Assalamualaikum warahmatullah
Hello kengkawan! Okeh, dah masuk malam kedua kat Melaka ni, TER'rajin' la plak mengupdate blog kan?
Rabu lepas aku join in law family makan beramai-ramai kat TomYam Meletop Taman Rambai Jaya sempena nak menyambut Ramadhan Sabtu ni. Nak dijadikan cerita, mak mertua aku tanya "Takde baju pregnant lagi ke?". Manalah beliau tak tanya sebab tshirt yang aku pakai tu pon tshirt zaman remaja katanya. So, aku terdiam dan termangu, "Perut aku dah nampak ke?"
Actually, before join dinner tu, petang tu aku sempat jumpa kakak aku yang kebetulan dok buat soalan percubaan PMR untuk subjek Geografi Negeri Sembilan. Memang silaplah aku jumpe dia saja-saja. Cubaan untuk mengikis beliau berjaya. Actually, aku berjaya menge'pow' dia shopping baju pregnant kat Mydin kat MiTC yang besar gabak tuh. Mesti korang kata " Ape kelas shopping baju raya kat Mydin je". Hello, kira okeylah kan ada yang nak belanja. Walaupun baju pregnant tak sehebat fesyen terkini, yang penting ibu dan anak dalam kandungan selesa okeh. Aku pon berjaya pow 3 pasang baju dan agak kecewa tak jumpa seluar untuk ibu mengandung since most of my pants dah start mengecil (aku yang makin membesar sebenarnya -,- ). Apapun , "THANKS Ekin sebab belanja baju pregnant aku". My 1st maternity dress sponsored by Kak Long kawasan Gemas. Ko hado? :p
Hari ni, teman adik2 kecik in law plak shopping stationary untuk peperiksaan kat Pekan Masjid Tanah. Alang2 dah sampai kedai buku dan encik suami tanya tak nak beli majalah apa-apa ke, terus terlintas dalam kepala aku nak beli majalah Pa Ma. Ye la, ni lah bahan bacaan pertama aku as mum-to-be. Cover baby bulan Ogos ni sangat comel, namanya Zara. Tetiba teringat hairband baby yang pernah dibuat oleh Cik Puan
Rima Dania yang cute-cute. InsyaAllah, kalau girl girl lah kan, mmg cari beliau dulu.
Majalah ni dibeli pon sebab nak dapatkan tips-tips tentang ibu mengandung since mak aku pon payah nak kongsi cerita (sebenarnya mak aku sangat independent masa besar kami 6 beradik, tunku menunku semua dia settle sendiri..mak saya hebat!). Alhamdulillah, ada jawapan kepada segala mala persoalan yang sering bermain dalam kotak fikiran aku selama pregnant ni. Sungguh pon takde chapter macam buku teks Tourism kan.
So, nak dekat bulan Ramadhan ni, buku resepi biskut raya yang pelbagai dah memasuki pasaran. Disebabkan this is first year as wife and mum-to-be, nak gak membakar biskut raya sendiri. Secara jujur, memang aku tak pandai masak, tapi keinginan nak mencuba tu tak pernah putus. So, bulan puasa ni, awal puasa maybe aku start try and error segala resepi yang ada. EH, aku tak beli buku, aku beli majalah Saji yang ada lebih kurang 200++ resepi kuih raya. Memang takdelah semua biskut aku buat, just nak mencuba resepi yang agak rare dan kot2 sempat bukak bisnes di waktu yang suntuk ni. Who knows?
Oklah, agak panjang jugak entry ku walaupun agak entah apa-apa plotnya. Till then guys!
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan marilah mengerjakan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan.
♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥