27 July 2010 :: Part 1 HM221 :: Somewhere in Shah Alam – Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan
Peewwiitt...aku dah ceria...
Oklah, nak berceloteh tentang rakan2 seperjuangan...walaupun angka mereka hampir ke 30 orang, tapi aku SECARA JUJUR dan IKHLAS serta TERBUKA mengakui yang aku tak kenal mereka semuanya (teruknya aku!!!)
Orang-orang yang aku nak bercerita (bukan buat penilaian ye) :
1. Izhar a.k.a Iz a.k.a Class Rep
He was graduated from UiTM Penang – background in Mechanical Engineering. Jejaka yang sedang2 ada ketinggiannya ini sangat2 la...BEST(aku tak tahu nak kaitkan dia dengan perkataan yang sinonim). Actually aku pelik dan agak meragukan kelakuan dia nie. Gaya macam budak skema. Hahaha, keketaraannya pada spek mata dia..hahaha...gayanya yang ala2 korean mix japanese mix bandar2 sikit. Dia dari PJ (dekat aje dgn sini). Sangat friendly, agak penyabar, love to talks and talks and talks, love to share anythings...Almost 4 weeks, dia da title kan aku as expert dlm bidang karut mengarut (aku ada diploma la dlm kursus karut mengarut ni...kau ada?takde kan...hohoo). Thanks to you la sebab ada tunjukkan jalan kat aku yang sengal bab2 jalan kat sini. Iz, don’t worry, aku akan cuba sedaya upaya untuk mengusutkan ko lagi dan lagi dan lagi sampai ler ko boleh terima seadanya kejahatan aku nie. Hahaha...
2. Nadhirah a.k.a Nad
She was ex student of UniTAR – background in Tourism Management. Gadis Shah Alam yang berfizikal kurus-tinggi dan beratnya lingkungan 45-50 kg (bergantung kepada selera makan katanya). Spek mata dia sebiji macam Iz. Pun aku anggap mcm budak skema. Huh, dia sangat meminati ape2 yang berkaitan dengan Korean or Japanese entertainment (actually aku pun tak tau nak tulis ape yang dia minat sbb sume aku tak pernah dengar – only a few things aje yg aku dan dia tahu actually). Mempunyai suara jelas, terang dan nyata. Daya fikiran yang pantas (once lect ask the class about something, she will be the 1st person who may speak-out). I love to hear the way she talks dan aku percaya dia bukan buat2 dialek tu sebab...AKU PERCAYA (boleh terima tak alasan tu??).
3. Aqilla a.k.a Qila
Also ex-student from UniTAR – Hotel Management background. Kanak2 dari JB ini sangat ler ceria. Orang pertama yang minta akaun FB setiap student in our class (tak kisah lah...dunia kian maju katanya). Dia pun berkaca mata, tapi tak macam Iz dengan Nad sebab dia pakai spek mata yang biasa2 aje...kesian dia. Awal perkenalan kami (time lepak makan McD – McValue Lunch), aku, Nad dan Iz digegarkan dengan kisah Qila putus cinta. Kesian jugak sebab muka dia tak seceria sebelum2 ni. Life must goes on kan!!! A few days after that, dia makin pulih. Ni pun pesen suara lantang bila bab menjawab ape2 soalan dalam kuliah. Bagus. Kami2 yang duduk belakang rasa selamat sikit. Hahahaha....
(Celoteh aku mengenai mereka bertiga ni sangat panjang sebab boleh dikatakan aku selalu lepak dengan diaorang...boleh masuk certain topik la...dan sangat fleksibel – yang penting mesti ada McD!!!).
Ok, kita beralih kepada 2 buah pasangan TRIO..
1. Daya, Aniz dan Vna.
Hmmm...macam mana nak mulakan..First day @ Faculty, aku tak jumpe kelas. Makan masa jugak la nak faham jadual yang agak mengkompiuskan (masa tu board jadual sangat sesak sbb student2 yang berasak2 untuk tengok jadual masing2).
So, nak dijadikan cerita, aku jumpe jugaklah Room 12 FPHP yang agak tersorok tu. Kelas Financial Accounting. Dah la lambat, nasib baik lecturer tak masuk lagi. Aku pun masuk. Semua mata tertumpu pada aku yang baru saje melangkah masuk. My 1st word to my classmate “I’m not lecturer”. Hohoho....so, mereka pun memulakan rutin harian iaitu “bising2”.
Aku pun teruslah ke tempat duduk paling belakang sekali. Biasalah, hari pertama, jadi relax and chill sudah. Tetiba this trio bangun dari tempat duduk paling depan sekali dan duduk kat belakang – duduk sebelah aku. Time tu lah Dayah bertegur sapa dengan aku. Mereka bertiga ni rupenya lepasan Asasi Undang-Undang UiTM Kedah. Daya yang agak berisi dan berkaca mata mengingatkan aku pada NMH. Daya pun memperkenalkan Aniz dari JB – kurus2 dan hitam manis orangnya dan Vna dari Perak – putih2 dan dia orang Perak, ulang suara – Dia orang Perak. Mungkin Dia nak permudahkan urusanku, this trio ni duduk satu floor dengan aku kat Kolej. So, rasa senang hati la sebab dah jumpe mereka bertiga nie. Ada jugak kawan ^_^.
Daya seorang yang sangat jujur. Sangat2 jujur bagi aku. Walaupun dia agak blur2 (bagi aku), not bad jugaklah budak nie...tanggapan pertama aku yang dia ni sangat caring, softspoken, quite funny and sometime rasa macam nak aje aku buli budak ni sampai lebam – sebab gaya dia macma tak kisah aje bersusah payah untuk orang lain. Dia bagitahu aku yang dia agak lembap dalam accounting. Dalam hati aku nak aje yakinkan dia yang aku try bimbing dia seperti mana aku bimbing NMH yang tersangkut soalan 5. “InsyaAllah, akak akan bantu” – itu niat aku.
Baru-baru ni, dia terseliuh dekat dengan koperasi kolej – kononnya nak pergi kawad SAF, last2 patah balik dan beli Ice Blended yang sangat YUMMY!! Serius aku menggelabah tahap gaban masa Daya jatuh secara mengejut depan kami (Aku, Vna dan Aniz). Dengan keluhan dia yang mengiyakan kesakitannya, bagaikan tak percaya aku dengan Aniz boleh gelakkan Daya (jahat tak aku??) – Vna takde sebab cari nombor emergency kat Kolej. Aku dengan Aniz siap bergambar sakan dengan mangsa di tempat kejadian – kami gelak sebab tak terjangkau di pikiran macam mana la Daya yang fokus berjalan boleh jatuh sedangkan aku dengan Aniz kat belakang yang tengah bergayut pun still boleh jalan dengan mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Daya....Daya. Bab2 urat, bukan bidang kuasa aku sebab for me it is too complicated. Last2, Dayah dibawa ke Hospital Klang. Kesian Dayah. Alhamdulillah, takde ape yang patah, cume terseliuh. Hari ni, dia dah sihat!!!! ^_^ (panjangnya celoteh ttg Daya).
Tentang Aniz dan Vna, actually aku tak berapa rapat sangat. Kami dalam proses mengenal hati budi masing2. Hahaha...aku ada jugak soalan nak tanya Aniz, tapi takut sensitif pulak. Nak aje tanya kenapa dia tindik kat hidung. Dari dulu aku dok nampak, dalam hati nak aje tanya ada ape2 kesan ke kalau tindik. Mana tahu kot2 boleh hidu something di luar kemampuan manusia normal ke...hehehe...ni lagi sorang. Dia boleh menjadi assistant aku dalam bab karut mengarut. Tukang cucuh, tukang bakar, tukang sembur minyak dalam bidang kuasa karut mengarut, aku rasa dia layak untuk jawatan2 tersebut. Alhamdulillah, aku terdengar2 jugak yang Aniz baru aje berubah dengan memakai tudung sepenuh masa. Bagus dik, keep up the good work. Be what you want to be, not be what people want you to be – benda-benda yang baik aje take note, ok.
Vna, gadis putih melepak dari Perak. Pakai spek jugak. Good looking. Quite funny, creative and agak tegas dalam berbicara. Actually aku da banyak sangat sejarah tak sebulu dengan sesiapa sahaja yang datang dari Perak. Bukan asyik bertelagah, tapi macam susah aje nak masuk. Dia ni mengingatkan aku pada jiran sepermainan aku masa kecil dulu – Anisah yang da selamat jadi isteri orang. Cuma, macam cara Vna bertutur, bagi aku kadang kala macam susah aku nak terima – aku tak pasti la bagi yang lain ok ke tak – tapi aku pasti, aku ni yang bermasalah sebenarnya. Apepon, be as good as you can. Dia pun takde buat apa2 salah dengan aku, then kenapa perlu aku label dia bukan2. Terima dia seadanya. Aku akan ubah attitude aku nie. Ni pun boleh “welcome to the club” – jadi assistant kepada Aniz dalam misi kami nak membahan Daya. Daya...oh Daya...
2. Jijah, Umi dan Cik Pah.
Yeah!!! Seronok tak terhingga. Kenapa?? Finally, geng DUP dari Politeknik Johor Bahru in the house!!! Same background like me. Seronok sangat dan sedikir sebanyak menaikkan confident level aku nak study kat sini – musim down bila dapat tahu aku sorang aje yang layak masuk sini after the rest 5 DUP PMM dapat jauh di utara sana – at least I have three of them.
Jijah, gadis bertudung labuh ini datang dari Bangi. Tak sangka ada jugak wanita muslimah sejati ni dalam bidang hospitaliti. Dia sangat ceria. The best part is, setiap kali dia gelak, aku yang seronok lebih. Kenapa? Sebab dia gelak dengan penuh perasaan dan mampu buat orang di sekelilingnya turut seronok dan gembira – tak kurang juga untuk ikut gelak sekali. Dia ex classmate kepada akak Suksis a.k.a Rahimah Mazlan. Wah, da macam FB plak berangkai2 ek...
Umi, best student of JH also here ~ Quite cool. Gadis Pahang ni nampak aje kecik, gaya dan lagak pembuli amat dikagumi. Ahahaha...nama seindah orangnya...huhuhu...antara individu yang boleh dijadikan pesaing – tapi mampu ke aku untuk bersaing lagi?? – nantikan...senang bercerita tentang study. Antara akak senior yang dapat mencuri perhatian adik2 dalam kelas – peminat ramai tu. Status diragui.
Cik Pah, teddy cumel dalam kelas aku. Budak Skudai tu!!! Dia ceria, dia lawak, dia cun, dia comel, dia tak boleh blah. Selalu supply biskut time dalam kelas. Selalu letak barang kat tempat aku sampai aku terpaksa mengecikkan diri yang sedia besar ni. Heheheeh...aku tak kisah pon. Thanks Cik Pah, sebab ko sentiasa ingat aku bile nak form a group for assignment. Walaupun aku menyebabkan kau terpaksa ke team lain, kau tetap terbaik la!!!! Hahahaha...Cik Pah number 1 la!!!!