Hai kawan2...poyo tak title entry nie? Bukanlah promosi sempena musim perayaan ye. Oklah, semalam 18-08-2011 merupakan tarikh tercetusnya keseriusan tahap kecipanan perhubungan teruna dan dara. Zaman chenta muda remaja dolu2 kala.
Alhamdulillah, genap sudah 4 tahun ber'kawan' dengan yang dulunya boyfriend aku, tapi la ni da upgrade menjadi encik tunang. Teringat balik empat tahun yang lepas, kesimpulan yang boleh dikongsi adalah "R&R Tapah". Ok, fullstop! :p
Oklah, disebabkan hari ni agak ke'busy'an dok meng'clear'kan pending file sebelum diwasiatkan kepada insan2 terpilih, aku takde masa nak meng'sms' beliau dengan sewajarnya. Takde masa noks sehinggalah dapat 1 message dari beliau "Nanti jangan lupe tengok FB ye"...so, inilah luahan hati seromantik habis Mohd Fahemy bin Poazi merangkap Encik Tunang.
Oh, romantik juga beliau ni. Sebenarnya Encik Tunang ni jarang benor la meng'update' FB jika nak dibandingkan dengan aku yg tegar nie. Tegar ke masalahnya? So, once dia update, tak sangka kawan2 like termasuklah kawan2 sekolah aku sendiri. Apapun, terima kasih kawan2 Encik Tunang dengan aku skali. Korang doakan segala perancangan kami berjalan lancar.
So, pagi 18-08-2011 dicemari dengan kemarahan bos sebab previous case di mana aku ter'key-in' flight details yang salah menyebabkan company kena tanggung RM11k atas kecuaian aku sendiri. Walaupun pihak lain dikatakan menjadi masalah bertambah masalah, bagi aku, kalau bukan angin, masakan pokok bergoyang. Disebabkan kes ni agak lampau, so, aku da redha aje kena marah dengan bos sebab dah lame dah bersedia untuk hadapi semua ini. Ok, jujur aku cakap, aku malu dengan segan dengan kawan sekerja lain sebab suara pitching melangit bos kecik yang fizikalnya besar tu menyebabkan 1 floor kot boleh dengan walhal bos besar yang kecik fizikalnya maintain aje. Dan sekali lagi aku jujur, aku memang tak suke beliau sebab aku rasa tension kerja adalah disebabkan dia. Aku rindukan yang lame, lebih membantu dari membebani atau terus menuding jari. After 5 minutes meeting, muke sentap boleh terus ceria. Hahaha, buat apa nak ketat2 dik non, kemonlah, bulan puasa kot.
Ok, petang tu company ada buat majlis berbuka puasa sesama staff. Ok, aku ulang balik, MAJLIS BERBUKA PUASA beramai2 di Restoran Q Thai Taman Dagang. Aku jujur lagi, aku memang fail dengan Ampang, sangat kritikal kebengapan aku terhadap geografi Ampang ni. Haish...Ok, majlis buka puasa ni tak beberapa nak mencapai objective bila yg bukan seagama terus makan dan melantak tanpa mengira sensitiviti yang lain. Aku respect certain table yang berkongsi dengan mereka berpuasa sama2 menunggu waktu berbuka walaupun ada juga cubaan menyeludup sesuap makanan ke dalam mulut. Well, bagi aku itu ok sebab anda menjaga adab. Yang lain serumpun seakan2 seperti "tiada lagi hari esok" terus melahapkan diri bagaikan rakyat Somalia yang jumpa set steamboat di tengah gurun pasir. Apapun, anda yang sebegitu terlalu cukup matang bagi aku untuk menyekolahkan kalian. Lu Pikirlah Sendiri, kan!
Alhamdulillah, rakan semeja aku adalah Kak Nadz dan hubby beliau, Abg Fauzi, Aida Noyot, Haliza, Aleeya dan Asiah mengamalkan sikapjimat cermat kerana terlalu takut akan sign "100g = RM10.00" sekiranya makanan berbaki dan dibazirkan. So, makan apa yg perlu plus aku mmg agak kurang sikit dengan steamboat dan dicampur dengan ke'alergic'an aku terhadap seafood. Tepat pukul 2030, ape lagi, cabooootttt la...
So, deal dengan Encik Tunang untuk celebrate mana yang sempat memandangkan beliau dan adik beliau sedang syok bershopping di Pavilion KL. Ingatkan nak lepak kat Tutti Frutti, tapi disebabkan da melantak 3 1/2 scoop of ice cream masa berbuka tadi, terus deal dengan Encik Tunang just menge'teh' di NZ Curry House Wangsa Link. Tak perlu restoran mewah berseafood bagai mahupun diluar kemampuan poket dan perut. Cukuplah sekadar bersama seketika dan ditemani future in law lil brother. Aku just having tosai with nescafe ice, Nescafe o Suam for Encik Tunang dan Nescafe O Ais for budak kecik tu.
Berborak kosong dengan hero-hero Malaya ni sedikit sebanyak dapat meringankan tekanan tempat kerja. Sungguhpun diaorang mungkin blur-blur dengan kerja aku ni, at least, mereka sudi meminjamkan telinga mendengar 'anak emak' ni merengek2. Ok, sangat happy sebab diaorang layan kebengongan aku ni. Thanks!
So, in conclusion, hanya bermodalkan RM 7.80 aje kami raikan ulangtahun perkenalan ke-4 ni di NZ Curry House Wangsa Link. Jimat bukan? Ok, sebenarnya Encik Tunang da bagi gift in a week advance sebab kebetulan dia bagi tu waktu kami sibuk menyopping di Sogo KL. Cerita banyak pun tak guna, tengok ler hadiahnya. Da macam menang peraduan la plak.
♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥

















