Hye viewers!!! Sihat?? Amacam hari korang, best tak?? Hari ni CS tak kemana² sbb rasa nak beriadah di rumah sendiri aje.
Oklah, so inilah cerita disebalik I.M.P.I.A.N menjadi K.E.N.Y.A.T.A.A.N. Yang sebenarnya, CS da lame jugaklah pasang angan² nak memiliki DSLR. Nak kata lama sangat tu, tak berapa nak lama la...kurang dari setahun aje angan² tu dipasang sebab CS dah memiliki digital camera biasa yang CS dapat dari Encik Tunang masa hari lahir CS yang ke 23. So, takde la beriya² sangat nak beli DSLR sbb digital camera OLYMPUS FE SERIES FE-4010 yang CS dapat tu agak hebat jugalah...
![]() |
| OLYMPUS FE SERIES FE-4010 |
Sebab lain yang kian memangkin lalu melonjak² keinginan CS bila one of my non-biological brother beli DSLR Nikon D3000 (masa tu publisiti NIKON D3100 tak wujud lagi rasanya). Tengok hasil 'tembakan' beliau, WOW!! Cantik seh!! OK, makin gila² melonjak, kawan dari sekolah menengah lain tibai sebiji DSLR lagi!! Ok FINE!! Hukumnya seakan² dah WAJIB beli sbb jealous yang terlalu ketara.
Tapi sabar dulu, ada cerita atau punca sebenar CS beli. CS hangout dgn BUDDY CS yakni Shairazi. Masa tu, orang Melaka ni nak tunjuk port baik utk skodeng KL skyview, so dibawanya CS ke Look Out Point (LOP) Ampang. Ok JUJUR!! CS yang bergelar 25 tahun sebagai warga KL 'lah sangat ni' tak pernah menjejakkan diri ke sini, okay..buat malu je kan. Adik CS yang baru 22 tahun pon da jejak ok. Ok, abaikan kemaluan itu dan terus bercerita. Masa lepak² dengan Shai, dia bawa CS ke LOP, tapi masa tu agak lengang, nak naik atas pon mcm agak tak familiar, so hajat dilupakan. Setakat tengok dari aras yang lebih rendah lagi je. Masa tu la CS lafazkan hajat CS. Eh², jangan fikir bukan² ok. CS bgtahu dia "Kan seronok ada DSLR, ley tembak² kat sini...nanti da tibai sebijik, kompom CS dtg semula ke LOP untuk tembak²". Dia pon dengan bangganya cakap, "Nanti datanglah dengan Abg Polis, baru best sikit tembak² sbb berteman". Tengok, terbaiklah Buddy CS, ingat gak kat Abg Polis..hahaha...
| KL Skyview!! |
Keesokkannya, CS usulkan niat di hati ni kepada Mak CS, CS cakap la nak beli atas tujuan pembelajaran, so mak pon luluskan. Sungguh pun emak CS sekadar banker tak bertauliah memegang amanah kewangan CS, mak CS mmg superb! Sayang kamu Puan Kalsom! Okeh, lantas hp dicapai dan text Shai trus ok. "Shai, petang free? Jom usha² DSLR kat Low Yatt". Dia pon okay aje!! Punya fleksibel la buddy CS.
OK, setibanya di Low Yat, mmg CS da menggigil²...niat nak window shopping aje, tapi kian melonjak nak tibai sebiji!! Kedai pertama, TEEEETTTTT, reject sbb melambung sangat harganya...terus ke kedai kedua, "OK, I PAY CASH"...hahaha, sungguh tak bersungguh² ler CS nak usha semua kedai yang ada dalam Low Yat. Si Shai pon diam aje. CS ni bukannya terbaik dan tekun untuk usha ke semua outlets yang ada dalam Low Yat. Korang pon tahu kan kehebatan Low Yat. Yang rajin, mmglah rajin. Tapi BUKAN kelebihan CS. D3100 da jadi milik CS!! Yess!!
CS tak pernah lagi bawa SLR ke LOP sbb kekangan masa ditambah pula CS sentiasa di Shah Alam. So, tanggal 11/02/2011, CS bawanya ke LOP bersama BFF CS. Yeay!! Sungguhpon bateri DSLR tinggal satu bar aje, gigih juga CS paksanya tembak². Happy tgk BFF CS posing bagai, DIVA katanya...hahaha...seronok gila sebab angan² nak memiliki DSLR dipasang kat LOP, dan realitinya pon dibawa semula ke LOP. Banyak sungguh sentimental value, kan?
P/S :: Gambar² di bawah ni campur dengan lokasi lain ek...jadi, layan aje!! ^_^
| My BFF - Cik ZueZoey |
Setibanya di Look Out Point Ampang!!
So, morale of the story, angan² mestilah disekalikan dengan usaha dan tawakal, barulah kepuasan itu menjadi hak milk setiap insan. Sungguh entah apa² endingnya kan... ;p
Till then, turra!!
If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes.
♥♥♥♥♥♥TQVM FOR READING THIS POSTS♥♥♥♥♥♥





