tersenyum dan matanya seakan2 tenang dan rasa selesa...

Hari demi hari,
Entah macam mana aku boleh rapat dengan junior aku...
Dia ingin jadikan aku sebagai kakak angkatnya...
Waktu tu, menjadi kebiasaan kepada senior2 untuk mempunyai adik angkat...terutama berlainan gender...
Tapi TIDAK bagi aku...
Aku ada ramai adik2 lelaki...tak terlayan aku dibuatnya waktu itu...
Disebabkan aku tak ada adik perempuan, 
Aku mengiyakan sahaja...sebab aku memang takde adik perempuan...

Hubungan kami makin hari makin rapat....
Dia seorang insan yang aku kagumi...
Mungkin dia sendiri tak tahu aku bangga dengan dia...
Dia sangat bijak, mempunyai keluarga yang memahami...
dan sangat berbakat dalam memainkan instrument muzik seperti BIOLA...

Tak sangka, budak yang kelihatan sangat sederhana ini mempunyai kekayaan yang tak terjangkau dalam pemikiran aku....
Aku kenal dia sebelum aku tahu siapa sebenarnya dia...
Aku rasa diri aku sangat kecil...
Ada juga yang menghunus kata2 pedih pada aku...
Aku ambil kesempatan terhadap dia....
Sebab nak adik angkat yang hebat sahaja....
Ya Allah....

Saban tahun aku terasa sakit memikirkan perkara yang tak berbaloi dalam hidup aku...
Aku hilang pertimbangan...
Aku tekad...
"Aku akan lepaskan dia"...

Tatkala kata2 aku sampai kepadanya,
Muncul rasa amarahnya terhadap langkah sumbangku...
Dia menangis....
Aku tak tentu arah...
Ya Allah, kenapa aku hilang pertimbangan...kenapa aku sanggup membuat dia menangis...
Jauh di sudut hati aku aku tak merelakannya...
Kenapa aku asyik terfikirkan menjaga perasaan yang lain tapi tidak pula terhadap hati dan perasaan aku dan dia...
Dia terus menjauh tanpa sebarang kata...
Aku??? Hanya melafazkan kata2 BODOH terhadap diri aku....

Aku teringin nak bagitahu dia...
"Adik, maafkan akak...akak tak matang waktu tu....akak lepaskan adik waktu akak hilang pertimbangan...akak dan adik tahu betapa kita sayangkan perhubungan kita...akak kenal adik waktu adik masih bukan sesiapa waktu itu...makin dewasa, makin segar akak ingat langkah sumbang akak dulu...akk tahu akk bodoh....maafkan akak...Hari ni, akak tahu adik dah berjaya dalam mengejar cita2 adik...akak bangga dengan adik...akak sentiasa ingat adik...walaupun tiada apa2 di antara kita, tak pernah lekang mendoakan kejayaan adik....Akak tetap sayang adik sampai bila2...sehingga saat ini akak tak pernah menafikan betapa sayang dan rindu terhadap adik..."

T_T





Sunday, November 28, 2010

3 Idiots

Salam....
Weehooo....
Wassup2....
Hari ni (actually semalam) baru la aku berkesempatan nak godek2 hard disk yg aku 'servis bertukar tangan' kepada one of my classmate...Mista Push...
Banyak jugak ler cerita yg disedut masuk ke hard disk aku...
Rasanya satu hari satu cerita aku boleh layan...
Jangan jeles ye kengkawan...


Hari ni,
Masih lagi hangat khatam cerita salah satu movie yang disedut iaitu....
Jeng jeng jeng...
3 IDIOTS....




Cerita hindustan ni...ditayangkan pada tahun 2009...
Seingat aku, 1st time aku tgk poster movie ni masa kat depan GSC MidValley Megamall Bangsar...
Tengok poster agak blur2 sikit...
Niat nak tengok, apekan daya *cewah* 
Ada urusan lain yang perlu diselesaikan....
So, saat ini, aku dah tengok movie tersebut...... *hahahahaha*

Cerita ni mengisahkan tentang 3 sahabat iaitu Racho (Aamir Khan), Farhan dan Raju yang memasuki ICE - kolej yang terhebat dalam bidang kejuruteraan. Nak dijadikan cerita, lebih kurang cerita Mohabbatein, mereka  bertiga ni ber'roommate' bersama. Kisah ini bermula apabila Farhan, Raju dan Chatur bertemu semula seperti yang dijanjikan pada 5 September setelah janji dimetrai pada 10 tahun yang lalu tetapi Racho tidak muncul pada hari perjanjian.

Racho seorang genius dalam bidang kejuruteraan ni seorang yang agak nerd, nakal, kreatif, inovatif dan sangat menyayangi orang yang rapat dalam hidupnya. Dia menggunakan identiti anak orang kaya yang sangat berpengaruh supaya anak orang kaya tersebut dapat memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan walhal hasil usaha Racho. Banyak mesej yang cuba disampaikan oleh watak yang dilakonkan oleh Aamir Khan ni. Jujur dan ikhlas, aku nangis tengok cerita ni sebab Racho!!!

Farhan, seorang pelajar yang dipaksa menurut kehendak keluarga yang inginkan beliau menjadi seorang jurutera, walhal beliau sangat menggemari dunia fotografi. Kerana menghormati kehendak bapanya yang tegas, segala minat terhadap dunia fotografi diketepikan demi mengejar cita2 ayahnya yang seakan2 Jeneral Hitler. Beliau berubah setelah dimotivasikan oleh Racho.

Raju yang berasal dari keluarga yang susah mempunyai minat mendalam terhadap bidang kejuruteraan demi memperoleh pendapatan yang tinggi untuk menyara keluarga yang serba kedaifan. Lebih2 lagi kasih terhadap kakak yang terpaksa menanggung mas kahwinnya iaitu sebiji kereta. Racho banyak berjasa dalam keluarga Raju. Racho banyak berjasa dalam keluarga Raju. Oleh kerana Raju dan Farhan tidak secerdik Racho, mereka berduasering diancam oleh Pengetua I.C.E yang sentiasa nak cari gaduh. Tension gila bila korang tengok watak Pengetua. Pengeta yang ambil masa 7.5 minit untuk lelapkan mata sambil mencukur janggut. Pelik sungguh.




Untuk dapatkan lebih feel, aku cadangkan korang tengok la cerita ni sendiri. Filem terbaik dalam memotivasikan diri kita. Ceduklah mesej2 yang cuba disampaikan melalui filem ni. Aku bagi 5 star la untuk cerita ni. Bukan setakat jalan cerita, tapi graphic dan effect yang diterapkan dalam filem nie amat baik. Landskap penggambaran pon cantik gile, terutama ending...kat mane pon aku xtahu...

Selamat menonton ye kawan...

P/S :: Tunggu komen2 aku untuk Filem Ngangkung pula ye....mata da redup2 nie...mampu ke nak ke Pameran Maha esok ek....

Saturday, November 27, 2010

W.E.L.C.O.M.E to da BLOGGER's WORLD!!!!

Salam....
Ehem2....
Nak selit lagi satu entry...
Saja nak ucapkan
Selamat Datang Ke Dunia Blogger 

K.E.P.A.D.A
Nur Hidayah a.k.a 
Dayah Hot....Dayah Gebu....Dayah Gojes....
katanya tertekan kedua-dua teman baiknya asik update blog...
siapa lagi kalau bukan Cik Aniz dan Cik Vna....

Apepun, harap beliau have fun dengan berblog....
Sometimes blog ler medium terbaik untuk merapu meraban....
Mungkin juga menyatakan sesuatu dalam bentuk karangan...

All the best Cik Dayah HOTTTTTT!!!!

Friday, November 26, 2010

Nak update blog...tapi...

Salam....
Wassup guys!!!
Weehuu....
Aku masih mencari mood untuk update...
Tapi entah kemana mood itu pergi...
Melarikan diri kot...
Apepon, insyaAllah aku akan update ini blog secepat mungkin....
Ada banyak cerita nak dikongsi....
Sampai masanya nanti, aku update ok...
Jadi, have fun dengan previous blog dulu ok...

Myself with future sister-in-law...



Friday, November 5, 2010

Kita bersaudara....

Weeehuuuu....
Menaip entry dalam gelap seawal jam 2.03 pagi di hening Deepavali....

Back to the topic....Kita bersaudara...
Mesti korang pernah bertegang urat, menyumpah seranah, bertekak terkik dengan adik beradik korang kan???
Aku pun tak terkecuali...

Semakin dewasa, semakin tertawa aku mengenang kisah dulu...
Manakan tidak, terasa bodoh dan sengal aje bila bertekak...
Memang la masa insiden berlaku, memang tak pikir dunia...
Yang penting nak tunjuk siapa hebat...
Walaupun agak mengarut juga apa yang ditekakkan...
Tak kurang juga sesuatu yang benar turut dipertikaikan...

Aku yang membesar di kalangan 5 adik beradik yang lain (masuk aku 6 orang), 
tak putus2 'mengeratkan' silaturrahim dengan mereka dengan cara2 seperti di atas (mls nak taip ^_^)
Pernah lah sampai aku menyesal kenapa aku ada mereka2 nie....
Waktu tu, memang otak tak waras...
Rasa amarah kuasai diri....

Bila dah reda rasa yang dibisik dek syaitan yang sentiasa 'mengarah' dalam keadaan yang tak waras,
Mulalah datang rasa bertimbang rasa....
Walaupun ego agak menebal, tapi jauh sudut hati dah mula memaafkan...
Cuma berat untuk dilafaz dengan kata2....
Aku bukan begitu...
Meskipun aku jenis cepat terasa, memendam rasa dan segala rasa ini rasamu sekali pun...
Kalian tetap darah daging aku....\
Bak kata kakak aku...gaduh2 sekali pun datang dari satu mak dan satu abah yang sama....
Meskipun bertindak tak matang sekali pun, terpulang lah pada pertimbangan masing2...
Penilaian diri akan wujud sendiri bila jiwa dan hati dah tenang....

Apepon, aku tetap sayang Emak, Abah, Ekin, E-Sham, Aku, Syawal, Chaie dan Olan...keluarga besar pun aku tetap sayang....cume segelintir tu...hmmmm.....bawak2 lah sedar diri...
Abah dan Emak

Adik beradik...

Nevertheless, love your family as much as you can because they are PRICELESS!!!

Catch up previous entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...