Monday, April 4, 2011

Saya bangga tengok filem Melayu buatan Malaysia

Salam...
Weehuuu...
Wassup peeps!! Lame kan tak update blog..lack of time la katakan (nak jugak taip omputeh)

Ok, MOVIE UPDATE!!! (dgn gaya tak menyempat)

CS baru aje balik menonton filem nie...
Kita start dari awal..

Sabtu lepas, CS dan Encik Tunang sempat la membazirkan sisa-sisa masa di hari Sabtu yang tenang sambil melihat burung yang terbang pulang ke sarang (burung kat KL sarangnya celah2 bangunan okeh) dengan menonton filem yang amat kontroversi iaitu....jeng jeng jeng...tatak lain tatak mukan...


... Dalam Botol...hahaha...dot dot dot tu korang tahu apelah kan...malas nak taip, kang 18PL plak entry ni jadinya...oklah, kisah seorang lelaki bernaluri wanita, memenuhi keinginan pasangannya yang sama jantina dengan menukarkan jantina kat oversea (mane2 negara yang membenarkan trans-gender dilakukan). Kerana cinta, bukan setakat maruah dan harta, jantina pon sanggup ditukarnya demi memenuhi nafsu serakah (pergh, ayat nk bombastik). Skrip oleh Khir Rahman ni sangat2 la subjektif untuk dinilai. CS ni takde la pakar sgt dalam penulisan seni layar tapi Alhamdulillah, CS faham apa yang cuba disampaikan oleh Khir Rahman dalam filem nie. Walaupun filem yang agak sunyi sepi (sebab takde background music sangat sampaikan org kunyah pop corn dalam wayang pun bunyi da mcm botol kaca berderai di atas jubin WhiteHorse) membuatkan CS dan tunang rasa mcm blur dan tengok pintu Exit dalam panggung tu da mcm laluan VIP aje, hasrat nak keluar panggung terbantut tatkala penceritaan kian menarik (menuju ke intermission mcm filem Hindustan). Body language yang diselitkan dalam skrip yg dituturkan merupakan idea kreatif terbaik dalam membuatkan penonton sendiri faham apa yang cuba disampaikan. So, penonton pun secara tak langsung jadi script writer la jugak kan...jalan cerita sume, korang ley lah google sendiri sbb CS tak main lah copy2 dari mane2 sources (gambor je rajin save as). Cume CS terpana la dengan hero merangkap heroin filem ni iaitu Arja Lee...hensem gak mamat ni...

Arja Lee yang membawa watak utama... ^_^

Filem seterusnya adalah CUN! lakonan Remy Ishak dan Maya Karin. Filem ni dibawah arahan  Osman Ali...actually, CS tgk trailer filem ni masa tggu cite "...Dalam Botol" bermula. Kalau tak tengok trailer ni, sumpah CS akan xtahu langsung kewujudan cerita ni ataupon CS cakap "tunggu je la cite ni muncul kat Astro Ria - ayat standard kan". Nasib baik CS da dapat tahu ttg cerita ni lebih awal. Dukacita kelas hari ni cancel, so dgn sukacitanya mengajak beberapa classmate yang seangkatan untuk tonton filem nie. Hahaha, tengok reramai yang kaki gelak sure gempak bukan?? Gelak sakan weyh!!



Remy Ishak dan Maya Karin dalam satu babak yang sangat sweet (padahal dok promote sponsor), tetap sweet!!

Oklah, cerita komedi romantik ni wajar ditonton oleh mereka2 yang sedang berduka lara untuk mendapatkan ubat gelak...CS dan kawan2 gelak beriya2 kot dalam panggung...ahaha..ok..

CS tahu sebilangan dari kita ada pendirian tersendiri. Sesiapa yang rasa cerita2 yang CS selitkan dalam entry kali wajar ditonton, pergilah menonton di panggung yang berdekatan. CS faham bagi sesiapa yang tak mahu membazirkan duit untuk filem2 tempatan kerana Customer Always Right. Customer ada hak untuk menilai sesuatu yang Value For Their Money...jadi, pendapat itu subjektif. Tak perlu la nak bertikam lidah pada sesuatu yang kita sebagai manusia dapat selesaikan dengan cara baik (ayat mcm tengah sentap, padahal tak tahu nak sentap kat sape...)

Wassalam...

If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes. 
 ♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

No comments:

Catch up previous entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...