Salam...
Hye kawan²...
Mesti korang perasan kan. Masuk² aje blog aku ni, terus nampak sandal cap Bata menyinggah di mata anda...
Hahaha, maap ler kawan², bukan berniat untuk meng'kurang ajar', cume bagi aku, ada cerita tersendiri (ayat poyo gile). Terniat gak nak letak gambar aku yg kiut miut, tapi nampak benor la poyo kan nanti..
Huh, semalam beriya² la jugak aku mengemaskini blog aku yg berdaki ni, new look ni okeh x? Hopefully ok la ek, yang penting layan gambar besaq² kan...bersemangat sikit nak upload hasi tembakan aku lepas ni...
Bercerita tentang sopan tak sopan ni, hmmm, aku dah mula give up. Penat rasa hormat, nama aku dijerit bagai orang bodoh ditengah² kesibukan kota raya (paham ke korang?). Oklah, senang cerita, sorry to say, aku dah mula rasa B.O.S.A.N dengan mereka di atas. Biasalah, sedangkan yang lama pun masih ada salah silapnya, apetah lagu yang muda remaja macam aku ni buat silap kan. Bila ditanya, aku dijeritnya. Bila buat sendiri, double menjerit jadinya. Jadi, apekah penyelesaiannya, tunggu aje la masa berlalu..
Oh ya, sekiranya tahun depan masih berpeluang mempunyai masa sebegini, memang aku akan ke persekitaran yang baru, mungkin persekitaran yang lebih matang dan lebih membuka mata kepala aku sendiri. So, akhir kalam, beranikan diri ke dunia baru. Biar terjatuh pada awalnya, pasti kelak kita dapat berlari dan tak perlu menoleh pada yang tak tentu tujuannya.
~Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan hanya melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).~
♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥