Wednesday, July 28, 2010

Chapter 4 of my New Life :: Somewhere in Shah Alam...

Date :: 27 July 2010 Time :: 10:36 pm


Chapter 4 of my New Life :: Somewhere in Shah Alam...

Date :: 27 July 2010 Time :: 10:36 pm

Holla guys!!! Da lame tak update(ayat standard for bloggers who are not have an enough time to typing – maybe no internet connection – same as me ^_^)

Azam baru di Minggu Ke-4 di sini...dah mula nampak hala tu...dah mula fokus dalam setiap kelas(walaupon makan masa)...

Ini semua gara2 meluahkan perasaan kepada seseorang yang mulanya adalah ‘ASING’ pada aku...lega rasanya bila dia nyatakan “Ingat ko sorang aje ke?? Aku?? Q...?? N..?? Tak same ke??”. Tersentap juga pada mulanya, lama2 (kalau hitung ikut jam, minit, saat agak lama la jugak) aku terima siapa aku di sini sebenarnya. Thanks I.... ^_^

Aku jadi macam nie sebenarnya sebab aku rasa yang amat terkilan dengan suatu perkara. Some of you guys know about it. Well, takpe la, let it be. “Let’s start at the very beginning...a very good place to start”. Kepada yang berjaya dan gembira atas perkara yang mampu mengubah tempohnya, aku tumpang gembira sangat2 atas kejayaan korang. Walaupon rasa agak terkilan, sedih dan ada hasad dengki sikit, aku percaya ini semua ketentuan-Nya...Rezeki masing2 katanya... ^_^

Sepanjang hampir 4 minggu di sini, aku sendiri seolah2 tak percaya yang kini aku berada kat sini. Ye lah, inilah yang patut aku tuju suatu ketika dulu. Tapi mungkin kehidupan aku waktu itu tak melayakkan aku ke sini, tapi syukur Alhamdulillah, walaupun agak terlambat, harus aku tempuhi jua. Come on Syuhada!!!! Ini yang kau inginkan selama ini.

Kepada teman2 yang lain yang tidak berpeluang ke sini, aku tumpang simpati, sedih dan terkilan juga kalian takde kat sini. Aku tahu kau sangat inginkan peluang ini, aku tahu kau amat2 mengharapkannya. Takpe babe, mungkin bukan rezeki ko kat sini. Ingat pesan aku, bukan Dia tak sayang kau atau Dia sayang aku lebih, cume mungkin rezeki ko bukan kat sini. Aku redha kalau ko mohon mane2 yang mampu penuhi impian kita. Aku tetap dengan ko walaupun muke yang cumel ini tak muncul setiap 24/7. Aku tetap dalam hati dan fikiran ko. Aku sentiasa doakan kejayaan dan kegembiraan kau NMH.

Well, perjalanan yang penuh dengan dugaan, cabaran, halangan dan tentangan (ape2 yang sewaktu dengannya) dah pun bermula. Aku baru terbangun dari jatuh. Akan aku kejar kalian yang sudah bertapak2 di hadapan. Kepada kalian2 yang pernah menjadi seseorang pada aku, maafkan aku kerana membuat kalian semua tak yakin dan risau akan diri aku kat sini. Terima kasih kepada kalian yang sentiasa beri semangat dan tak putus2 menyepak aku untuk bangun semula. Itu yang aku perlukan. Itu yang aku inginkan. Kalianlah pemangkin dalam hidup NSMA.

No comments:

Catch up previous entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...