Tuesday, November 30, 2010

Kahwin Kahwin Kahwin...Mestilah Nak!!!

Salam.....
Weeehuuu.....Lagi 1 minit cecah pukul 4.00 pagi di pagi Selasa...
Da baca entry aku sblum nie???
Hmmm.....lupakan benda2 sedih nie....
Malas nak pikir...
Ayuh fikirkan masa depan....

M.A.S.A D.E.P.A.N

Apa perancangan masa depan korang???
Nak kata azam tahun 2011 pon boleh jugalah...
Aku pon ada azam/perancangan masa depan....

Aku Nak Kawin!!!!
*Gatal sungguh statement aku*

Oklah, sebenarnya bukan gatal mengenyam/merela ke atau ape2...
Aku sebenarnya excited secara tiba2...

Bermula waktu aku dengar adik aku bercerita mengenai kad jemputan kahwin dari Indonesia yang sangat murah...
Murah??? Murah macam mana??? Aku pun tak tahu...
Sebab dia bercerita pun kerana dia ternampak katalog salah sorang staff opisnya...
Aku ada jugak suruh dia pinjam katalog tu dari akak tersebut, tapi sampai la ni aku xdapat...

Lagi nak menyemarakkan rasa excited tu...
Bila salah sorang classmate aku kat UiTM siap bermimpi majlis perkahwinan aku...
Siap dia terjaga mimpi sambil tersengih2 lagi...
Dia cakap dia salah seorang orang kuat masa wedding aku tu 
*wedding dalam mimpi*
Dia masih ingat susunan khemah, meja kerusi....
Aku pon bertambah excited nak tanya dia lebih detail tentang kenduri kawin tu...
Aku pun tanya apa warna tema...
Sebab aku mmg tak terpikir ape2 warna lagi...
Dia cakap dlm mimpi dia, aku dan pasangan pakai baju yang bertemakan warna hijau...
Dalam kepala aku terlintas sewaktu wedding Megat dan Wani lepas...
Agak teruja la jugak sebab ada orang dah bertandang ke majlis perkahwinan aku dalam mimpi....hahahhaa....

Lagi semarak gila2 bila.....
*jeng jeng jeng*
Aku dan tunang pergi ke Pameran Pengantin di PWTC...
Al-kisahnya, plan nak pergi Expo MAHA dekat Serdang...
Kelihatan cuaca seperti tak mengizinkan...
Ditambah pula Puan2 Kpochi bgtaw sangat crowded di Expo MAHA,
Maka kami pun melencong lah ke PWTC....
Ni pun hasil maklumat dari informer tak berbayar...
Iaitu adik aku - ala, yang bgtaw pasal kad kawin Indon tu...

Mesti korang tertanya2 kan adik aku keje ape...
Sebab dia jadi informer hal2 kahwin nie...
Sebenarnya adik aku ni akauntan 'gaji lambat' kat salah sebuah syarikat katering...
So, kebetulan company dia ada bukak booth...
Tu yang dia bgtahu aku ttg pameran tu...

Berbalik kepada cerita asal,
Aku punyalah rambang mata bila tengok sume particle2 penting dalam sebuah majlis perkahwinan...
Dari katering F&B, fotografi/videografi, kad jemputan, goodies, pelamin, persalinan pengantin dan ape2 aje lah...
Ya Allah, 
Tetiba aje rasa melonjak2 pulak nak berkenduri kendara 
So, hampir setiap booth aku dan tunang dapatkan quotation...
Macam2 la....
Jujur aku cakap/taip/bgtahu....

EXCITED sangat WOOOO :p

Lebih2 lagi tengok kad jemputan yang sangatlah unik dan kreatif...
Dari 35 sen sekeping sampailah ke harga 250sen sekeping....
Macam2 design dan pattern yang ada....
Yang betul2 menarik pandangan aku masa tu...
Ada beberapa design kad kawin bajet yang menggunakan material kulit buku tulis sekolah yang kaler coklat tu....
Mmg cute gila...
Tak kurang juga yang berinspirasikan design kad ucapan ala2 kad birthday tu..
Yang cun sekali, kad jemputan seolah2 poster filem...
Ala, yang selalu kita tengok wayang tampal kat sebelah kaunter tiket tu...
Memang smart gilalah!!!

Huhuhu....nasib baik la kami akan berkawin bukan dalam masa terdekat,
Sebab semua yang ditawarkan tu bukanlah seperti beli Sugus di kedai Ah Fatt..
Lebih2 lagi aku yang masih menuntut ni...
Banyak belanja woo....
Kakak aku pun cakap 'Boleh tengok aje la'...

Apepun, jodoh, ajal maut semua telah ditentukan olehNya...
Kita sekadar merancang dan berikhtiar serta bertawakal...
InsyaAllah, ada jodoh tak ke mana...

Yang wajib dulu diutamakan, ada lebihan baru la boleh tambah2 sikit...

Last but not least, 
Tak salahkan berkongsi keterujaan ni dengan kalian yang sedang membaca....kan???

~Turra~
0430/30112010


Monday, November 29, 2010

Nota buat Nur Haniza Mangsor

Salam.....
Sedeynyer.....
Finally aku 'jumpe' adik angkat aku....
But not in reality...just in FB

Aku da terjumpe akaun Facebook dia....
Search dengan nama betul dia, tapi still tak jumpe...
Tetiba, aku tergerak hati nak ikhtiar macam mana sekali pun...
Sebab aku tahu hari ni, semua jiwa2 muda macam kita semua pastinya ada akaun Facebook...

Saban hari aku mencari...minggu....bulan...tahun (not really laa)
Akhirnya aku temui....
Ya Allah, gembira yang teramat aku rasakan...
Apa lagi, aku pun klik "Add As Friends"...

Hari kian hari, bulan kian bulan...tahun menghampiri tahun....
Dia masih lagi tak approve...
Mungkin pending banyak sangat...

Jadi aku pun ikhtiar untuk text through INBOX dia...
Mesej demi mesej...
Hari demi hari....
Aku masih menunggu...
Namun..
Masih tiada lagi....

Boleh dikatakan aku sering terlihat senarai approval friends update dia melalui wall aku....
Aku pun terkedu....
Hari demi hari...
Minggu demi minggu....
Bulan demi bulan....
Kian ramai yang di'approve'kan...
Tapi aku??

Lalu terlintas satu soalan dalam benak hatiku....

APA SALAH AKU????

Dulu, semasa aku berada di Tingkatan Dua, aku dan sebilangan temanku berbaju BIRU...
Tahun pertama aku dilantik sebagai Pengawas...

Dalam satu perhimpunan dalam dewan di sekolah aku,
Aku memerhatikan tingkah pelajar sesi petang dalam dewan...
Sekiranya ada yang bermain2 tatkala perhimpunan diadakan, tindakan akan diambil...
Itulah tugasan seorang Pengawas yang menjadi pembantu guru2 di sekolah...

Tiba-tiba, aku terlihat sepasang pelajar perempuan nakal sedang menyakat seorang pelajar perempuan lain yang kelihatan sangat tak terdaya melayan pasangan tersebut...
Aku lihat muka dia...
MENANGIS!!!
"Ish, apesal pulak tengah2 perhimpunan dia boleh nangis...rasanya takde ape yang disampaikan oleh cikgu mampu menyentak hasti sesiapa"...

Semasa perhimpunan bersurai, aku dapatkan pelajar perempuan tersebut,
Aku menyapa andai aku mampu membantunya...
Dengan tanpa memikirkan orang asing yang menegurnya...
Mungkin kerana melihat aku berbaju biru dan rasa selamat untuk memulakan kata-kata...
Dia pun memberitahu yang dia sakit hati kerana asik dibuli oleh pasangan tersebut...
Entah macam mana aku menenangkan hatinya...
Dia tidak menitiskan airmatanya lagi...
"Dik, kalau ada apa2 yang akak boleh bantu, bagitahu aje la..."
Dia membalas dengan senyuman....
Cukup senang hati aku melihatnya tersenyum dan matanya seakan2 tenang dan rasa selesa...

Hari demi hari,
Entah macam mana aku boleh rapat dengan junior aku...
Dia ingin jadikan aku sebagai kakak angkatnya...
Waktu tu, menjadi kebiasaan kepada senior2 untuk mempunyai adik angkat...terutama berlainan gender...
Tapi TIDAK bagi aku...
Aku ada ramai adik2 lelaki...tak terlayan aku dibuatnya waktu itu...
Disebabkan aku tak ada adik perempuan, 
Aku mengiyakan sahaja...sebab aku memang takde adik perempuan...

Hubungan kami makin hari makin rapat....
Dia seorang insan yang aku kagumi...
Mungkin dia sendiri tak tahu aku bangga dengan dia...
Dia sangat bijak, mempunyai keluarga yang memahami...
dan sangat berbakat dalam memainkan instrument muzik seperti BIOLA...

Tak sangka, budak yang kelihatan sangat sederhana ini mempunyai kekayaan yang tak terjangkau dalam pemikiran aku....
Aku kenal dia sebelum aku tahu siapa sebenarnya dia...
Aku rasa diri aku sangat kecil...
Ada juga yang menghunus kata2 pedih pada aku...
Aku ambil kesempatan terhadap dia....
Sebab nak adik angkat yang hebat sahaja....
Ya Allah....

Saban tahun aku terasa sakit memikirkan perkara yang tak berbaloi dalam hidup aku...
Aku hilang pertimbangan...
Aku tekad...
"Aku akan lepaskan dia"...

Tatkala kata2 aku sampai kepadanya,
Muncul rasa amarahnya terhadap langkah sumbangku...
Dia menangis....
Aku tak tentu arah...
Ya Allah, kenapa aku hilang pertimbangan...kenapa aku sanggup membuat dia menangis...
Jauh di sudut hati aku aku tak merelakannya...
Kenapa aku asyik terfikirkan menjaga perasaan yang lain tapi tidak pula terhadap hati dan perasaan aku dan dia...
Dia terus menjauh tanpa sebarang kata...
Aku??? Hanya melafazkan kata2 BODOH terhadap diri aku....

Aku teringin nak bagitahu dia...
"Adik, maafkan akak...akak tak matang waktu tu....akak lepaskan adik waktu akak hilang pertimbangan...akak dan adik tahu betapa kita sayangkan perhubungan kita...akak kenal adik waktu adik masih bukan sesiapa waktu itu...makin dewasa, makin segar akak ingat langkah sumbang akak dulu...akk tahu akk bodoh....maafkan akak...Hari ni, akak tahu adik dah berjaya dalam mengejar cita2 adik...akak bangga dengan adik...akak sentiasa ingat adik...walaupun tiada apa2 di antara kita, tak pernah lekang mendoakan kejayaan adik....Akak tetap sayang adik sampai bila2...sehingga saat ini akak tak pernah menafikan betapa sayang dan rindu terhadap adik..."

T_T





Sunday, November 28, 2010

3 Idiots

Salam....
Weehooo....
Wassup2....
Hari ni (actually semalam) baru la aku berkesempatan nak godek2 hard disk yg aku 'servis bertukar tangan' kepada one of my classmate...Mista Push...
Banyak jugak ler cerita yg disedut masuk ke hard disk aku...
Rasanya satu hari satu cerita aku boleh layan...
Jangan jeles ye kengkawan...


Hari ni,
Masih lagi hangat khatam cerita salah satu movie yang disedut iaitu....
Jeng jeng jeng...
3 IDIOTS....




Cerita hindustan ni...ditayangkan pada tahun 2009...
Seingat aku, 1st time aku tgk poster movie ni masa kat depan GSC MidValley Megamall Bangsar...
Tengok poster agak blur2 sikit...
Niat nak tengok, apekan daya *cewah* 
Ada urusan lain yang perlu diselesaikan....
So, saat ini, aku dah tengok movie tersebut...... *hahahahaha*

Cerita ni mengisahkan tentang 3 sahabat iaitu Racho (Aamir Khan), Farhan dan Raju yang memasuki ICE - kolej yang terhebat dalam bidang kejuruteraan. Nak dijadikan cerita, lebih kurang cerita Mohabbatein, mereka  bertiga ni ber'roommate' bersama. Kisah ini bermula apabila Farhan, Raju dan Chatur bertemu semula seperti yang dijanjikan pada 5 September setelah janji dimetrai pada 10 tahun yang lalu tetapi Racho tidak muncul pada hari perjanjian.

Racho seorang genius dalam bidang kejuruteraan ni seorang yang agak nerd, nakal, kreatif, inovatif dan sangat menyayangi orang yang rapat dalam hidupnya. Dia menggunakan identiti anak orang kaya yang sangat berpengaruh supaya anak orang kaya tersebut dapat memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan walhal hasil usaha Racho. Banyak mesej yang cuba disampaikan oleh watak yang dilakonkan oleh Aamir Khan ni. Jujur dan ikhlas, aku nangis tengok cerita ni sebab Racho!!!

Farhan, seorang pelajar yang dipaksa menurut kehendak keluarga yang inginkan beliau menjadi seorang jurutera, walhal beliau sangat menggemari dunia fotografi. Kerana menghormati kehendak bapanya yang tegas, segala minat terhadap dunia fotografi diketepikan demi mengejar cita2 ayahnya yang seakan2 Jeneral Hitler. Beliau berubah setelah dimotivasikan oleh Racho.

Raju yang berasal dari keluarga yang susah mempunyai minat mendalam terhadap bidang kejuruteraan demi memperoleh pendapatan yang tinggi untuk menyara keluarga yang serba kedaifan. Lebih2 lagi kasih terhadap kakak yang terpaksa menanggung mas kahwinnya iaitu sebiji kereta. Racho banyak berjasa dalam keluarga Raju. Racho banyak berjasa dalam keluarga Raju. Oleh kerana Raju dan Farhan tidak secerdik Racho, mereka berduasering diancam oleh Pengetua I.C.E yang sentiasa nak cari gaduh. Tension gila bila korang tengok watak Pengetua. Pengeta yang ambil masa 7.5 minit untuk lelapkan mata sambil mencukur janggut. Pelik sungguh.




Untuk dapatkan lebih feel, aku cadangkan korang tengok la cerita ni sendiri. Filem terbaik dalam memotivasikan diri kita. Ceduklah mesej2 yang cuba disampaikan melalui filem ni. Aku bagi 5 star la untuk cerita ni. Bukan setakat jalan cerita, tapi graphic dan effect yang diterapkan dalam filem nie amat baik. Landskap penggambaran pon cantik gile, terutama ending...kat mane pon aku xtahu...

Selamat menonton ye kawan...

P/S :: Tunggu komen2 aku untuk Filem Ngangkung pula ye....mata da redup2 nie...mampu ke nak ke Pameran Maha esok ek....

Saturday, November 27, 2010

W.E.L.C.O.M.E to da BLOGGER's WORLD!!!!

Salam....
Ehem2....
Nak selit lagi satu entry...
Saja nak ucapkan
Selamat Datang Ke Dunia Blogger 

K.E.P.A.D.A
Nur Hidayah a.k.a 
Dayah Hot....Dayah Gebu....Dayah Gojes....
katanya tertekan kedua-dua teman baiknya asik update blog...
siapa lagi kalau bukan Cik Aniz dan Cik Vna....

Apepun, harap beliau have fun dengan berblog....
Sometimes blog ler medium terbaik untuk merapu meraban....
Mungkin juga menyatakan sesuatu dalam bentuk karangan...

All the best Cik Dayah HOTTTTTT!!!!

Friday, November 26, 2010

Nak update blog...tapi...

Salam....
Wassup guys!!!
Weehuu....
Aku masih mencari mood untuk update...
Tapi entah kemana mood itu pergi...
Melarikan diri kot...
Apepon, insyaAllah aku akan update ini blog secepat mungkin....
Ada banyak cerita nak dikongsi....
Sampai masanya nanti, aku update ok...
Jadi, have fun dengan previous blog dulu ok...

Myself with future sister-in-law...



Friday, November 5, 2010

Kita bersaudara....

Weeehuuuu....
Menaip entry dalam gelap seawal jam 2.03 pagi di hening Deepavali....

Back to the topic....Kita bersaudara...
Mesti korang pernah bertegang urat, menyumpah seranah, bertekak terkik dengan adik beradik korang kan???
Aku pun tak terkecuali...

Semakin dewasa, semakin tertawa aku mengenang kisah dulu...
Manakan tidak, terasa bodoh dan sengal aje bila bertekak...
Memang la masa insiden berlaku, memang tak pikir dunia...
Yang penting nak tunjuk siapa hebat...
Walaupun agak mengarut juga apa yang ditekakkan...
Tak kurang juga sesuatu yang benar turut dipertikaikan...

Aku yang membesar di kalangan 5 adik beradik yang lain (masuk aku 6 orang), 
tak putus2 'mengeratkan' silaturrahim dengan mereka dengan cara2 seperti di atas (mls nak taip ^_^)
Pernah lah sampai aku menyesal kenapa aku ada mereka2 nie....
Waktu tu, memang otak tak waras...
Rasa amarah kuasai diri....

Bila dah reda rasa yang dibisik dek syaitan yang sentiasa 'mengarah' dalam keadaan yang tak waras,
Mulalah datang rasa bertimbang rasa....
Walaupun ego agak menebal, tapi jauh sudut hati dah mula memaafkan...
Cuma berat untuk dilafaz dengan kata2....
Aku bukan begitu...
Meskipun aku jenis cepat terasa, memendam rasa dan segala rasa ini rasamu sekali pun...
Kalian tetap darah daging aku....\
Bak kata kakak aku...gaduh2 sekali pun datang dari satu mak dan satu abah yang sama....
Meskipun bertindak tak matang sekali pun, terpulang lah pada pertimbangan masing2...
Penilaian diri akan wujud sendiri bila jiwa dan hati dah tenang....

Apepon, aku tetap sayang Emak, Abah, Ekin, E-Sham, Aku, Syawal, Chaie dan Olan...keluarga besar pun aku tetap sayang....cume segelintir tu...hmmmm.....bawak2 lah sedar diri...
Abah dan Emak

Adik beradik...

Nevertheless, love your family as much as you can because they are PRICELESS!!!

Thursday, November 4, 2010

Berhenti berharap...

Kalaulah aku mampu ubah segalanya....

Sedih rasanya kan bila benda yang kita harap menjadi milik kita...
tak mungkin kita miliki...
Hati sentiasa meminta walaupun sudah ada,
tapi bukan yang diharapkan...

Aku ingat aku kuat, 
aku ingat aku tabah, 
aku ingat aku mampu pertahankan ego ku....
Tapi aku sekadar manusia biasa, 
tak lari dari memungkiri janji....
Aku tak mampu lagi menunggu...
tak mampu lagi aku termangu menanti kamu....

Maafkan aku kerna langkah kehadapan tanpa memikirkan mu...
Walaupun aku cuba menjauhkan diri dari kamu, aku...
aku masih mengharapkan kamu...

Ya Allah, cekalkan hati hamba-Mu yang kerdil ini Ya Allah...
sesungguhnya aku masih mendambakan pertunjuk-Mu Ya Allah...
Berikanlah aku ketenangan yang Engkau janjikan Ya Allah...

Tuesday, November 2, 2010

Keluar dewan exam awal???

Wah, makin sakan nak menaip....
Sekarang kan musim final exam sane sini....
Tak kisah la kat mane2 sekolah mahupon kolej, politeknik mahupon universiti....




Dari dulu aku tertanya....
BAGAIMANA....
calon2 exam boleh keluar awal setiap kali exam ek???
Diaorang ada masa yang banyak ker???

Aku tak tahu ler kenapa....
Bagi aku, selagi ada masa, gunakan sehabis mungkin....
At least ada satu kepuasan masa keluar dewan exam....

Well, aku percaya, masing2 ada reason tersendiri...
Kalau keluar exam awal sebab mmg dah yakin dapat skor sume soalan, mmg tabik spring toing toing!!!
But, if not, hmmmm, gunakan kaedah goreng-tologi bak kata Cik Pah ^_^

Apepon, berbekalkan usaha dan pengorbanan, 
Tak mengapa kita bersakit2 dahulu....
Cuti sem nanti claim balik baki tidur tertunggak....

Huhuhuhu...apepon, 
Cuti sem nanti nak jalan jauh2...nak cari ketenangan...
Dan memulihkan mata Kungfu Panda 0_0...
dark circle masih menebal....
TAK CUN LER!!!!

ALMOST THERE~

Salam2....
Wah berkurun rasanya tak menaip...hahaha....bawak bertenang ye kawan2...
Sekarang ni tengah Final Exam....
InsyaAllah, lagi satu paper aje yang tinggal....itupon on 7 November nie...
Huhuhu....tak sabarnya nak habiskan Part 1 di UiTM nie...
hohoho....

Alhamdulillah, hampir satu semester di sini,
aku mula menyeru kembali Syuhada di Politeknik Merlimau dulu....
Kali ni Syuhada seorang yang sangat pendiam, 
masih lagi ceria dan yang paling penting masih gila2....
Walaupun sangat merindui kawan2 14DUP06, 
ku terus melangkah ke hadapan demi cita2 dan harapan keluargaku....

Alhamdulillah, rezeki tahun 2010 melimpah ruah....
Seperti ramai yang tahu, banyak perkara menyeronokkan terjadi....
Tak kurang juga yang menyentuh hati bila ada yang kembali ke Rahmatullah....

Apapun, nak berkongsi cerita....
Alhamdulillah, tak sangka usaha membuahkan hasil....
Akhirnya dapat juga tawaran pembiayaan JPA untuk Ijazah kali nie....
Dan bermakna tak perlu lagi PTPTN...
Bak kata orang, karang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran....
Apepun, selagi takde black and white, PTPTN tetap di hati....
Huh~

Selain dari tu, 
aku baru aje sambut ulangtahun ke-24 pada 28 Oktober 2010 yang lepas....
Masa tu aku ada paper Principle of Tourism....
Masa tu, cekalkan hati nak jawab exam walaupun hati dan meronta2 nak balik KL...
Mana taknya, yang tersayang arranged a nice date...
movie, dinner, birthday gift....
Huh, tengok filem Cuti2 Cinta lakonan Farid Kamil dengan Nora Danish...memang the best!!!
Pastu makan2 dekat Pizza Hut!!! Yummy!!!
Thanks sangat2 kat Encik Tunang coz bagi Perfume Hugo Femme, Handbag....
Love u so much Abang!!!


The next day, dating with my BFFAE pulak....
Beliau belanja lunch @ Nando's Jusco PLUS a pack of Famous Amos Cookies...YUMMY!!!
The best part is, it was our 1st time eating at Nando's....
So main redah aje order, sekali ko...hamik....terbaik food presentationnya...

To my BFFAE, TQVM dear!!!! 
Glad to be your closest friends almost for 11 years!!!!
I LOVE U SO MUCH!!!!

Oklah, nak sambung analyze previous paper exam....
Nak jadi tukang tilik kejap...
Sampai ketemu lagi ya!!!!

Tuesday, August 10, 2010

Yeay....Ramadhan datang lagi!!!!

(Sambil mendengar lagu Raihan ft ManBai :: Harapan Ramadhan)


Alhamdulillah, 


Esok  puasa.....
Rindunya pada Ramadhan....masa ni lah detik2 bersama2 keluarga yang paling bermakna...
Tetiba aku teringat kisah Ramadhan bersama keluarga tercinta....
Terutama bab membeli juadah di Bazar Ramadhan...lebih2 lagi kat Wangsa Maju..


OMG, selera memang tak ley blah...ingatkan mampu mengawal nafsu, tapi nafsu amat kental untuk ditepis (masa kecik2 dulu la)...
Air sirap bodoh pon nak dibeli, padahal punya la senang nak buat kat rumah...
Huhuhu...


Kisah adikku, Cawai dengan cekodok millenium..sampai ke sekarang ni masih aku ingat lagi bagaimana mak memerah cucur udang millenium tu...bayangkanlah punya banyak la minyak yang terserap...nama pon millenium kan....


Chaie pulak dengan Roti John...mmg favret dia la...sepanjang2 roti john tu mesti dia sorang aje yg balun..yang lain tengok aje la...da makan, tekup muka dengan bantal dan tunggu dia bangiun erus waktu sahur...harap2 la berubah ler perangai ko tu kat Sabak Bernam yang indah lagi permai tu...


Olan pulak, dia suke gile dengan samosa...ingat lagi dulu, kalau takde samosa, waktu berbuka puasa kami sefamily tak lengkap...dari 5 biji RM2.00 sampai ler harga naik sebiji 60 sen pon tetap tak heran...bak kata orang, kalau bab makan jangan berkira...


Aku??? Hmmm...mak aku maybe tahu ape favret aku...aku suke Mee Kari, Vadey dan Buah Melaka...memang TERBAIK la!!!! Yummy!!! Tapi, aku makan aje ape yang ada...tapi aku paling pantang dengan godaan Coke...kalau tengok iklan ais dimasukkan dlm gelas Coke tu betul2 menggoda aku, apetah lagi masa Coke dituang...hope this year dapat tahan godaan tersebut ^_^


Abah dengan mak, makan aje ape yg ada. Tapi yang best sekali bile abah beli Ayam Percik Putih dan kuih ape tah yg ada inti nenas kat Pasar Dato Keramat. Memang sedap gile la!!! Yummy...


Jangan salah tafsir pulak dengan cara aku mendefinisikan Ramadhan hanya untuk makan...bulan yang paling baik untuk kita semua mengejar dan mendapatkan keberkatan dari yang Maha Esa. Tunaikan ibadah wajib ni seikhlas hati...tak lame pon, sekadar sebulan dalam setahun hijrah. Rindu pada Ramadhan takkan terubat walaupun sebulan...Kalau boleh, nak Ramadhan bila2 masa...


Jadi, dikesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua rakyat Malaysia (kalau korang terbaca blog ini la)...tunaikan kewajipan dan lakukan perkara2 sunat yang baik pada bulan yang penuh dengan keberkatan ini... ^_^


Salam

Catch up previous entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...