Asssalamualaikum warahmatullah...
Hmm, ikutkan hati takmo share tapi memandangkan keterujaan yang tak dapat dibendung, nak-nak bakal menjadi ibu buat kali pertama, nah...mari aku kongsikan kegembiraan milik bersama. Nak share kegembiraan bersama Cadbury di alam maya ini sukar :p
Masa ni si kecil baru berusia dalam 6 bulan lebih. Sebab utama nak scan adalah masa usia kandungan mencecah 6 bulan lebih, pergerakkan si kecik ni tersangatlah aktif. First time buat scan 3d/4d dekat klinik swasta berhampiran kat Business Rampai Park. Teruja gila uols walaupun agak mahal kan. Tak kisah la sebab first time nak tengok wajah si kecil ni. Doc cakap masa usia 25-26 minggu, baby memang aktif sangat sebab pergerakkan baby tak terbatas dek saiz uri yang agak luas. Yang bestnya, doc terus cakap "Yang penting hidung baby macam mummynya". Okeh, aku blur sama ada dia perli aku ke apa. Tapi ok what, sebab babahnya suka sangat tarik hidung aku kan...
Kononnya cukuplah scan sekali tu je...tapi, seterusnya encik suami ajak scan bila kandungan dan cecah 8 bulan sebab dapat tahu ada satu klinik kat Persiaran Ampang boleh offer service yang sama pada harga yang lebih murah. So, aku pon pi lah klinik tu. Alhamdulillah, word of mouth kawan-kawan yang pernah scan kat sana berjaya melonjak bisnes klinik berkenaan disebabkan aku. Hahaha, berapa sen sangatlah duit laki ko Syuhada oi...
So, hasilnya seperti berikut..si kecil diusia 8 bulan..
Scan 3D/4D kali ni memang terasa berbaloi sebab assistant pengimejan tu betul2 makse sure pelanggan puas hati. First session baby tengah tido. Lena bukan main. Jenuhlah assistant tu kejutkan dia, aku pon berusaha kejutkan dia. Dia tido baik punya. Mana taknya, malam sebelum tu si kecil ni memang main sakan masa aku nak tido. So, petang masa gi scan tu memang waktu dia tido kot. Assistant tu pun nasihatkan aku pergi la jalan-jalan kejap then sambung balik. Second session memang seronok sebab si kecil ni dah terjaga, tapi dok menguap tak abis2..aku dengan babahnya gembira la tengok gelagat si kecil ni.
Macam-macam cerita tentang ibu mengandung ni. Ada yang ok dan tak kurang juga yang K.O. Alhamdulillah, sampai waktu ni aku tak alah teruk macam yang lain. Cuma emosi agak sensitif dan bertuah ada suami yang sentiasa mengalah dan memahami melayan aku yang agak meragam masa tido. Hohoho, sebenarnya ragam tu nak praktis si suami bangun malam sekiranya baby terjaga nanti. Cerdik tak aku?
Oklah, cukup sampai sini sahaja. Ini yang mampu aku kongsikan bersama 'sesiapa' sahaja. Sekian, thanks sebab gigih membaca entry yang syok sendiri ni.
P/S : Entry ni mungkin akan di'view' oleh si kecil nanti.
"Ingat selalu yang ibu dan babah sayang kamu ketat-ketat"
♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥