Friday, August 12, 2011

Iftar with ex-classmate from Politeknik Merlimau..

Assalamualaikum warahmatullah..

Hai kawan2...bersua kembali dalam rancangan mari melantak bersama kawan2. Hahaha. Baru-baru ni aku berkesempatan menyemakkan diri bersama kawan2 masa zaman Diploma dulu. Sebenarnya merancang pon dalam masa dua hari bila Yuni ajak berbuka ramai-ramai. Sebenarnya takdelah ramai sangat pun, tapi meriah sangat okeh. Yang ada masa tu pon dalam 10 orang macam tu aje, sebab plan pun mana yang sempat.

So, lokasi yang diplih sudah pastinya JM Bariani House yang letaknya di Seksyen 5 Wangsa Maju.


Tempat ini dipilih pun tak pasti kenapa tapi satu kelebihan pada aku jugak sebab classmate ni rata-rata duduk jauh dari Lembah Klang. Alhamdulillah, sanggup diaorang datang jauh-jauh sekadar nak berbuka puasa bersama-sama. Kiranya 1st week of Ramadhan, aku dan berbuka puasa kat luar. Tapi takpe, sebab mak kata ok aje. So, layankan aje lah gambargambar di bawah, aku upload dulu. Nanti bila tergerak hati, aku bercerita ek, boleh? =p

 Kisah JM Bariani House I

Kisah JM Bariani House II

 Imah dengan beliau...*aku lupa plak nama mamat ni...ke aku yang tak tanya nama dia apa?*

 Yuni dengan Imah...mastermind ler depa ni..

 Ayie dengan Yuni yang teman tapi mesra gitu..

 Ape ke nama deme berdua ni, duduk depan aku sekadar borak-borak macam tu je *nampak benor tua aku nie*

 Eyda, Zack/Akim , dan Iera...

 Along yang aummmm...

 Awek-awek gorgeous DUP...

 Huh, abaikan tapi tetap cekal hati nak upload gambar ni..

 Puan Noni a.k.a P.A DUP yang sampai agak terkemudian, well, happy jugak dapat jumpa beliau, ok..

 Yun Yun yang cuba menDSLRkan diri dengan cara tersendiri..

Aku, Yuni dan Ira...

  Punya malas nak upload sekeping2, nah aku collage kan terus *saiz gambar besaq sangat*

Yeay, gambar ramai-ramai...hahaha...

Oooops, belum lagi. Dah habis makan mesti kena kira kan? So, jeng jeng jeng...


P/S : Kredit to Along, Ayie, Ira dan diri sendiri untuk semua gambar-gambar dalam entry ni...

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Tatkala peranti anda tiada....

Salam...

Hai kawan²...
Firstly nak ucapkan Selamat Berpuasa....
Hari ni hari ke sebelas uols!! 11 Ramadhan 1432 H ok!!
Dah berminggu tak terupdate...
Almaklumlah, pretend like you are the only person who have overworkload is not that easy...hahaha
No lah, cume malas aje, boleh tak alasan tu...
Ok, da shopping baju raya?
Aku semestinya lah "TAK LAGI" kan...ape barang beli awal²...setakat window shopping aje lebih...(ye lah tu)


Ok, korang jangan nak bersangka hodoh dengan mak okeh. Mak sebenarnya bukan nak shopping gadget sempena raya yang bakal menjelma...sebenarnya aku tertinggal gadget kat rumah...uwarrrrgggghhhhhh!!! T_T. Agaknya masa nak aku nak ke office tadi, kekalutan melanda. Tapi steady aje aku start moto dan merempit seolah² tiada apa² gitu. Well, tak pe la...berenggang 8 jam aje. Setibanya kat rumah nanti siap aku ganyang dua ekor peranti² kesayanganku...

Ok, tu aje aku nak merepek sebab gian nak berkomunikasi dengan dunia maya. Hahaha...Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa dan selamat solat terawih ye kawan²...

Assalamualaikum... =)

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Thursday, July 28, 2011

Kan ku coba..

Salam..
Lately emo tak bertempat dgn Encik Tunang, tp cool aje dia layan.."Abg, xperlu bicara lebih pjg, ayg sayang abg, okeh"

Tuesday, July 26, 2011

Tumpang gembira, boleh??


Salam kawan2..


Well, aku tumpang bahagia dengan Kekasih Gelapku sebab dia dah bahagia..aku sentiasa doakan kebahagiaan kau wahai kawan...luv u so much! ;')

Sent from my iPhone

Saturday, July 23, 2011

Ungu Mania is BACK!!

Salam uols!!

OMG...nok nok sekalian, mak tengah kemaruk ni...dengan sape? Tarra....


Kumpulan UNGU okeh...kaler oren ke, kuning ke merah ke, mak tak layan noks!! Auww~~

Actually, mak tak tahu yang anak2 ikan mak ni ada album baru...sah2 dianaktirikan sejak mak ikan ni sibuk menimba ilmu gitu..beriya2 nak meng'ikan' segala mala dalam entry ni...haish...

Aku ni pada awalnya tak kenal kumpulan ni. Aku mulenya minat Peter Pan, then baru tersedar banyak rupenya group Indonesian yang menyengat banget deh! Officially minat Ungu ni pon sebab "You Know Who" yang mendedahkan aurat2 runut lagu Ungu pada aku. OMG, mak terbeban noks! Hahaha..

Mungkin agak lambat untuk update sebab la ni pon da melewati setengah tahun 2011. Album yang dilancarkan pada tahun 2010 ni menghimpunkan beberapa lagi (malas nak kira, kira sendiri okeh). First song yang aku dengar adalah PERCAYA PADAKU, gara2 kakak aku balik KL, meriuhkan rumah mak aku dengan dok ulang berkali2 lagu ni. Sampai ler member aku pon da boleh ingat bagai. TQ sangatlah Cikgu Syikin. Hahaha...



Ungu - 1000 Kisah Satu Hati (Full Album 2010)

Ungu
 - Mabuk Kepayang
Ungu - Dirimu Satu
Ungu - 
Dia Atau Diriku
Ungu - I Need You
Ungu - Percayakan Padaku
Ungu - Almost Soulmate
Ungu - Saat Bahagia (Feat. Andien)
Ungu - Selamanya
Ungu - Sampai Kapanpun
Ungu - In Time
Ungu - Hakikat Cinta
Ungu - Doa Untuk Ibu


Oklah, cerita pun tak guna. Pepandai ler Google kat web untuk download lagu2 tersebut. Yang penting, most of the song da ada dalam iPhone kesayangan mak ni....auwww...till then noks2 sekalian...Wassalam

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Tuesday, July 19, 2011

Ungu - Percaya Padaku

Salam...



Hai kawan², pernah dengar tak lagu ni? Mesti bagi korang yg update lagu dari Indonesia, nak² Kipas Susah Mati Ungu, tentu kaliah udah tahu akan kewujudan lagu ni. Bagi aku, baru a few days la aku expose dgn lagu ni.

Seperti biasa, aku memang adore gila la dengan lagu² Ungu, but lately enggak kesempatan mau nanya sama vokalisnya Ungu apa perkembangan mereka semua.Huh, plus since become a super duper destroyer of people's vacation, aku lebih menumpukan pada bakat sedia ada ni dari meng'google' dan menggeledah "Muzik Hari Ini"...oh, I miss you my hero Google!

So, just want to share with you guys the art of this lyrics. Really make me stronger than yesterday...appreciate what I have after I realized that I'm always ignore about the existence of this beautiful relationship! Love you Abang! (okeh, cukup²lah menggedik).

Yuk layan yuk!

Ungu Percaya Padaku Lyrics
Aku tak tahu apa yang kurasakan 
Dalam hatiku saat pertama kali 
Lihat dirimu melihatmu 
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu 
Detak jantungku berdetak tak menentu 
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Berikan cintamu juga sayangmu 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku 

Ku berikan cintaku juga sayangku 
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu 
Hingga akhir waktu menjemputku 
Saat ku tahu kau akan pergi jauh

Izinkan aku ‘tuk selalu menatimu 
Untuk katakan ku ingin dirimu 
Agar kau tahu betapa ku terlalu 
Mencintaimu aku akan menunggu 
Hingga dirimu kembali untukku

Tolonglah aku bagaimana diriku 
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu 
Dalam hatiku ku cinta padamu 

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Monday, July 18, 2011

1st year of Engagement!

Salam...

Alhamdulillah, hari ni genaplah setahun aku dgn Encik Tunang bertunang...


Ape da setahun?

Hoyeh, ye, dah setahun kami bertunang, mesti korang tertanya2 kan (kalau nak tanya la kan :p) bila lagi nak naik pelamin...



Setiap soalan ada jawapan, dan sekiranya soalan ni sampai pada aku, boleh tak aku jawab dengan senyuman, sebab " Senyum, tak perlu kata apa2 "..kan?

Hari ni mood ke office agak ok la walaupon tension melayan persekitaran yang sementara ni. 

Tepat 5.30 petang, mood nak balik meronta2. Kononnya nak berbuka puasa merangkap dinner bersama Encik Tunang, aisemen, azan maghrib da abis muke tak muncul2. Dengan selambanya makan kuih dangai yang abah beli kat pasar malam, padahal hati dan panas aje.

Lalu Encik Tunang pon sms, dia suruh turun bawah sbb dia da smpai. Pintu kereta dibuka, dan terlihat adik Encik Tunang da pegang sejambak bunga. Aku yg mulanya bengang tahap cipan, mulalah gugur di tasik layu. Hahaha...ada empat bunga ros kaler peach muda, melambangkan 4 tahun perkenalan kami dan ros merah ditengah2 pula menandakan setahun kami ditunangkan...so sweet..


Apa aku bagi pada Encik Tunang? Hmmm, tin sardin aje...percaya tak? Takdelah, inilah gift yang aku bagi dia. Actually memang nak belikan sempena gift 1st anniversary tapi masa jejalan kat Tangs Pavilion KL, dia cakap dia nak beli perfume. Aisemen, almost trap. Mmg trap habis bila dia da beriya2 nak g bayar kat kaunter. Nak tak nak, aku kantoikan plan aku sendiri. So, dia dapat hadiah dari aku lebih awal, ok...




So, dinner just D'Santap Asam Pedas kat Jalan Genting Klang. Encik Tunang bersama dua kuncu2nya yakni adik2 beliau memang Kipas Susah Mati kepada Asam Pedas. Steady aje diaorg hirup kuah asam pedas yg sangat lazat dan enak itu. So, kiranya no special celebration la sebab aku rushing nak balik rumah, nak tengok Juvana Episod akhirlah katakan. Yang dia plak, nak melawat 'anak2 buah' kat Sungai Buloh.





Apapun, nak ucapkan terima kasih kepada Encik Mohd Fahemy bin Poazi sebab sudi menjadi seseorang dalam hidup aku. Thanks sangat2 Abang!


♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Genap setahun...

Assalamualaikum...

♥♥Genaplah setahun♥♥
♥♥..okbai...♥♥♥



♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

My Sunday Morning...

Assalamualaikum warahmatullah...

Hai kawan...just a quick update...let the photos tell you the story!

Hari di mana aku dan Encik Tunang membantu teman yang ada interview di Bukit Bintang di pagi Ahad..

Ye terserlah kesengalan, kebahagiaan, ketekanan, ketungguan, kebekasan kejerawatan, ke ke la...

P/S : Accompanied my friend from ex Politeknik Merlimau for an interview with Air Asia. Oh ya, his name is Khairul Azuan bin Atan a.k.a Are Yul (clickthe link for his FB)










♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Thursday, July 14, 2011

"It all ends!!" Harry Potter and The Deathly Hollows Part 2

Assalamualaikum..

Hai lawan²...whooopps, hei kawan²...sihat?

Okeh, meneruskan jalan cerita....kawan² dah tengok Harry Potter tak?

Aku? Tengok bawah la der...


Kredit kepada Encik Tunang, Fahemy Poazi sebab sudi meng'Q' kan diri beliau untuk mendapat tiket on the first day tayangan...actually, aku memang tak tahu bila sebenarnya Harry Potter and The Deathly Hollows Part 2 (HP7P2) HP7 Part 2 ni nak keluar hari ni sebab sepanjang aku berjimba dan menjadi pelanggan setia di wayang² sekitar Lembah Klang, tak terlihat pun trailer HP7P2 ni...apepun, aku da berjaya membolosi tempahan tayangan kedua hari pertama tayangan uols!! On Wednesday 13/07/2011 1155p.m lagi!




Okeh, tak perlu aku sinopsiskan jalan cerita sebab bagi aku, ada baiknya korang tonton sendiri, nak² kepada mereka yang tegar, peminat mati keras (die hard fans) bagi semua sequel Harry Potter. Secara jujur dan ikhlas, ye, HP da menyelubungi hidup aku sejak sequel pertama lagi...teringat aku bangun seawal pagi, Q panjang dekat TGV KLCC semata² nak tengok HP on the first day...masa tu masih muda remaja okeh...sebab 'kaya', aku beli dua tiket untuk tayangan HP pada hari yg sama sebab 1st tayangan yg aku pegi, seat tak best. Habis tayangan, aku Q balik kat kaunter, demand nak seat yg best, akhirnya tgk la HP kali kedua selang beberapa jam.Oh, sungguh sengal waktu tu!





Last part of Harry Potter ni, segala rahsia terpendam dibongkarkan sehabis mungkin dek J.K Rowling. Lebih menjurus ke arah disebalik semua perkara/cerita/tragedi yang hanya terlihat di depan mata HP. Apa yang dilihat dari takrifan HP jauh meleset. Siapakah Albus Dumbledore, Severus Snape dan Lord Voldemort a.k.a "You Know Who"?? Betul ke HP kena mati baru Voldemort mati?? More details, tengok ler sendiri.


Lepas ni no more Harry Potter, but siapa tahu kot² JK Rowling tergerak hati nak sambung novel keturunan Potter yang seterusnya yakni Albus Severus Potter (anak lelaki Harry Potter) plak kan..no one knows! Huhuhu, well, aku memang puas hati la sebab follow this phenomenon of Harry Potter from 1st sequel until the 8th one! Seriously, after tengok HP7P2, jiwa aku kacau. Terlalu gembira, tapi sedih, resah namun redha gitu. Senang cerita, bercampur baur la. 

Di saat post ini ditaip, aku masih lagi terasa sebak dan sayu dengan ketiadaan Harry Potter lepas ni, da rupe nak meroyan da aku ni. Huh, over la ko Syuhada. Well, tak siapa yang faham melainkan korang pon fanatik macam aku. Kan kan kan?? ^_^

♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Catch up previous entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...