Wednesday, February 23, 2011

Pilihanraya Kampus Kampung Pisang

Salam...
Hye guys!!! How was your day??

OKlah, long time not update..actually, not really la kan...

Rasanya seminggu ni memang semua universiti² sibuk berpilihanraya...
UiTM pun tidak berkecuali...
Standard lah perang poster sane sini...sakit mata tau!!
Seperti pesta sampah...
CS tak de lah nak blame or boikot pilihanraya..

Semalam CS dan kawan da tunaikan kewajipan sebagai pengundi automatik berdaftar bagi mengelakkan sebarang tindakan tatatertib oleh pihak U..
Kempen sana sini, tetiba, CS tertangkap dengan poster calon piliharaya nie di wall FB CS yang mana most of my friends masih lagi belajar di merata² U kat Malaysia ni kan...yang overseas tu, tak tahu ada ke tak calon tersebut ;p
Menarik bukan?? Oh, demam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah seolah² tiada penghujungnya...sehingga dalam kuliah, elemen² dlm filem HKLBR masih berkumandang gitu!!

Ok then, nasihat CS, pilihlah calon yang bersesuaian yang mampu mendatangkan perubahan dan membawa sesebuah institusi ke peringkat yang lebih tinggi!! Undi itu RAHSIA *propa je lebey*

Till then, turra!!

If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes. 
 ♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Sunday, February 20, 2011

Lovely Sunday..Part 2

Salam...

So, this is the second entry for today!!
Yippie...why? Entah lah, tetiba CS rasa diri ni popular ala Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH (macam hareeem aje ayat kan?). Stop the nonsense!

Okeh, CS happy coz after a few years takde kaitan dengan diaorang (actually, official relationship tak wujud pon), wife of the scooter community's founder yang agak famous di KL dulu (sekarang ni pon famous lagi) still recognize CS. Siapakah CS di mata beliau?? Hahaha....ni semua gara² CS komen someone yang ajak CS berkonvoi dari KL-Kluang dengan geng² scoot. Alhamdulillah, this sister kenal lagi CS through update status in FB by Paan. Dulu, CS ada la gak join diaorang² ni zaman muda² kurus dulu. La ni, takde dah since Paan da travel entah ke mana hala di muka bumi ni. Da CS pun bawa haluan...hahaha...Apepon, "Hye Kak Wati, saya kenal lagi Kak Wati and Ah Kau dan lain² yang pernah bertegur dulu.." 
^_^

Ok, the next story is, dulu, CS close dengan sorang mamat nie, nama dia Din...inipon melalui Paan jugak. Bukan Din sorang, CS kenal Syawal (yang kini da menjadi husband kepada classmate CS), Mir, Dugong, Wong Aiman, Henry, Ira, Baby, Kak Zura, Alex, Apak and wife, Kak Wati and Ah Kau. Dunno why, but it seems that Paan ni agent membanyakkan lagi koleksi kawan² CS. Thanx Paan. Sbb Paan la jugak, CS ni kenal kawan² baru yang pelbagai backgorund. Kalau tak, CS da mcm katak bawah konkrit tau..hahaha...So, CS kenal Din ni 1st time masa berkonvoi ke Kluang.
Ini Paan, beliau mmg tak reti duduk diam di Malaysia melainkan ada komitmen kerja. Plus, sangat workaholic!

Berbalik pada cerita, Syu ni kira close juga la dengan Din sbb Din ni easy going la. Banyak cerita jugalah dikongsi bersama². Masa tu ada majlis pelancaran Visit Malaysia 2007, Din ada ajak Ira dan CS ke Tasik Titiwangsa untuk tengok perasmian Eye On Malaysia kat situ. Plus masa tu CS baru sambung Diploma in Tourism Management kat Melaka. So this event lagi membuak semangat TOURISM CS (ayat poyo okeh). After that, CS ada dtg masa Din masuk tournament F&B kat KL Convention Centre. Sebagai seorang kawan, CS datang la bagi semangat sbb our industry related each other which is HOSPITALITY. 

Saban tahun berkawan dengan dia, CS digemparkan dengan cerita tak best. CS dapat tahu dia menghidap kanser usus. OMG, masa tu room mate CS aje yang tahu keadaan CS bila dia beritahu CS dengan nada nak tak nak ttg penyakit dia. CS kenal Din ni, dia jenis yg tak nak orang risau tentang sakit dia, tak nak org prihatin. Tp, entah macam mana, dia akur dan beritahu jugak dengan teman² rapat dia. CS tak terkecuali mengetahuinya dan CS sangat TAKUT...

Untuk menafikan ketakutan, CS menjauhkan diri dari dia. CS lost contact dengan dia. CS berpura² tak kenal dia sbb masa tu 50/50 aje peluang dia utk still survive. CS tahu tindakan CS untuk berdiam diri tak kena masanya, tapi CS mmg sangat takut kehilangan kawan. Setahun lebih, CS tak contact dia, apetah lagi dia yang sedang berjuang.

Satu hari, CS ada terbaca satu status update dari Ira, dia mintak semua kawan² mendoakan yang terbaik untuk Din sbb Din tgh struggle dengan sakit dia. Dlm hati, nak aje CS contact, tapi CS terlupa yang CS da remove phone number Din dari phone list. Ya Allah, jahatnya CS ni kan. Hanya dikirim doa dari jauh aje supaya Din selamat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.

Hari ni, ada nombor asing appear di skrin hand phone CS yg cikai ni. Di SMS, jawab sepatah². Bila call, suara lelaki yang seperti tak pernah CS dengar. Ditanya siapa, didiam peribadi diri. Last², dia kirimkan MMS ini :

Inilah Din..
Ya Allah, finally he's back!!! Dalam hati CS, hanya Dia saje yang tahu gembiranya CS dapat tengok rupe seseorang yang pernah CS tgk depan² kembali sihat. Terima kasih Ya Allah sebab beri dia peluang bersama kami semula...

Nota kepada Din :: 
"Hmmm, no words to say but, cukup la Din tahu Syu masih Syuhada yang Din kenal dulu. Pasti."

P/S :: I'm such a loser in FRIENDSHIP. But i will never ever QUIT and LOSE in this game ANYMORE!!

If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes. 
 ♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Lovely Sunday..Part 1

Salam,
Hye korang, sihat?? Hopefully u guys be in good condition ^_^

Alhamdulillah, hari ni CS happy sangat..
TERAMAT SANGAT...
Kenapa?

Banyak perkara best terjadi hari nie...Bermula dari kes mak CS mengemas bilik beliau. Tetiba mak CS terjumpe khazanah lame CS.. Khazanah ape?? Tengok nie....tarrrraaaaa....
Ok, sila jangan salah faham...ini bukanlah surat peminat bagai.....the true story is, CS mmg suke sangat berutus surat dengan teman²...zaman dlu mana ada FB...mase tu just ada MIRC, ICQ dan ape tah...so, utus mengutus ni mmg kegemaran CS la...nak bergayut by phone selalu, tak mampu sebab talian tetap kan, Kang bil melambung, nk bayar pakai ape, kan? Alhamdulillah, some of my pen pal semua CS da keep in touch absolutely through FB. Hahaha, masa punggah satu² surat, tergelak kecik sampai tergelak besar la jugak...macam² cerita. But trust me, semua surat yg CS terima, mmg takde 1 surat pon berunsur cinta sbb masa tu zaman menambah kawan² for studies purposes.

So, untuk buktikan ketegaran hebat tak hebat la kan CS dan kengkawan dalam bidang penulisan, buktinya ::
Received it from my friends...
Eid Mubarak wish card from my BFFAE
P/S::can u see the 50 cent coin? How sweet it is!


A few letters from one person ; consider as my best pen pal ever!
The sweet thing - It's 10 cent coin!!
AS the result, I get 1A for my Bahasa Malaysia in my SPM...
Another HAPPY story is...please read another entry ya!!! 
Till then guys!! Turra!!

If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes. 
 ♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Saturday, February 19, 2011

Now, he got Sony DSLR-A290L

Salam....hye guys...

Its just a quick update...
Today, one of my ex-classmate when I was in secondary school told me that...
HE BOUGHT A NEW DSLR!!!!
Deep into my heart " YEAH!!!! I get a new partner to shoot here and there"
Hahaha...
so, this is the model that he bought :
Sony DSLR A290L
So, thanks God coz finally people really my close friends have it one. So, just waiting for the great moment to 'tembak-tembak' or have a simple photo shoot together. The damn bet is, he challenge me to make one of my friends become more bright!! Damn GOD, he is totally !@#$...hahahaha...

P/S :: The identity of the owner have to be private.

If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes. 
 ♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Oh Sabtu! Aku rindu pada...

Salam...

Hye korang!! Wassup?? Amacam Sabtu anda?? Da mcm talk show la plak...

Baru hari ni CS balik ke KL. Sebab semalam seharian kot beraktiviti bagai dari selewat pagi hingga hampir ke lewat malam...almaklumlah, student life katakan...CS pon takdela beriya2 sangat nak balik, tapi tak tahu nak buat ape, plus da lame tak jumpe encik tunang (seminggu aje kot), tu yg merempit balik ke KL.
Da siap untuk dating ;p
Agenda hari ni, CS gerak balik KL dlm kol 11.30pagi dari Shah Alam, dlm kol 1.30 lunch kat mapley belakang McD BB (terbaik wok!!), tengok wayang cite Sanctum 3D yang best kat Pavillion KL dan trus ke Sungei Wang beli birthday gift untuk adik Encik Tunang. 
Redeem gift contest untuk tengok Sanctum 3D yang AWESOME!!

Hmmm, CS nak shopping sikit sebenarnya, tapi Encik Tunang siap menguap bagai, trus takde mood nak shopping..so, balik la ke umah dengan muke sentap...Hahahhaa...padan muke CS.

Ok, alang2 hari Sabtu, jom serang Pasar Malam Setapak Jaya. Motif?? Pon nak shopping sikit..sikit ke??

P/S :: CS rindu plak kat kengkawan CS...dapat chatting sekejap aje dgn dia....takpe, ada masa, CS nak sgt chatting sampai lebam...hhahhaa...

Till then, turra!!

 ♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

THIS IS MY FRIDAY 18/2

Salam...

Hey guys!! What's up doc ^_^

Waaaa....how was your last Friday??
Cool enough??
Sepatutnya Jumaat merupakan hari yang dinanti²kan oleh semua orang, terutama kakitangan kerajaan mahupon student² mcm CS....
Gila tak bahagia di hari Jumaat, bukan sekadar penghulu segala hari, ianya seperti satu nikmat yang tiada nilainya ^_^

Tanpa memanjangkan cerita, inilah TENTATIF CS sebagai student yang sangat BERWIBAWA...

Seawal pagi, tak berapa nak awal la, ianya seperti di kelewatan pagi, yakni dalam pukul 10.30pagi, CS ada kelas Jepun...ok, mmg sgt kalut sbb jenuh menyiapkan Renshu (latihan) sebagai homework bagai, last² tak ditanya pulak dek sensei. Sensei Rajan ni lawak tapi ada masanya garang tetiba gitu! Tapi, best sbb dia suka berkongsi cerita semasa dia menetap di Jepun mahupon merantau ke mana²...tetiba plak dia nak buat KUIZ, ape lagi, dicapai Nihongo da hafal Kotoba (perkataan Jepun)...sungguh pon 2 chapter, huh, no komen ok~ @_@. Alhamdulillah dgn masa yg suntuk, hafal mana yang termampu, CS jawab ler KUIZ dengan hati yang merelakan..hahaha...ayat nak pasrah aje kan...

Okeh, abis aje kelas Jepun, lepas waktu solat Jumaat, CS dan beberapa classmate lain iaitu Ummy dgn Iz menyerang Dewan Sri Impian, Hotel UiTM...semua pelajar yang menerima Anugerah Dekan / Dean List dijemput ke majlis penganugerahan. Tak silap, namanya Majlis Pemantapan Akademik bagi meraikan pelajar Ijazah Sarjana dan Sarjana yang menerima Dean List. Dalam kelas CS, 5 orang yang layak menerima anugerah tu, tapi just 3 of us aje yang datang. Dikesempatan ni CS nak ucapkan TAHNIAH jugak kat Nad dan Naabila sbb dapat Dean List!! Weehooo...OK, sila nikmati gmbar² OVER kami sebelum dan selepas menerima anugerah!! Hey², CS suke gila la dgn persembahan pembukaan dan penutup coz juara UiTM Idol perform. Mereka sangat talented. CS takde gmbar diaorg coz SHyZzZ sedang nyenyak menidurkan diri dalam almari Hostel. So, guna Olympus yang tak beberapa nak perform well maybe sbb malas nak setting.
From left, CS, Ummy dan Izhar.
Versi kaler luntur!!
They
They again!
CS dan Ummy The Top Scorer!!
Dan lagi...
 Inilah Gift yang kami dapat!!



Previous AKJ @ PMM, now DL @ UiTM
Cik Ika (tengah) my ex colleague a.k.a my senior!







Lepas aje majlis tu, kitaorg shoot trus ke kelas LAW. Wow!! dua hari berturut² mengunyah terms yang sgt bombastik sehinggakan terngiang² dlm mimpi kot~ *_*...well, kali ni Madam yg cun tu menyediakan handouts slide, so, CS tak beberapa nak lost mcm kelas hari sebelumnya di mana dengan buku reference tertinggal kat hostel, belajar law dan dengar terms yang madam ckpkan tu seperti CS ni PEKAK, BISU dan BUTA. Gile takde fokus langsung CS dlm kelas LAW. But, Alhamdulillah, Jumaat yang barakah membuatkan CS agak fokus. Oh ye, CS ni cukup pantang la bila dlm kuliah, ada aje yang berborak cerita ke laut *yang takde kaitan semasa kuliah dijalankan*...so, please think about it!

Sehabisnya dari kelas LAW, CS dan kengkawan nak shoot pulak ke Dewan Agong Tuanku Canselor (DTAC), UiTM. Hey², dewan besar ni da siap okeh!! Banyak program best dijalankan. Yang paling gempak, bila VC UiTM invited all of us to watch Hantu Kak Limah Balik Rumah. Tak tahu apesal, but everywhere in UiTM ada aje adegan HKLBR. Terbaik la Mamat Khalid yg boleh dianggap sebagai Super Senior *not Super Junior okeh!* of UiTM. Wahahaha, kiranya his junior show the appreciation of the effort la!! Proud of you senior!
Cantik tak?? Inilah DTAC UiTM.
Apepon, sblum ke DTAC, CS dan kengkawan balun 2 pinggan kuetiau goreng dan 2 mangkuk laksa kat warung sebelah Kolej Seroja. Saje mengisi perot yang tak beberapa mintak diisi. Tetiba hujan. Hahaha, tak ley blah. Keadaan makin teruk bila hujan kian lebat. Tengok la gmbar² kat bawah nie, da terasa macam pegi penempatan mangsa banjir. Hahaha, cume menunya agk gempak.
Posing gedik is Cik Pah's expertise! With Jijah.
Ummy dan keadaan huru hara di belakang.
Posing² sementara menunggu hujan reda.
Ok, after Maghrib, we off to the DTAC. OMG, tak sangka ianya sangat besar dari luar. Sifat ingin tahu interior of the hall makin melonjak² ala² G-Force X yang dilancarkan ke udara *sebenarnya takde la sangat kan*. First step to the hall, WAHHHHHHHHHHHHH! Hebat sehhhhhhhhhhh! Cantek gile dewan niiiii! <------ bangga dalam hati aje. 
Dewan dan buah lai yang ranum dan juicy!
Malam ni VC UiTM bagi syarahan tentang  "Wacana Cinta Agama, Bangsa dan Negara". Sungguh pon tajuknya agak memboringkan, but pengisiannya sangatlah menusuk ke kalbu gitu! Apa yang boleh disimpulkan, VC membuka mata mahasiswa/mahasiswi untuk menjadi bertanggungjawab untuk menjadi pewaris dan pemangkin kejayaan di masa hadapan. So, tanggungjawab sebagai pengundi dan membela nasib orang Melayu terletak pada generasi muda yang bakal memimpin Malaysia kelak. Oklah, CS mmg tak pandai berpatriotik sangat, but kesedaran sebagai tanggungjawab pengundi da lame wujud. 

Hiasan semata², takde kaitan dengan phrases.
So, alang² korang yang terbaca entry ni, sila²kanlah mendaftar nama anda sebagai pengundi. Da daftar, tunggu nama korang divalidasi *xsilap 3 bulan kot*, korang da layak bergelar sebagai pengundi. Tak bangga ke dapat title PENGUNDI SAH? Tentang mana yang nak dipangkah semua tu, CS takmo sentuh lebih², cukuplah kita memilih pemimpin yang telus dan mampu memimpin ke arah kebaikan. Fullstop about politik or what so ever!

Till then!! Turra!

Thursday, February 17, 2011

Overweight? OMG..

Salam....

Hey2 guys!! Wassup...

Its just a quick update!

CS bergelumang dgn assignment yang pada mulanya tak ketara, sehingganya ianya menjadi TERAMAT KETARA tatkala mendekati dateline...biasalah, student katakan..CS baru aje siapkan outline for Public Speaking...
The topic is "Obesity, should the food industry be blamed?". 
Menarik tak? Sila anggukkan kepala...
Sungguh pon CS sekadar budak TOURISM yang sangat jauh dari sudip mahupon periuk belanga di Fakulti, all of us should conscious about our HEALTHY. 
Jom kira BMI masing2, once u get the number, let's check together whether we are healthy or not. Well, I am OVERWEIGHT. Pfffttt.... -_-

GTG. 2 classes to attend. Till then. Turra!


If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes. 
 ♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Saturday, February 12, 2011

Pabila impian menjadi kenyataan...

Salam...
Hye viewers!!! Sihat?? Amacam hari korang, best tak?? Hari ni CS tak kemana² sbb rasa nak beriadah di rumah sendiri aje.


Oklah, so inilah cerita disebalik I.M.P.I.A.N menjadi K.E.N.Y.A.T.A.A.N. Yang sebenarnya, CS da lame jugaklah pasang angan² nak memiliki DSLR. Nak kata lama sangat tu, tak berapa nak lama la...kurang dari setahun aje angan² tu dipasang sebab CS dah memiliki digital camera biasa yang CS dapat dari Encik Tunang masa hari lahir CS yang ke 23. So, takde la beriya² sangat nak beli DSLR sbb digital camera OLYMPUS FE SERIES FE-4010 yang CS dapat tu agak hebat jugalah...
OLYMPUS FE SERIES FE-4010
Tapi, perasaan nak memiliki DSLR melonjak² bila setiap kali CS berjalan² di sekitar Bukit Bintang, terutama Pavillion KL, CS tertarik dengan remaja² yang menyarung DSLR dan main 'tembak²' sesuka hati. Jadi bermulalah persoalan "Best sangat ke pakai DSLR ni??"..


Sebab lain yang kian memangkin lalu melonjak² keinginan CS bila one of my non-biological brother beli DSLR Nikon D3000 (masa tu publisiti NIKON D3100 tak wujud lagi rasanya). Tengok hasil 'tembakan' beliau, WOW!! Cantik seh!! OK, makin gila² melonjak, kawan dari sekolah menengah lain tibai sebiji DSLR lagi!! Ok FINE!! Hukumnya seakan² dah WAJIB beli sbb jealous yang terlalu ketara.


Tapi sabar dulu, ada cerita atau punca sebenar CS beli. CS hangout dgn BUDDY CS yakni Shairazi. Masa tu, orang Melaka ni nak tunjuk port baik utk skodeng KL skyview, so dibawanya CS ke Look Out Point (LOP) Ampang. Ok JUJUR!! CS yang bergelar 25 tahun sebagai warga KL 'lah sangat ni' tak pernah menjejakkan diri ke sini, okay..buat malu je kan. Adik CS yang baru 22 tahun pon da jejak ok. Ok, abaikan kemaluan itu dan terus bercerita. Masa lepak² dengan Shai, dia bawa CS ke LOP, tapi masa tu agak lengang, nak naik atas pon mcm agak tak familiar, so hajat dilupakan. Setakat tengok dari aras yang lebih rendah lagi je. Masa tu la CS lafazkan hajat CS. Eh², jangan fikir bukan² ok. CS bgtahu dia "Kan seronok ada DSLR, ley tembak² kat sini...nanti da tibai sebijik, kompom CS dtg semula ke LOP untuk tembak²". Dia pon dengan bangganya cakap, "Nanti datanglah dengan Abg Polis, baru best sikit tembak² sbb berteman". Tengok, terbaiklah Buddy CS, ingat gak kat Abg Polis..hahaha...


KL Skyview!!
Dan, setelah dilafazkan kata², kitaorg pon meninggalkan LOP tanpa perasaan sbb tak sanggop nak lepak lame²...sejuk kot plus mata pon agak rabak. Sebenarnya sebelum ke LOP,  CS ajak dia kuar makan kat mapley Seksyen 2 Wangsa Maju. Siap tibai Nasi Lemak Ayam+Telur bagai, tapi CS mengadu kat Shai yang CS lapar lagi (nafsu makan tetiba uncontrolled). Ape lagi, Shai ajak plak makan kat Burger King tepi Jalan Gombak. Mmg gile kentang la. Sbb nak digest kerakusan kami sebagai pelahap, tu yg perjalanan diteruskan ke LOP. (Apelah cerita tak tersusun, layankan aje...sedangkan Star Wars yg episod tunggang terbalik sanggup plak korang susun, kan? ;p)


Keesokkannya, CS usulkan niat di hati ni kepada Mak CS, CS cakap la nak beli atas tujuan pembelajaran, so mak pon luluskan. Sungguh pun emak CS sekadar banker tak bertauliah memegang amanah kewangan CS, mak CS mmg superb! Sayang kamu Puan Kalsom! Okeh, lantas hp dicapai dan text Shai trus ok. "Shai, petang free? Jom usha² DSLR kat Low Yatt". Dia pon okay aje!! Punya fleksibel la buddy CS.


OK, setibanya di Low Yat, mmg CS da menggigil²...niat nak window shopping aje, tapi kian melonjak nak tibai sebiji!! Kedai pertama, TEEEETTTTT, reject sbb melambung sangat harganya...terus ke kedai kedua, "OK, I PAY CASH"...hahaha, sungguh tak bersungguh² ler CS nak usha semua kedai yang ada dalam Low Yat. Si Shai pon diam aje. CS ni bukannya terbaik dan tekun untuk usha ke semua outlets yang ada dalam Low Yat. Korang pon tahu kan kehebatan Low Yat. Yang rajin, mmglah rajin. Tapi BUKAN kelebihan CS. D3100 da jadi milik CS!! Yess!!


CS tak pernah lagi bawa SLR ke LOP sbb kekangan masa ditambah pula CS sentiasa di Shah Alam. So, tanggal 11/02/2011, CS bawanya ke LOP bersama BFF CS. Yeay!! Sungguhpon bateri DSLR tinggal satu bar aje, gigih juga CS paksanya tembak². Happy tgk BFF CS posing bagai, DIVA katanya...hahaha...seronok gila sebab angan² nak memiliki DSLR dipasang kat LOP, dan realitinya pon dibawa semula ke LOP. Banyak sungguh sentimental value, kan?

 P/S :: Gambar² di bawah ni campur dengan lokasi lain ek...jadi, layan aje!! ^_^


My BFF - Cik ZueZoey













Setibanya di Look Out Point Ampang!!










 



So, morale of the story, angan² mestilah disekalikan dengan usaha dan tawakal, barulah kepuasan itu menjadi hak milk setiap insan. Sungguh entah apa² endingnya kan... ;p


Till then, turra!!


If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes. 
 ♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

Catch up previous entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...