Friday, July 30, 2010

Aiman-Cinta Terakhir




Salam...



Aku baru aje terdedah dengan sebuah lagu nie...
Aku percaya lagu ni lagu lama, cume baru aje aku tahu tentang lagu ini....
Jujur dan ikhlas, aku tak tahu siapa Aiman....baru hari ni dapat tgk mukenya...hehehe..sori ek Encik Aiman :)

Well, hayatilah bait2 lirik lagu ini..diadun pula dengan iringan muzik yang turut menguatkan sesuatu perasaan terhadap lagu nie...seriously, aku sangat sebak dengan lagu nie...

Have Tears Guys!!! T_T


Thursday, July 29, 2010

Sedihnya...dari lima menjadi empat...

Kawan2...
Sedihnya hati aku...
Mana taknya, dah elok2 lima biji jadi empat biji...
Tak sampai 2 minggu aku pakai, tetiba aje hilang...
Macam mana nie...si dia pon terdiam aje bila aku cakap ianya hilang...

Mak cakap aku ni lasak, kalau boleh tak payah pakai...
Tapi aku nak jugak pakai..ye la, itulah tanda kasih sayang dan ikhlas dari dia kepada aku...
Nak hantar repair agak kesempitan sekarang ni...
Apapun aku tetap nak ikhtiar sampai dapat perbetulkan balik...
Walaupun dah tak ori sepenuhnya...

Biarlah benda yang asal hilang, yang penting kau dan aku betapa bermaknanya ianya...
Tak semuanya akan menjadi milik kita sepenuhnya...
Sebab ianya akan kembali kepada penciptanya kelak jua...

Tak mau sedih2 ye Syuhada...hmmmm....

Wednesday, July 28, 2010

First impression :: They are totally AWESOME!!!

27 July 2010 :: Part 1 HM221 :: Somewhere in Shah Alam – Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan

Peewwiitt...aku dah ceria...

Oklah, nak berceloteh tentang rakan2 seperjuangan...walaupun angka mereka hampir ke 30 orang, tapi aku SECARA JUJUR dan IKHLAS serta TERBUKA mengakui yang aku tak kenal mereka semuanya (teruknya aku!!!)

Orang-orang yang aku nak bercerita (bukan buat penilaian ye) :

1.   Izhar a.k.a Iz a.k.a Class Rep
He was graduated from UiTM Penang – background in Mechanical Engineering. Jejaka yang sedang2 ada ketinggiannya ini sangat2 la...BEST(aku tak tahu nak kaitkan dia dengan perkataan yang sinonim). Actually aku pelik dan agak meragukan kelakuan dia nie. Gaya macam budak skema. Hahaha, keketaraannya pada spek mata dia..hahaha...gayanya yang ala2 korean mix japanese mix bandar2 sikit. Dia dari PJ (dekat aje dgn sini). Sangat friendly, agak penyabar, love to talks and talks and talks, love to share anythings...Almost 4 weeks, dia da title kan aku as expert dlm bidang karut mengarut (aku ada diploma la dlm kursus karut mengarut ni...kau ada?takde kan...hohoo). Thanks to you la sebab ada tunjukkan jalan kat aku yang sengal bab2 jalan kat sini. Iz, don’t worry, aku akan cuba sedaya upaya untuk mengusutkan ko lagi dan lagi dan lagi sampai ler ko boleh terima seadanya kejahatan aku nie. Hahaha...

2.   Nadhirah a.k.a Nad
She was ex student of UniTAR – background in Tourism Management. Gadis Shah Alam yang berfizikal kurus-tinggi dan beratnya lingkungan 45-50 kg (bergantung kepada selera makan katanya). Spek mata dia sebiji macam Iz. Pun aku anggap mcm budak skema. Huh, dia sangat meminati ape2 yang berkaitan dengan Korean or Japanese entertainment (actually aku pun tak tau nak tulis ape yang dia minat sbb sume aku tak pernah dengar – only a few things aje yg aku dan dia tahu actually). Mempunyai suara jelas, terang dan nyata. Daya fikiran yang pantas (once lect ask the class about something, she will be the 1st person who may speak-out). I love to hear the way she talks dan aku percaya dia bukan buat2 dialek tu sebab...AKU PERCAYA (boleh terima tak alasan tu??).

3.    Aqilla a.k.a Qila
Also ex-student from UniTAR – Hotel Management background. Kanak2 dari JB ini sangat ler ceria. Orang pertama yang minta akaun FB setiap student in our class (tak kisah lah...dunia kian maju katanya). Dia pun berkaca mata, tapi tak macam Iz dengan Nad sebab dia pakai spek mata yang biasa2 aje...kesian dia. Awal perkenalan kami (time lepak makan McD – McValue Lunch), aku, Nad dan Iz digegarkan dengan kisah Qila putus cinta. Kesian jugak sebab muka dia tak seceria sebelum2 ni. Life must goes on kan!!! A few days after that, dia makin pulih. Ni pun pesen suara lantang bila bab menjawab ape2 soalan dalam kuliah. Bagus. Kami2 yang duduk belakang rasa selamat sikit. Hahahaha....

(Celoteh aku mengenai mereka bertiga ni sangat panjang sebab boleh dikatakan aku selalu lepak dengan diaorang...boleh masuk certain topik la...dan sangat fleksibel – yang penting mesti ada McD!!!).

Ok, kita beralih kepada 2 buah pasangan  TRIO..

1.   Daya, Aniz dan Vna.
Hmmm...macam mana nak mulakan..First day @ Faculty, aku tak jumpe kelas. Makan masa jugak la nak faham jadual yang agak mengkompiuskan (masa tu board jadual sangat sesak sbb student2 yang berasak2 untuk tengok jadual masing2).

So, nak dijadikan cerita, aku jumpe jugaklah Room 12 FPHP yang agak tersorok tu. Kelas Financial Accounting. Dah la lambat, nasib baik lecturer tak masuk lagi. Aku pun masuk. Semua mata tertumpu pada aku yang baru saje melangkah masuk. My 1st word to my classmate “I’m not lecturer”. Hohoho....so, mereka pun memulakan rutin harian iaitu “bising2”.

Aku pun teruslah ke tempat duduk paling belakang sekali. Biasalah, hari pertama, jadi relax and chill sudah. Tetiba this trio bangun dari tempat duduk paling depan sekali dan duduk kat belakang – duduk sebelah aku. Time tu lah Dayah bertegur sapa dengan aku. Mereka bertiga ni rupenya lepasan Asasi Undang-Undang UiTM Kedah. Daya yang agak berisi dan berkaca mata mengingatkan aku pada NMH. Daya pun memperkenalkan Aniz dari JB – kurus2 dan hitam manis orangnya dan Vna dari Perak – putih2 dan dia orang Perak, ulang suara – Dia orang Perak. Mungkin Dia nak permudahkan urusanku, this trio ni duduk satu floor dengan aku kat Kolej. So, rasa senang hati la sebab dah jumpe mereka bertiga nie. Ada jugak kawan ^_^.

Daya seorang yang sangat jujur. Sangat2 jujur bagi aku. Walaupun dia agak blur2 (bagi aku), not bad jugaklah budak nie...tanggapan pertama aku yang dia ni sangat caring, softspoken, quite funny and sometime rasa macam nak aje aku buli budak ni sampai lebam – sebab gaya dia macma tak kisah aje bersusah payah untuk orang lain. Dia bagitahu aku yang dia agak lembap dalam accounting. Dalam hati aku nak aje yakinkan dia yang aku try bimbing dia seperti mana aku bimbing NMH yang tersangkut soalan 5. “InsyaAllah, akak akan bantu” – itu niat aku.

Baru-baru ni, dia terseliuh dekat dengan koperasi kolej – kononnya nak pergi kawad SAF, last2 patah balik dan beli Ice Blended yang sangat YUMMY!! Serius aku menggelabah tahap gaban masa Daya jatuh secara mengejut depan kami (Aku, Vna dan Aniz). Dengan keluhan dia yang mengiyakan kesakitannya, bagaikan tak percaya aku dengan Aniz boleh gelakkan Daya (jahat tak aku??) – Vna takde sebab cari nombor emergency kat Kolej. Aku dengan Aniz siap bergambar sakan dengan mangsa di tempat kejadian – kami gelak sebab tak terjangkau di pikiran macam mana la Daya yang fokus berjalan boleh jatuh sedangkan aku dengan Aniz kat belakang yang tengah bergayut pun still boleh jalan dengan mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Daya....Daya. Bab2 urat, bukan bidang kuasa aku sebab for me it is too complicated. Last2, Dayah dibawa ke Hospital Klang. Kesian Dayah. Alhamdulillah, takde ape yang patah, cume terseliuh. Hari ni, dia dah sihat!!!! ^_^ (panjangnya celoteh ttg Daya).

Tentang Aniz dan Vna, actually aku tak berapa rapat sangat. Kami dalam proses mengenal hati budi masing2. Hahaha...aku ada jugak soalan nak tanya Aniz, tapi takut sensitif pulak. Nak aje tanya kenapa dia tindik kat hidung. Dari dulu aku dok nampak, dalam hati nak aje tanya ada ape2 kesan ke kalau tindik. Mana tahu kot2 boleh hidu something di luar kemampuan manusia normal ke...hehehe...ni lagi sorang. Dia boleh menjadi assistant aku dalam bab karut mengarut. Tukang cucuh, tukang bakar, tukang sembur minyak dalam bidang kuasa karut mengarut, aku rasa dia layak untuk jawatan2 tersebut. Alhamdulillah, aku terdengar2 jugak yang Aniz baru aje berubah dengan memakai tudung sepenuh masa. Bagus dik, keep up the good work. Be what you want to be, not be what people want you to be – benda-benda yang baik aje take note, ok.

Vna, gadis putih melepak dari Perak. Pakai spek jugak. Good looking. Quite funny, creative and agak tegas dalam berbicara. Actually aku da banyak sangat sejarah tak sebulu dengan sesiapa sahaja yang datang dari Perak. Bukan asyik bertelagah, tapi macam susah aje nak masuk. Dia ni mengingatkan aku pada jiran sepermainan aku masa kecil dulu – Anisah yang da selamat jadi isteri orang. Cuma, macam cara Vna bertutur, bagi aku kadang kala macam susah aku nak terima – aku tak pasti la bagi yang lain ok ke tak – tapi aku pasti, aku ni yang bermasalah sebenarnya. Apepon, be as good as you can. Dia pun  takde buat apa2 salah dengan aku, then kenapa perlu aku label dia bukan2. Terima dia seadanya. Aku akan ubah attitude aku nie. Ni pun boleh “welcome to the club” – jadi assistant kepada Aniz dalam misi kami nak membahan Daya. Daya...oh Daya...

2.   Jijah, Umi dan Cik Pah.
Yeah!!! Seronok tak terhingga. Kenapa?? Finally, geng DUP dari Politeknik Johor Bahru in the house!!! Same background like me. Seronok sangat dan sedikir sebanyak menaikkan confident level aku nak study kat sini – musim down bila dapat tahu aku sorang aje yang layak masuk sini after the rest 5 DUP PMM dapat jauh di utara sana – at least I have three of them.

Jijah, gadis bertudung labuh ini datang dari Bangi. Tak sangka ada jugak wanita muslimah sejati ni dalam bidang hospitaliti. Dia sangat ceria. The best part is, setiap kali dia gelak, aku yang seronok lebih. Kenapa? Sebab dia gelak dengan penuh perasaan dan mampu buat orang di sekelilingnya turut seronok dan gembira – tak kurang juga untuk ikut gelak sekali. Dia ex classmate kepada akak Suksis a.k.a Rahimah Mazlan. Wah, da macam FB plak berangkai2 ek...

Umi, best student of JH also here ~ Quite cool. Gadis Pahang ni nampak aje kecik, gaya dan lagak pembuli amat dikagumi. Ahahaha...nama seindah orangnya...huhuhu...antara individu yang boleh dijadikan pesaing – tapi mampu ke aku untuk bersaing lagi?? – nantikan...senang bercerita tentang study. Antara akak senior yang dapat mencuri perhatian adik2 dalam kelas – peminat ramai tu. Status diragui.

Cik Pah, teddy cumel dalam kelas aku. Budak Skudai tu!!! Dia ceria, dia lawak, dia cun, dia comel, dia tak boleh blah. Selalu supply biskut time dalam kelas. Selalu letak barang kat tempat aku sampai aku terpaksa mengecikkan diri yang sedia besar ni. Heheheeh...aku tak kisah pon. Thanks Cik Pah, sebab ko sentiasa ingat aku bile nak form a group for assignment. Walaupun aku menyebabkan kau terpaksa ke team lain, kau tetap terbaik la!!!! Hahahaha...Cik Pah number 1 la!!!!

Chapter 4 of my New Life :: Somewhere in Shah Alam...

Date :: 27 July 2010 Time :: 10:36 pm


Chapter 4 of my New Life :: Somewhere in Shah Alam...

Date :: 27 July 2010 Time :: 10:36 pm

Holla guys!!! Da lame tak update(ayat standard for bloggers who are not have an enough time to typing – maybe no internet connection – same as me ^_^)

Azam baru di Minggu Ke-4 di sini...dah mula nampak hala tu...dah mula fokus dalam setiap kelas(walaupon makan masa)...

Ini semua gara2 meluahkan perasaan kepada seseorang yang mulanya adalah ‘ASING’ pada aku...lega rasanya bila dia nyatakan “Ingat ko sorang aje ke?? Aku?? Q...?? N..?? Tak same ke??”. Tersentap juga pada mulanya, lama2 (kalau hitung ikut jam, minit, saat agak lama la jugak) aku terima siapa aku di sini sebenarnya. Thanks I.... ^_^

Aku jadi macam nie sebenarnya sebab aku rasa yang amat terkilan dengan suatu perkara. Some of you guys know about it. Well, takpe la, let it be. “Let’s start at the very beginning...a very good place to start”. Kepada yang berjaya dan gembira atas perkara yang mampu mengubah tempohnya, aku tumpang gembira sangat2 atas kejayaan korang. Walaupon rasa agak terkilan, sedih dan ada hasad dengki sikit, aku percaya ini semua ketentuan-Nya...Rezeki masing2 katanya... ^_^

Sepanjang hampir 4 minggu di sini, aku sendiri seolah2 tak percaya yang kini aku berada kat sini. Ye lah, inilah yang patut aku tuju suatu ketika dulu. Tapi mungkin kehidupan aku waktu itu tak melayakkan aku ke sini, tapi syukur Alhamdulillah, walaupun agak terlambat, harus aku tempuhi jua. Come on Syuhada!!!! Ini yang kau inginkan selama ini.

Kepada teman2 yang lain yang tidak berpeluang ke sini, aku tumpang simpati, sedih dan terkilan juga kalian takde kat sini. Aku tahu kau sangat inginkan peluang ini, aku tahu kau amat2 mengharapkannya. Takpe babe, mungkin bukan rezeki ko kat sini. Ingat pesan aku, bukan Dia tak sayang kau atau Dia sayang aku lebih, cume mungkin rezeki ko bukan kat sini. Aku redha kalau ko mohon mane2 yang mampu penuhi impian kita. Aku tetap dengan ko walaupun muke yang cumel ini tak muncul setiap 24/7. Aku tetap dalam hati dan fikiran ko. Aku sentiasa doakan kejayaan dan kegembiraan kau NMH.

Well, perjalanan yang penuh dengan dugaan, cabaran, halangan dan tentangan (ape2 yang sewaktu dengannya) dah pun bermula. Aku baru terbangun dari jatuh. Akan aku kejar kalian yang sudah bertapak2 di hadapan. Kepada kalian2 yang pernah menjadi seseorang pada aku, maafkan aku kerana membuat kalian semua tak yakin dan risau akan diri aku kat sini. Terima kasih kepada kalian yang sentiasa beri semangat dan tak putus2 menyepak aku untuk bangun semula. Itu yang aku perlukan. Itu yang aku inginkan. Kalianlah pemangkin dalam hidup NSMA.

Tuesday, July 20, 2010

Begin with ABC...123...Do Re Mi..

Pewwiittt...

Da lame kan tak update...

Aku dah RESIGN!!!! :)

Cuba teka kenapa???
Actually aku ditawarkan ke Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan...

Dekat mana???
Nak kata bangga tu, ada lah jugak...tapi tak seperti teman2 lain di ceruk utara sane tu...
Akhirnya di Universiti Teknologi Mara Shah Alam....

Kenapa tak bangga SANGAT???
Sebab aku SORANG aje kat sini...the rest semua kat Universiti Utara Malaysia...
Jadi, dapat bayangkan tak hidup KESEORANGAN di tempat baru???
Ianya seperti memulakan hidup yang baru..

WHAT??
Aku bukanlah seseorang yang sangat ramah tamah, aku adalah seorang yang pasif dan hanya aktif pabila menemui mereka2 yang seperangai dengan aku....

APA PERANGAI AKU??
Poyo, Pemalas, Bodoh dan sewaktu dengannya..ada ke manusia sedemikian di sini???
Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI..
Aku ni jenis yang susah nak memulakan sesuatu yang baru....
Suka duduk ceruk2 dunia...menyendiri...mengasingkan diri...meng meng yang sewaktu dengannya la..

TAK NAK UBAH KE ATTITUDE TU???
Jawapannya MESTILAH NAK!!!
Walaupon pahit ku telan jua.....hahaha
InsyaAllah, aku cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru - Roomate, Coursemate, Classmate and the rest...

Cuma....
Agak terkilan sedikit....bukan nak menghina tapi bila kita diperlekehkan oleh pihak2 tertentu kerana STATUS kita, semangat yang berkobar2 tu sume ilang...
Asal nak PC, transkrip tak cukup hebat...nak kena tengok silibus...
Dah bagi silibus, bulat2 ditolak sebab bahasanya...
Cuba kalian bayangkan..konsep, teori memang seperti yang pernah kita belajar, tetapi kenapa bahasa menjadi masalah??? Kenapa kat 'sini' sahaja yang pertikaikan soalan bahasa?? Kenapa yang lain yang telah diiktiraf antara U yang terbaik yang disahkan senang sahaja prosedurnya?? Kenapa tak membantu sesama kaumnya?? Ape kah itu??? Apekah ini???
Bukan nak menuding ke sesetangah pihak, tapi fikir2kan lah..

Apepon, back to the root...I don't mind...
Kesal?? 
SIKIT aje...
Cume, diharap sesetengah pihak berwajib bukalah mata...bukalah minda...
Definisikan istilah 'membantu bangsamu' dengan setelusnya...

~End~


Saturday, May 8, 2010

New life!!!

Salam....


Peewwiittt....


Da lame tak update blog....


Since menjadi wanita bekerjaya (kononnya), my life get busy la...


Sekarang bekerja kat one of the top Travel Agency somewhere in Ampang...


However, too many things that I have to learn...


Yup, memang tak disangkal lagi dunia pekerjaan tak seperti alam peng'kuliah'an (ada ke perkataan tu??)


By the way, aku pon da mula melalui proses BELAJAR DARI KESILAPAN....


My colleagues pon not bad...Kak Nadz, Kak Yatie, Safinaz, Atikah memang best...what can I describe them is:-


  • Kak Nadz = Tegas, mementingkan kesempurnaan tapi on the same time lawak gile!!
  • Kak Yatie = She's my SENIOR..gile2 tahap cipan, HOT MAMA, love MIDDLE EAST guys...hahaha
  • Safinaz = komited, walaupon 2bln++ in this team, tapi kerja da mcm super senior seh..tapi x lokek dengan ilmu yg dia ada..
  • Atikah = new comer, tapi dia dulu praktikal kat sini, so, boleh dikatakan she's my senior la...
Ada lagi geng2 lain, macam geng2 lunch seperti Safinaz, Atikah, Syuhada, Amalina, Suraya...unikkan SASAS...including one lady from FRANCE :: her name is Cindy Lau...nama je cina, tapi sepatah haram perkataan cina dia tak paham...tapi, serius, she's so crazy!!!

Well, cukup setakat ni dlu....nanti i update lagi k....

Turra!!!!

Saturday, April 3, 2010

Genting Highland @ 30032010

Salam...


Pewwiitt....back to back update nie...
30 Mac 2010 atau lebih simbolik 30.03 , Cik Nurzulaina a.k.a my BFFAE (Best Friend Forever And Ever) ajak pi Genting Highland sempena meraikan Konvokesyen ku...thanks sangat2 Zulai sbb fullfil one of my dreams....huhuhu....


Nak dijadikan cerita, bateri kamera dicas penuh kononnya nak dibawak ke Genting utk bergambar puas2 (balas dendam sbb konvo x amik gambar banyak2)...last2, dalam 10 minit dalam bas yang dah mulai bergerak ke Genting, baru perasan bawak kamera tanpa bateri...Ya ALLAH....sabar je la...nasib baik kamera HP sahabatku ini tip top...jadi, sbg tontonan, dlm 100++ yg diambil, ini yang mampu dikongsi bersama-sama teman2 ku...


Left is me, right is Nurzulaina [Suke tgk pic Zulai yang nie...hahaha...cute gile]

In fronty of First World Hotel, Genting Highland...

Spinner....terbaik....2 kali main...rasa mcm burung berterbangan aje...

A jar of chocolate....yummy..

Me....

^_^

Cool..hehehhee

hehehe


tak main, tapi tengok aje mcm da best....

That's all for this post....thanx agaIn to my BFFAE :: Ms NURZULAINA AHMAD HARIPIN....

Konvokesyen Ke-6, Politeknik Merlimau

Salam....


Syukur Alhamdulillah, akhirnya konvo gak aku....huhuhuhu....seronok rasanya bile officially grad dari Politeknik Merlimau....usaha selama 3 tahun dalam Diploma Pengurusan Pelancongan akhirnya berbaloi apabila meraih dua anugerah....
  • Pingat Ketua Jabatan dengan HPNM 3.83/4.00
  • Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum (Jabatan Hospitaliti)
Tapi, dalam nak meraih kegembiraan, aku diduga dengan sikit demi sikit...bila....dia yg bergelar seorang kakak dalam hidup aku mula mengganggu keseronokkan aku...in other words, mmg aku tak seronok pada hari konvo smpai le ke hari ni [da seminggu konvo weyh~]

Usah ditanya apa yg dia lakukan, senang cerita C.E.M.B.U.R.U. Ape pon gembira sebab mak dan abah dapat seat paling depan sekali among the parents yg datang [atas pas Keluarga Pelajar Cemerlang]...my sis taknak masuk sbb dia cakap aku sekadar Diploma Politeknik yg tak profesional langsung...kiranya student STPM dia lagi hebat la....itulah kata2 yg buat aku sangat terkilan dan makan hati sampai sekarang....

After konvo, aku dan family dijemput ke jamuan VVIP sempena konvo...wow!!!awesome!!! Gmbira tgk mak abah happy sbb kata mak, masa abg dan kakak konvo kat UM dlu pon dah lah duduk seat belakang, mana ada jamuan2 VVIP nie....aku pon jawab "Ini je yang termampu Politeknik bagi, mak"...

Disebabkan aku terpisah dengan kamera dan hp, mmg agak kelam kabut gak la...sampai sekarang aku terkilan gambar dengan mak abah takde...setakat gambar dengan mak aje...dgn yg tersayang pon takde...hmmm.....

Takpe la, insyaAllah dapat tawaran Ijazah, dan berpeluang nak konvo, aku akan amik gambar tak ingat dunia la nanti....huhuhu...apepon, thanks to Politeknik Merlimau....jasa2mu akan ku kenang!!!!!!

Myself...berjubah jugak aku akhirnya....huhuuh

My beloved mom :: Puan Kalsom binti Nordin
My BFF @ PMM :: Siti Sarina, Noraini & Me....

My BFF :: Me, Zul Hakim, Siti Sarina & Noraini

Pingat Senarai Ketua Jabatan

Anugerah Pelajar Cemerlang Akademik dan Kokurikulum...

My bestfriend :: Khairul Azuan ; a day before our convocation...

My love one :: Fahemy Poazi turut menghadirkan diri....thanks..

My convocation gift :: From my mum, my love and 'future' family...thanks!!!!

Friday, January 29, 2010

Ye ker??? Ni ke result aku???

Salam...

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan yang aku dapat hampir sebulan lalu sangat menyenangkan hati aku....tak sangka pon ada juga...sebab pada aku, semester akhir lalu betul2 menduga aku sebagai seorang pelajar semester akhir DUP di PMM.

Paper yang betul2 menduga aku adalah Pengurusan Strategik, Tamadun Islam dan Perancangan Pelancongan. Memang aku tak nafikan, ketiga2 paper nie bagi aku amat susah. Bermula dengan kuiz yang diberikan, tak payah nak cerita lah, memang aku ni sengal ler sangat....lain yang keluar, lain yan aku baca....aku tak tahu mana diri aku sebenarnya...i'm totally LOST!!!

Tugasan semuanya disiapkan bila nak sampai due date...selalunya tak macam tu...always punctual...tapi kali nie tak....time due date ler baru tahu banyak pembetulan kena buat...jadi, bile tugasan dah hantar lambat, potong2 markah nie perkara biasa...yg aku pelik, kenapa mesti semester akhir semua yang luar biasa menjadi kebiasaan??HUh, takde sape dpt jangka apa akan terjadi pada masa hadapan melainkan Lillahi Taala...

So, setiap kali sesi pemarkahan diberikan, aku adalah LOSER yabg paling kritikal...aku pon takde jawapan bile ditanya kawan2 kenapa markah aku drop...jawapannya senang "ENTAHLER"...i'm not a quitter, just being myself for a moment...

Bila Penilaian Berterusan (PB) keluar, aku lar insan yg dulunya hebat kini merudum ke gaung...huh, aku kecewa tapi aku dah ley agak itu resut yg aku akan dapat....sampai kena buat back up kuiz pon ramai tak percaya...malu mmg ada, tapi nak tak nak, kena jugak ler mengadap jugak kan...

Tercabar, dicabar dan mencabar....serius aku tak suke...persaingan wujud secara halal aku terima, tapi persaingan yang bermodalkan toyol di tepi sape mahu....yg tanpa segan silu menyelit nota di ruangan yg ada pon i dont mind...loan atau duit mak ayah masing2 tu patutnya digunakan sebaiknya, tapi entahlar, masih dipersiakan...

Hari penentuan tiba...aku bangkit semula sepanjang kehilangan dan kejatuhan aku....insan2 terdekat yang tahu situasi aku di saat2 akhir...berbekalkan sakit hati dgn masalah peribadi [yg tahu pasti lebih tahu], aku ulangkaji bagai nak rak...mmg tak tido...buku teks yg dibelajar sepanjang 4-5 bulan baru aje di fotostat di malam terakhir menjelangnya peperiksaan, bayangkanlah nak menghabiskannya...serius, itu mmg bukan aku....walaupun ada langkauan masa antara paper yang perlu diambil, bagi aku masih tak cukup...

Senyuman terukir bila aku mula menyelak senaskah buku soalan yang harus aku jawab....mungkin Dia telah kembalikan semangat ke dalam jasad yang sudah lama terpisah barangkali...penuh ketenangan dan keyakinan aku menulis satu2 huruf yang membentuk sepatah perkataan lalu dijadikan serangkap ayat dan lengkaplah senaskah set jawapan kepada buku soalan yang diberikan. Aku keluar dari dewan peperiksaan dengan perasaan bangga dan yakin....aku tak menyesal keluar awal...bukan selalu buat pon...

Menjelang paper akhir, kusut!!! Kenapa aku tak pernah jumpe soalan sedemikian rupa??? Adakah aku terlepas pandang. Aku keliru dan mula melalut jawapanku dalam naskah jawapan yg diberikan..fakta tiada dalam kepala, hanya logik akal aku muntahkan ke atas kertas2 yang terbentang di sisi buku soalan...niat aku "HABISKAN SEMUANYA...TAK PERLU FIKIRKAN SEMUA NI SETELAH 2 JAM BERLALU"...

Aku biarkan diri aku melewati dewan peperiksaan...aku tahu ini kali terakhir aku berada di sini...selepas ini, mungkin aku kembali tetapi bukan watak sebegini...

Seorang demi seorang melepasi pintu kebebasan, aku pun turut serta...senyuman mula terukir..."ALHAMDULILLAH,3 tahun aku di sini..."

Penghujung 2009, saat yang ditunggu2..."Ye ker??? Ni ke result aku??? "

TAMAT

Thursday, January 28, 2010

I'm Back!!!

Salam...

Hye kawan-kawan....maaflah mengambil masa yang paling lama untuk update blog nie...

Sebenarnya niat di dalam hati tak ingin lagi berblog sebab takde ape yg istimewa untuk dikongsikan bersama...

Tapi, bagi aku, iniah ruangan yg terbaik untuk aku luahkan apa sahaja yang aku pendamkan...aku pasti tak ramai yg menjengah ke blog nie [xramai lagi OK sebenarnya]..

Inilah post aku yang pertama bagi blog ini pada tahun 2010...tahun ni umur aku akan menjengah ke usia 24 tahun [insyaAllah]...pada insan yang lain, 24 tahun nie dah ada pelbagai komitmen...Kerjaya, Bisnes, Mencari Kerja dan lain2....tapi bagi aku, setakat Diploma yang ada masih tidak cukup...ye, ada yg menganggap diploma sekadar ada sahaja...termasuklah persepsi aku sendiri...

Alhamdulillah, aku baru saja menghantar borang permohonan untuk sambung ijazah yang patot aku hantar pada usia 21 tahun dulu....sebahagian yang menjengah blog ini tahu ceritanya, jadi tak perlu aku jelaskannya lagi...

Lima IPTA aku mohon, lapan program yang aku minati dan harap sesangat keputusan yang menggembirakan kembali pada aku...UiTM, UUM, UTM, UPM dan USIM...InsyaAllah, kalau ada rezeki, adalah...

Jika takde peluang untuk belajar, ape harus aku buat??? Kerja?? Aku masih tak bersedia...aku pon tak tahu kenapa jasad yang hampir ke Jubli Perak ini masih lagi tak bersedia utk hadapi dunia pekerjaan...aku dpt rasakan diri aku tak sematang jasadku...aku bersaing di kalangan adik2...adik kandungku yang muda 3 tahun pon dah isi UPU untuk program ijazah...huh...

Aku kini hanya duduk di rumah...Jobstreet, JobsMalaysia semua telah aku isi, tapi sehingga kini takde sebarang respon...mungkin bukan rezeki aku...tapi, jika tiada rezeki utk belajar, mungkin aku gandakan usaha untuk dapatkan kerja yang tetap sebab aku kena kejar baki 3-5 tahun yang telah kawan2 aku capai pelbagai karier, rezeki dan peluang yg aku tak dapat lagi sehingga kini...

Setakat ini sahaja...salam...


My Luvly Cousin : Daniel @ Dataran Pahlawan...
Kanak2 kecil yang masih berpeluang melakukan apa yang telah kita PERNAH lakukan...
mungkin lebih baik dari apa kita pernah lakukan....siapa tahu....

Catch up previous entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...